Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor,Datuk Seri Noh Omar,berkata Selangor dikhuatiri akan menjadi negeri yang mundur berikutan ketiadaan pelabur yang berani melabur dalam jangka masa panjang akibat krisis air yang semakin kritikal.Beliau berkata,kerajaan negeri seolah-olah menganggap isu air bukan masalah serius dan tidak memandang jauh setiap perancangan yang dibuat.Katanya,ini jauh berbeza dengan kerajaan BN yang lebih fokus untuk menjadikan Malaysia sebagai negara maju pada 2020.
"Jika kerajaan negeri tetap berdegil dengan isu air ini kita khuatir akibat tiada jaminan air bersih yang cukup untuk tempoh panjang, ia boleh menyebabkan kilang-kilang menutup operasinya dan mengakibatkan kira -kira 12,000 peluang pekerjaan hilang," katanya kepada pemberita selepas mengiringi Timbalan Perdana Menteri,Tan Sri Muhyiddin Yassin melawat Sekolah Kebangsaan Alam Megah Dua, di sini, sebentar tadi.
Sementara itu,ditanya mengenai persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13(PRU-13),Noh berkata jentera BN negeri sudah bersiap sedia seolah-olah PRU akan dilaksanakan esok."Saya yakin,dengan program dan aktiviti yang kita laksanakan, kita mampu menang 30 kerusi dan Selangor kembali ke tangan kita (BN)," katanya. - BH
Bab menuding jari dan melemparkan tuduhan secara sembrono,tak dinafikan Pakatan Pembangkang memang handal. Tetapi bila bab membuat perancangan jangka panjang untuk menangani krisis,seperti air, mereka ternyata gabra dan berfikiran singkat.
Bab pengurusan risiko pun nampak gaya tidak timbul dalam diari Pakatan Pembangkang.Mereka lebih suka buat pelan jangka pendek atau adakalanya tak masuk akal. Contohnya mereka tak merancang untuk menang Pilihanraya Umum (PRU) yang lalu.Akibatnya,apabila menang,mereka tak tahu apa nak buat sehingga janji-janji yang ditaburi semasa berkempen, tidak ditepati, sebaliknya diubah jadi manifesto.Malah untuk menghadapi PRU akan datang pun dalam menyediakan kabinet bayangan,sudah macam-macam versi kita lihat disebabkan banyak isu dalaman dan rasa tak puashati apabila calon bermasalah dicadangkan menjadi menteri.Terkini,isu air di Selangor.Kerajaan Pusat sudah memberikan pelbagai jalan penyelesaian tetapi mereka enggan bekerjasama, malah mahu buat perancangan sendiri yang antaranya yang tidak logikal, seperti menggunakan air lombong untuk dirawat dan dibekalkan sebagai air bersih kepada rakyat.
Soalnya, air lombong bukan tadahan kekal. Jadi berapa lama air lombong boleh bertahan? Malah beberapa pakar sudah mengatakan air lombong tidak selamat di segi kesihatan dan kosnya lebih tinggi.
"Kerajaan Barisan Nasional (BN) merancang untuk 10 hingga 20 tahun akan datang,tetapi Kerajaan Negeri Selangor fikirkan untuk 2-3 hari akan datang.Inilah bezanya perjuangan pembangunan Kerajaan BN dan Pakatan yang hanya fikirkan rancangan jangka pendek dan kepentingan politik," kata Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor,Datuk Seri Noh Omar ketika diminta mengulas isu air yang melanda Selangor.
"Semasa taklimat Majlis Air Negara,kami dimaklumkan perancangan untuk membuat Langat 2 telah bermula 16 tahun lalu.Ia dirancang oleh pakar-pakar negara dan projek ini dibuat dengan kerajaan Jepun. Kerajaan Jepun kalau dia tengok projek ini tak berdaya maju,sudah pasti tak akan sanggup bekerjasama dengan kita," katanya ketika ditemui di Shah Alam,pada Rabu.
Projek Langat 2 tidak dilaksanakan pada ketika itu kerana terdapat lebihan bekalan dan tiada keperluan. Hanya pada 2008, kerajaan menerusi Kementerian Tenaga,Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA),telah meramalkan defisit bekalan air dan menjangkakan ia akan menjadi kritikal menjelang 2014.Antara tindakan proaktif yang diambil kerajaan ialah melaksanakan Skim Penyaluran Air Mentah dari Pahang ke Selangor yang dijangka dapat menampung permintaan bekalan air pengguna-pengguna di negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya sehingga tahun 2025.Di samping itu KeTTHA juga telah mencadangkan Projek Loji Rawatan Air Langat 2 yang telah dirancang lama itu dimulakan.Tetapi malangnya projek berkenaan mengalami kelewatan disebabkan kedegilan Selangor memberikan kerjasama.Berikutan itu,pada 2010 Kerajaan Persekutuan terpaksa mengambil tindakan alternatif dengan meluluskan Program Mitigasi Fasa 1 dengan peruntukan berjumlah RM285 juta bagi meningkatkan kapasiti bekalan air tambahan sebanyak 320 juta liter sehari untuk menampung permintaan bekalan air sehingga tahun 2014.Ia diikuti dengan langkah untuk meluluskan Program Mitigasi Fasa 2 yang dapat meningkatkan kapasiti bekalan air sebanyak 541 juta liter sehari dan dijangka dapat menampung permintaan bekalan air di negeri Selangor,Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya sehingga tahun 2017.
Pada Ogos 2011, Menteri KeTTHA, Dato‘ Sri Peter Chin Fah Kui sekali lagi mengumumkan bekalan air di Selangor,Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya akan mencapai tahap defisit sekitar 10 peratus menjelang 2014 sekiranya langkah segera tidak diambil bagi menanganinya,malah ia akan lebih teruk daripada krisis air pada tahun 1998.
Pada September tahun lalu pula,Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan dia sedia berbincang dengan Kerajaan Negeri Selangor tetapi malangnya tawarannya tidak diendahkan.Kini,sejak sebulan lalu,kira-kira 400 ribu rakyat Selangor menderita menghadapi masalah bekalan air. Hampir setiap hari mereka terpaksa mengangkat tong atau baldi sambil menunggu di tepi jalan untuk lori pembekal air.
"Saya harap rakyat Selangor fikir dan buat perbezaan di antara peranan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.Kerajaan Persekutuan merancang sehingga 2020 pelbagai program untuk pastikan negara terus maju dan peluang pekerjaan untuk generasi muda.Tetapi Kerajaan Negeri Selangor tidak berpandangan jauh. Di segi ekonomi, saya bimbang Selangor akan terus mundur kerana pelabur-pelabur tidak akan datang ke negeri ini jika air tidak ada.Saya difahamkan beratus kilang yang sepatutnya mula beroperasi, tidak dapat berbuat demikian kerana tidak mendapat jaminan air yang mencukupi.Ini telah menutup peluang pekerjaan kepada kira-kira 12,000 generasi muda di Negeri Selangor. Bayangkan kalau masalah ini berterusan dan Kerajaan Selangor masih berdegil kerana kepentingan politik, negeri yang maju ini akhirnya akan mundur.Yang jelas,Kerajaan Pusat cukup ikhlas dalam memberi bantuan air,contohnya apabila loji baru dibuat di Sungai Labu,kita keluarkan duit beratus juta Ringgit,tetapi menyerahkan kepada Kerajaan Negeri untuk menguruskannya.Yang penting loji mesti dibuat.Soal mengurus kita boleh bincang kemudian.Bayangkan jika loji sedia ada rosak dan bekalan air tak cukup,apa akan jadi kepada rakyat Selangor dan Wilayah Persekutuan?" - Agenda Daily
KEPADA MENTERI BESAR SELANGOR !!!
BILA NAK SETTLE KAN MASALAH AIR NI ???
TAKKAN NAK TUNGGU 2014 ???
JANGAN SAMPAI AIR KERING !!!
RENUNG-RENUNGKAN

No comments:
Post a Comment