Social Icons

Pages

Sunday, March 31, 2013

HOT NEWS !!! DEMOKRASI ALA DAP !!! 753 PERWAKILAN DINAFIKAN HAK MENGUNDI ??? APA CERITA NI ???


DAP merupakan singkatan kepada Democratic Action Party atau dalam Bahasa Melayu disebut sebagai Parti Tindakan Demokratik.Seimbas lalu mungkin ada yang beranggapan inilah sebenar-benarnya parti politik yang memenuhi ciri-ciri demokrasi yang wajar disokong. Secara teorinya kelihatan begitulah,sementelah lagi pemimpin-pemimpin DAP juga sering mendabik dada sebagai juara demokrasi serta cukup lantang bila membicarakan perihal kebebasan bersuara, ketelusan dan hak asasi manusia. Tapi seperti mana biasa,bercakap mengenai teori sememangnya mudah dan kelihatan indah-indah belaka namun bila masuk bab praktikal selalunya hancur tak terdaya diterjemahkan dan langsung tak mampu direalisasikan.Itu hakikat yang sering terjadi. 

Lihat saja kemelut yang berlaku dalam DAP selepas selesai pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat DAP (CEC) yang dilangsungkan Disember 2012 lalu,sampai sekarang tak selesai-selesai juga ibarat rumah dah siap tapi pahat masih berbunyi.Ramai ahli dan pemimpin DAP yang terus mempersoalkan ketelusan dalam pemilihan itu berikutan perubahan mendadak keputusan pemilihan yang kononnya disebabkan kesilapan pengiraan,malah turut mempertikaikan kenapa seramai 753 perwakilan dinafikan hak mengundi. Mustahil hanya 1823 orang perwakilan sahaja yang layak memilih pemimpin pilihan mereka sedangkan jumlah keseluruhan perwakilan ialah 2,576 orang.Malah beberapa hari sebelum pemilihan CEC,Setiausaha Penganjur Kebangsaan DAP, Teresa Kok dan Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow sendiri telah mengesahkan seramai 2,576 perwakilan dari 730 bahagian akan mengundi bagi memilih ahli CEC yang baru.Jika dikatakan 753 orang perwakilan yang kebanyakannya keturunan India dan beberapa orang lagi perwakilan berbangsa Melayu dan Cina itu tidak layak mengundi, amatlah tidak logik memandangkan nama masing-masing telah disahkan sebagai perwakilan.Nak dikatakan semua 753 orang perwakilan yang dinafikan hak ini sengaja tidak hadir atas sebab kesihatan atau malas,tentunya mustahil. 

Kalau sekadar 100 atau 200 orang saja yang ponteng, logiklah juga.Jelas sekali pasti ada sesuatu yang tak kena dan semestinya wujud penyelewengan di peringkat kepimpinan DAP yang dikuasai dinasti Lim Kit Siang dan anak beranak Karpal Singh itu.Bila bercakap soal kebebasan,ketelusan dan hak asasi bukan main lagi DAP ke depan nak jadi juara, alih-alih dalam parti sendiri rupanya ramai ahlinya dinafikan hak untuk memilih pemimpin yang disukai. Nampak sangat DAP cumalah parti politik yang cakap banyak buatnya tidak.Barangkali menyedari penyelewengan dan ketidaktelusan ini semakin disedari ahli-ahlinya,maka sebab itulah beberapa hari lepas Lim Kit Siang dan Karpal Singh sibuk membuat andaian kemungkinan DAP akan diharamkan konon kerana adanya komplot dari BN dan ROS. Orang yang ketakutan dengan bayang-bayang sendiri,tambahan pula memang wujud keraguan munasabah yang menjadi perhatian umum, biasanya begitulah cepat melatah mencari alasan dan kambing hitam.No action talk only,itu kesimpulan yang sesuai di cop atas dahi kepimpinan DAP.Dulu dan sekarang sama saja.

RENUNG-RENUNGKAN

BONGKAR !!! SIAPA MR PINDAH A.K.A LIM KIT SIANG DIDEDAHKAN !!!


Penasihat DAP Lim Kit Siang yang sudah sah akan bertanding di Parlimen Gelang Patah,Johor pada PRU 13 nanti pastinya akan dikenang sebagai salah seorang pemimpin politik yang kerap berpindah-randah dari satu negeri ke negeri yang lain.Sejak berkecimpung dalam dunia politik,pemimpin veteran DAP yang cukup dekat dengan gaya kepimpinan diktatorship dan kuat amalan nepotismenya itu sudah bertanding di empat negeri iaitu Melaka,Selangor,Pulau Pinang dan Perak.Johor yang kini menjadi tumpuannya untuk PRU 13 merupakan negeri yang kelima,sekaligus mencatatkan satu lagi rekod peribadi yang menjadi kebanggaannya.Ianya tentu sukar untuk ditandingi oleh mana-mana pemimpin BN.Di kalangan pemimpin BN jarang sangat yang mempunyai tabii pindah-randah sedemikian kerana masing-masing tahu nawaitu utama mereka bertanding dalam pilihan raya adalah untuk berkhidmat kepada rakyat setempat.ketika ini PR sudah mempunyai watak Mr Mansuh yang dipelopori oleh Ketua umum PKR,Anwar Ibrahim dek kerana hobinya yang gemar menabur janji yang kemudian sering dimungkiri dan dicapati. 

Justeru itu,memang elok sangat gelaran Mr Pindah pula dinobatkan kepada Kit Siang sesuai dengan kegemarannya berpindah-randah ke sana ke mari.Dengan wujudnya watak Mr Mansuh dan Mr Pindah,ia pasti menambah keunikan PR pada pandangan rakyat.Mungkin bagi Kit Siang apabila dapat bertanding sana sini ia dianggap satu keseronokan baginya sedangkan sebagai pemimpin sepatutnya beliau perlu fokus untuk menunaikan harapan rakyat yang sebelumnya telah memilihnya sebagai wakil mereka.Tiap kali bertanding pula tak pernah cukup sekadar mencuba nasib di kerusi Parlimen tapi diletakkan juga dirinya sebagai calon untuk bertanding di peringkat DUN.Dibuatnya gelanggang PRU ini semacam peluang untuk meningkatkan gaji dan elaun peribadinya pula.Pemimpin muda dalam parti terus ternanti-nanti entah bila berpeluang maju ke hadapan, dah lah nak menggalas jawatan tinggi dalam parti terhalang dek anak menantu Kit Siang,nak bertanding mewakili parti dalam pilihan raya pun sayup-sayup saja kelihatan peluangnya.Dunia politik PR yang sememangnya penuh warna-warni dan unik,tapi keunikan sebegini dengan wujudnya politikus berwatak Mr Pindah bernama Lim Kit Siang dan Mr Mansuh yang sinonim dengan Anwar Ibrahim,ia sebenarnya tidak memberi manfaat kepada khalayak.Politikus seperti Mr Pindah dan Mr Mansuh hanya sekadar menambah kemeriahan politik,sedangkan realitinya rakyat lebih memerlukan lebih ramai pemimpin politik yang komited dalam menabur jasa dan bakti untuk kepentingan masyarakat dan negeri.

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! PULAU PINANG JATUH MENJUNAM TERGOLEK DOG DI BAWAH PEMERINTAHAN LIM GUAN ENG !!! APA CERITA NI ???


Setelah hampir lima tahun DAP mentadbir kerajaan negeri Pulau Pinang,keadaan sosioekonomi di negeri Pulau Mutiara itu di lihat semakin bertambah teruk,dengan kesesakan lalulintas yang semakin kronik,pembangunan hartanah mewah yang mengabaikan keperluan rakyat berpendapatan rendah,di tambah dengan keadaan ekonomi yang mengalami defisit yang berkali ganda sejak 2009.Menurut analisis terkini kedudukan Pulau Pinag pada ketika ini telah merosot jatuh ke tangga ke-6 apabila gagal mengekalkan jumlah kemasukan pelabur yang hilang hampir dari separuh.Lebih membimbangkan negeri tersebut dikatakan bakal menghadapi masalah pengganguran yang serius menjelang 2-3 tahun lagi.Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) dalam tempoh empat bulan pertama bagi tahun 2012,ranking kemasukan pelabur asing jatuh ke tangga ke-6, manakala jumlah pelaburan domestik dan luar menjunam ke tangga 7.Malah sebelum ini,negeri tersebut dilaporkan telah mengalami penurunan hampir 73 peratus dalam jumlah pelaburan keseluruhan dari RM 9.11 bilion pada 2011 kepada hanya RM 2.47 bilion tahun lalu. 

Sedar atau tidak,kerajaan Guan Eng juga telah mengalami defisit selama 4 tahun berturut-turut yang membuktikan kegagalan mereka dalam mengurus tadbir.Kerajaan pimpinan Guan Eng juga menerima satu lagi tamparan hebat apabila Bosch Solar Energy Malaysia Sdn. Bhd.(Bosch Solar) dikatakan telah membatalkan rancangan membina kemudahan solar bernilai RM2.2 bilion di negeri itu.Ia membuktikan kegagalan kerajaan pimpinan DAP itu,yang dilihat dilihat tidak bersungguh-sungguh dalam usaha mengekalkan kemasukan pelaburan asing ke negeri ini seperti yang pernah dilakukan oleh Barisan Nasional (BN).Malah pendekatan Guan Eng yang cuba menyembunyi fakta dan gemar dengan berdiam diri daripada menjawab segala persoalan mengenai perkembangan ekonomi negeri dikatakan antara punca kepada permasalahan ini.Ini kerana secara tidak langsung telah menyebabkan para pelabur meragui dan was-was dengan ketelusan kerajaan negeri yang kononnya mempraktikkan slogan Cekap,Akauntabiliti,Telus (CAT).Malah sebelum ini ramai yang telah terpedaya dengan kenyataan Guan Eng yang kononnya telah berjaya mengurangkan beban hutang negeri sedangkan pada hakikatnya ia dilakukan dengan bantuan Kerajaan Persekutuan pimpinan Perdana Menteri,Datuk Seri Najib.

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! PENCEROBOHAN LAHAD DATU !!! ANWAR IBRAHIM MENGAKU SAYANG KAT PRINCESS JACEL KIRAM ???


lihat gambar di bawah.satu lagi perkara terbongkar !!! adakah pencerobohan lahad datu ini semuanya lakonan UMNO bak kata tian chua ??? selepas satu isu,lagi satu isu yang terpalit kat anwar ibrahim terbongkar sudah.persoalannya,kalau betul ini semua sandiwara UMNO,kenapa anak kiram follow twitter anwar ibrahim ??? cuba anda lihat sendiri twitter beliau.siapa yang follow siapa sekarang.saya dah kata banyak kali ada agenda dengan anwar ibrahim anda tak percaya kan pembaca Badut Rakyat ??? siap ada yang email saya kata ini bukan anwar ibrahim yang lakukan.kalau bukan anwar ibrahim,siapa lagi ??? dah ada bukti kan semua penceroboh yang di tangkap kata siap di bayar oleh pembangkang dari malaysia !!!

anda sendiri dah lihat kenyataan jacel kiram fitnah malaysia berkenaan dengan isu lahad datu.adakah ini pun permainan Anwar ibrahim ??? manalah tahu,kan dia follow Anwar Ibrahim.


UNTUK SELANJUNTYA


RENUNG-RENUNGKAN

EKSKLUSIF !!! BUBAR PARLIMEN !!! KENAPA PEMBANGKANG MEROYAN ??? WAJIB BACA !!!


SALAH satu ‘penyakit’ yang ada dalam kalangan pakatan pembangkang dan penyokong mereka ialah terlalu mudah untuk membuat tafsiran.Pelbagai andaian mereka lakukan bagi memburuk-burukkan Barisan Nasional (BN) khususnya UMNO.Begitu juga dalam isu pembubaran Parlimen,mereka membuat pelbagai tafsiran termasuklah hujah dangkal dengan mengatakan Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak takut untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13.Suatu ketika dulu,Mursyidul Am Pas,Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pernah berkata dalam satu pertemuan dengan anak-anak Kelantan,Najib ‘semak perut’ hendak bubar Parlimen kerana banyak masalah dalam UMNO.Mereka sengaja melupakan tempoh tamat mandat kerajaan BN di peringkat Pusat ialah 30 April.Oleh itu Perdana Menteri tidak terikat dengan sebarang desakan supaya Parlimen dibubarkan lebih awal daripada tarikh itu.

Sebenarnya,penulis difahamkan yang resah gelisah kerana Parlimen belum dibubarkan ialah pembangkang.Menurut satu sumber,pakatan pembangkang sudah merancang jika BN membubarkan Parlimen dan diikuti oleh negeri-negeri di bawah penguasaan parti itu sebelum tarikh tamat tempoh memerintah,pakatan pembangkang tidak akan berbuat demikian di negeri-negeri yang mereka kuasai.Sebaliknya jentera pilihan raya di empat negeri yang mereka kuasai iaitu Pulau Pinang,Selangor,Kelantan dan Kedah akan dihantar untuk membantu jentera di Perlis,Negeri Sembilan,Terengganu,Sabah dan Sarawak.Mereka begitu yakin melalui cara demikian ia akan membantu pakatan pembangkang menguasai negeri-negeri tersebut.Kalau pakatan pembangkang menganggap mereka sudah cukup kuat dan mampu mempertahankan negeri-negeri yang mereka kuasai sekarang, maka bubarlah sebelum tarikh tamat tempoh memerintah.Untuk rekod tarikh tamat tempoh memerintah Selangor ialah 22 April,Kelantan (28 April),Pulau Pinang (2 Mei) dan Kedah (5 Mei).Kalau mereka mempertikaikan kenapa Perdana Menteri tidak membubarkan Parlimen sekarang sedangkan tamat tempoh mandat ialah 30 April,kenapa mereka tidak bubar lebih awal di negeri-negeri yang mereka kuasai?

Tetapi kita percaya pembangkang tidak akan berbuat demikian kerana mereka sememangnya bersikap seperti tin kosong, bunyi sahaja kuat,tetapi isinya tiada.’Tambahan pula,pakatan pembangkang memahami kekuatan mereka di negeri-negeri berkenaan semakin luntur.Di Selangor,penolakan rakyat terhadap kerajaan negeri pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) semakin ketara,apabila banyak janji yang dibuat dalam manifesto pada pilihan raya umum lalu tidak ditunaikan kerana Menteri Besar,Tan Sri Khalid Ibrahim menganggap manifesto bukan satu perjanjian.Di Pulau Pinang,pentadbiran kerajaan DAP berhadapan dengan pelbagai bantahan termasuk projek-projek mega yang ditentang oleh rakyat.Di Kedah,kerajaan Pas bukan sahaja menghadapi masalah kepincangan menguruskan negeri malahan diancam masalah dalaman antara pemimpin-pemimpin Pas.Difahamkan Pas Kedah berpecah kepada empat kelompok.Di Kelantan,isu tanah dan air terus menghantui kerajaan Pas.Malahan di negeri itu sudah ada gelombang yang cukup ketara mahupun perubahan kerana rakyat sudah bosan dengan kerajaan negeri yang lebih kaya dengan slogan dan retorik berbanding program bagi meningkatkan taraf hidup rakyat.

Berdasarkan kepada hujah-hujah itu,maka tidak payahlah puak-puak pembangkang hendak menyibuk mempertikaikan kenapa Perdana Menteri belum membubarkan Parlimen.Tunggu sahajalah detiknya kalau betul-betul pembangkang yakin bila pun pilihan raya diadakan mereka boleh mencapai kejayaan besar.Janganlah beri alasan dangkal kononnya terpaksa membuat kutipan derma kerana Perdana Menteri terlalu lambat membubarkan Parlimen.Pilihan raya bukan medan menguji kekuatan sesiapa atau gelanggang untuk merebut kekuasaan sahaja,sebaliknya ia adalah penentu masa depan rakyat dan negara.Kerajaan BN bukan seperti pakatan pembangkang asyik hendak berpolitik sepanjang masa dan terlalu kemaruk kuasa.Kerajaan BN hendak memastikan segala urusan negara dan perancangan untuk rakyat sudah diselesaikan barulah mandat diserahkan kepada rakyat untuk membuat keputusan. Sepatutnya pembangkang bersyukur kerana apabila Parlimen lambat dibubarkan, maknanya mereka masih mempunyai masa untuk menunaikan segala janji-janji yang belum ditunaikan.

Tetapi pembangkang tahu mereka tidak ada kemampuan untuk menunaikan janji-janji yang dibuat, oleh itu mereka berharap apabila Parlimen dibubarkan dan pilihan raya diadakan rakyat akan melupakan janji-janji yang pernah mereka buat dalam pilihan raya lalu.Inilah perangai pakatan pembangkang,mereka berpolitik semata-mata untuk kuasa sebab itulah mereka sanggup bergabung dalam satu pakatan biar pun berbeza ideologi dan hala tuju perjuangan.Seperkara lagi,pembangkang juga risau semakin lambat Parlimen dibubarkan,semakin terdedah janji-janji palsu yang disenaraikan dalam manifesto pilihan raya mereka dan Buku Jingga.Ia memandangkan apa yang mereka janjikan itu hanyalah omong kosong dan tidak berpijak di bumi nyata, segalanya mereka lakukan hanya semata-mata untuk menarik perhatian rakyat untuk menyokong mereka dalam pilihan raya umum nanti. Ini belum lagi mengambil kira bagaimana dari semasa ke semasa, semakin banyak terdedah perangai pemimpin-pemimpin mereka termasuk dari segi moral.

Justeru mahu tidak mahu,pembangkang terpaksa membuat pelbagai andaian berhubung isu pembubaran Parlimen bagi menutup kelemahan mereka.Dalam bahasa mudahnya lagi lambat pilihan raya diadakan, maka semakin banyak ‘wajah-wajah buruk’ pembangkang akan terdedah kerana bak kata seorang pemimpin BN di Pulau Pinang,kertas tidak boleh membalut api.’’Begitu juga sandiwara dan lakonan politik pembangkang,ia sudah pasti tidak akan bertahan lama sebab itulah mereka tidur tak lena, resah gelisah dan gundah gulana apabila Perdana Menteri belum membubarkan Parlimen. Sementara mereka menuding jari mengatakan Perdana Menteri dan BN dalam ketakutan serta ‘semak perut’ untuk mengadakan pilihan raya ,hakikatnya pembangkanglah yang sebenarnya berada dalam kedudukan ‘tidak tentu hala’.Segala-galanya kerana pembangkang sudah tidak sabar lagi untuk menawan Putrajaya dan menumbangkan BN kerana pilihan raya kali ini dianggap penentu ‘hidup mati’ perjuangan politik mereka.Namun kita percaya,tidak kira bila pun Parlimen dibubarkan dan pilihan raya diadakan,yang pasti rakyat sudah semakin mengetahui siapa yang sepatutnya mereka pilih sebagai kerajaan.Tidak apalah kalau pembangkang hendak meneruskan perasaan gelisah tidak tentu hala mereka kerana Parlimen belum dibubarkan,yang pasti BN tidak akan mengikut jejak amalan politik dangkal mereka.


SEKARANG ANDA DAH FAHAM ???

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! PM @NAJIBRAZAK YAKIN BN MENANG 2/3 !!! WAJIB BACA !!!


Ramai yang seakan sedar dengan perubahan sikap dan emosi yang sedang melanda Ketua Pembangkang,Anwar Ibrahim ketika ini.Walau dia masih cuba bersikap tenang terutama di hadapan media dan khalayak umum namun pada hakikatnya,Anwar sedang dilanda sindrom takut untuk berdepan dengan bermacam-macam kemungkinan yang akan melanda khususnya kehilangan sokongan dalam pilihanraya umum yang akan datang.Masakan tidak,selain berdepan dengan pelbagai isu dan skandal seks yang tidak ada titik noktahnya Anwar gusar dengan perkembangan terkini berhubung sokongan masyarakat yang semakin berkurangan.Contoh paling ketara,sekiranya sebelum ini setiap program yang dihadiri oleh Anwar, paling sedikit jumlah kehadiran pasti mencecah ke angka 5-6 ribu.Namun mutakhir ini,angka itu menunjukkan jumlah kemerosotan yang ketara dengan anggaran kehadiran hanya sekitar 1-1,500 orang sahaja dalam satu-satu masa.Berbanding program Perdana Menteri,Datuk Sri Najib yang melonjak sekitar 10-15 ribu.Mungkin berdasarkan faktor itu di tambah dengan beberapa faktor lain,Perdana Menteri telah menyatakan dengan jelas dan yakin akan kemampuan BN/Umno untuk meraih 2/3 majoriti dalam pilihanraya umum ke 13 (PRU13).Malah sebelum ini laporan yang dikeluarkan oleh Economist Intelligence Unit (EIU),sebahagian daripada majalah terkenal berpangkalan di London,The Economist,telah meramalkan BN akan memenangi PRU-13.Ia berdasarkan kepada rekod pencapaiannya yang baik,agenda transformasi Perdana Menteri serta kepimpinan ekonomi beliau yang dilihat semakin berjaya.

Terbaru Financial Times dan Reuters juga turut melaporkan keyakinan mereka, akan kemenangan BN/Umno yang mampu meraih memenangi majoriti 2/3 di dalam di dalam pilihanraya ini. Ia turut disebabkan keyakinan para pelabur asing dengan keupayaan Perdana Menteri dalam memacu dan menjana ekonomi negara.Contohnya Program Transformasi Kerajaan (GTP) yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri pada bulan April 2009 jelas menunjukkan keupayaan kerajaan merangka dan merealisasikan semua perancangan yang telah disediakan itu.Program tersebut juga dilihat telah berjaya memacu Malaysia ke arah melahirkan masyarakat yang maju,bersatu-padu dan saksama dengan standard kehidupan yang tinggi untuk semua.Sejajar dengan misi nasional ke arah mencapai Wawasan 2020 – untuk Malaysia mencapai status negara maju sepenuhnya.Menurut pemerhati antarabangsa juga, keputusan pilihan raya yang akan datang sudah semakin jelas menunjukkan bahawa BN akan menang,berbanding pakatan pembangkang yang hanya mampu membuat ‘janji lumayan’ untuk mendapatkan kuasa.Pakatan pembangkang juga dilihat telah memungkiri banyak janjinya sebelum ini,termasuk bantuan kewangan bagi pendidikan pra-sekolah,penuntut universiti,warga emas dan orang kelainan upaya; penjagaan kesihatan percuma bagi mereka yang berumur lebih 65 tahun,cukai hartanah yang lebih rendah dan bantuan untuk pembeli rumah.Di Selangor sebagai contoh populisme pakatan pimpinan Anwar kekal tidak mempunyai hasil yang praktikal kerana melaksanakan hanya 15% daripada 31 janji pilihan raya yang lalu.

P/S - LIHAT GAMBAR DI BAWAH


TUNGGU JER OK !!!

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! BETUL KER NURUL NUHA KATA MANIFESTO PR MENJADIKAN MALAYSIA BANGKRAP ??? FUYOOO !!!


BETUL KER NURUL NUHA ???

LIHAT SENDIRI GAMBAR DI BAWAH !!!


GOTCHAAA !!!

RENUNG-RENUNGKAN 

Saturday, March 30, 2013

HOT NEWS !!! PEMBANGKANG GUNA TAKTIK HERET SPR KE MAHKAMAH !!! APA CERITA NI ???


Menjelang Pilihan Raya Umum ke 13,pembangkang menggunakan taktik untuk menyerang Suruhanjaya Pilihan Raya,institusi yang mengurus serta mengendalikan proses pilihan raya di negara ini sejak era Merdeka.Pembangkang menyerang SPR habis-habisan kerana mereka tahu jika institusi ini tidak ditewaskan maka harapan untuk ke Putrajaya tidak akan tercapai sama sekali.Sejak PRU 2008,pembangkang menimbulkan banyak isu yang mempertikaikan kewibawaan SPR serta menuduh badan itu sebagai alat perkakas UMNO untuk terus memegang tampuk berkuasa di negara ini.Hujah mereka adakah lemah dan penuh dengan kontradiksi.Di satu pihak pembangkang mengkritik dan melempar pelbagai tuduhan tidak berasas kepada SPR tetapi pada masa yang sama apabila keputusan mana-mana pilihan raya memihak serta dan memberi kemenangan kepada calon pembangkang,tidak pula kedengaran sepatah bangkangan pun dari pemimpin mereka.Tidak pula pembangkang membantah keputusan PRU 2008 yang memberi mereka kemenangan di empat buah buah negeri seperti Selangor,Pulau Pinang,Kedah dan Perak serta mengekalkan kuasa di Kelantan.

Malah Pas sudah memerintah Kelantan sejak pilihan raya 1990 tetapi tidak pula pembangkang mempertikaikan keputusan yang memenangkan parti itu.Sejak Mach 2008,SPR mengendalikan sebanyak 16 pilihan raya kecil di seluruh negera samada disebabkan kematian atau perletakan jawatan wakil rakyat di kawasan terbabit.Separuh daripada jumlah kerusi yang dipertandingkan semula dimenangi oleh parti-parti daripada PR manakala bakinya oleh BN.Jika benar SPR sebuah badan yang menjadi 'cawangan' atau 'parti komponen' kepada BN sudah tentu kesemua 16 kerusi tersebut wajib dimenangi oleh BN sahaja tetapi yang berlaku adalah sebaliknya.Ini menunjukkan SPR berlaku adil dan melaksanakan pilihan raya secara telus dan professional sebagai mana yang diamanahkan semasa ia ditubuhkan.Apa yang pembangkang mahu ialah supaya SPR mengikut selera politik PKR,Pas dan Dap dengan memihak dan memenangkan calon-calon mereka dalam pilihan raya.Inilah sifat hipokrit yang dipamerkan oleh pemimpin PKR, Pas mahupun Dap selama ini.Bagi mereka SPR perlu tunduk kepada segala tuntutan mereka sehingga seolah-olah badan itu dilihat perlu menurut semua perintah pembangkang.Apabila SPR memberi alasan munasabah dan logik mengapa beberapa tuntutan pembangkang tidak boleh dipenuhi dari segi perundangan dan perlembagaan negara, mereka akan mengadakan demonstrasi seperti tiga siri himpinan Bersih sebelum ini. 

Tujuan utamanya ialah untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional yang sah dipilih rakyat dengan menggunakan agenda menuntut keadilan dalam proses pilihan raya.Pembangkang hanya menggunakan alasan menuntut pilihan raya bersih,telus dan adil untuk melindungi motif sebenar mereka iaitu untuk mencetuskan rusuhan jalanan dan keadaan huru hara di negara ini.Apabila negara terjerumus dalam demonstrasi yang bertukar menjadi rusuhan dan keganasan maka mudahlah Ketua Pembangkang,Anwar Ibrahim menggunakan keadaan itu untuk meminta campur tangan asing. Ini terbukti apabila Anwar dan Pengerusi Bersih,Ambiga Sreenevasan bersungguh-sungguh berkempen di Australia untuk meminta negara itu masuk campur sebagai pemantau PRU13 tetapi permintaan mereka di tolak mentah-mentah.Kini pembangkang menggunakan strategi mengheret SPR ke mahkamah untuk memaksa badan itu menyemak semula serta membersihkan senarai daftar pemilih di kawasan di mana mereka akan bertanding. 

Kalau sebelum ini Ahli Parlimen Klang dari Dap,Charles Santiago gagal usahanya untuk mendapatkan keputusan mahkamah menyemak semula daftar pemilih yang diwartakan di kawasannya,terkini Ahli Parlimen Lembah Pantai,Nurul Izzah pula mengambil tindakan yang sama.Apa yang ingin mereka lakukan ialah mempertikaikan senarai pengundi berdaftar yang sudah pun diwartakan di semua kawasan parlimen di seluruh negara.SPR telah memberi cukup masa dan peluang kepada semua parti politik malah mempamerkan senarai pengundi yang berdaftar di setiap kawasan bagi membuat sebarang bantahan sekiranya ada.Namun dalam tempoh yang diberikan SPR,pembangkang tidak pun ambil kisah untuk menyemak serta membuat perbandingan dengan senarai yang mereka miliki.Hanya setelah tempoh bantahan tamat dan pilihan raya semakin hampir,barulah pembangkang menimbulkan pelbagai isu berkenaan daftar pengundi semata-mata untuk menyerang SPR dan menuduh badan itu tidak adil dan menyeleweng.PKR,Pas dan Dap mahu layanan istimewa daripada SPR bukan atas dasar keadilan atau ketelusan tetapi untuk menekan badan itu supaya menjadi hamba kepada pembangkang.

RENUNG-RENUNGKAN

BONGKAR !!! ENGGAN IKTIRAF KERAJAAN SEMENTARA !!! HELAH PR CETUS HURU-HARA DIDEDAHKAN !!!


Pembangkang Malaysia terkenal dengan bermacam-macam jenis ‘pakar’.Dari ‘pakar’ agama,‘pakar’ ekonomi sehinggalah ke ‘pakar’ peperangan.Malangnya,‘pakar-pakar’ mereka seringkali berbuat kenyataan yang kelakar.Misalnya,ketika mengulas Himpunan Kebangkitan Rakyat yang lalu,PR telah mengemukakan kenyataan dari ‘pakar matematik’ yang menganggarkan peserta seramai 700,000 orang di dalam stadium berkapasiti 30,000 orang termasuk kawasan sekitar yang merangkumi jalanraya sejauh lebih kurang 1.5km.Kenyataan ‘pakar’ tersebut telah menjadi bahan lawak jenaka kerana tidak masuk akal,tambahan pula apabila gambar-gambar yang disiarkan pihak PR dibuktikan sebagai telah diedit.Kini,sekali lagi PR menampilkan ‘pakar’ iaitu pakar perlembagaan,Prof. Aziz Bari yang menyatakan tentang isu kerajaan sementara.Beliau mengulas mengenai isu terbubarnya DUN Negeri Sembilan kelmarin,sebagai menyebabkan negeri itu kini diperintah oleh kerajaan haram.saya tidak faham kenapa isu pembubaran DUN secara automatik dan juga kerajaan sementara perlu dijadikan modal politik oleh PR.Entah apa agaknya yang diharapkan oleh PR dengan membangkitkan soal haram atau tidaknya kerajaan negeri apabila DUN telah terbubar. 

Kalaupun DUN terbubar dan kerajaan sementara dianggap haram ia tetap tidak memberi mereka hak untuk mengangkat diri sendiri sebagai kerajaan negeri.Sebenarnya,tidak ada istilah ‘kerajaan haram’ setelah DUN terbubar.Kerajaan hanya menjadi haram apabila dilantik secara tidak sah,antaranya dengan cara menggulingkan kerajaan sedia ada melalui jalan belakang,tanpa melalui proses undang-undang dan melantik diri sendiri sebagai ketua negara.Cara inilah yang cuba dilakukan oleh pihak PR berkali-kali melalui demonstrasi jalanan dengan percubaan membangkitkan semangat ‘Arab Spring’.Mengikut lunas yang diiktiraf dan diterimapakai di peringkat antarabangsa,‘kerajaan sementara’ atau ‘caretake government’ adalah amalan atau konvensyen di negara-negara yang mengamalkan Common Law.Ia diamalkan di Britain sebagai sebuah negara demokrasi berparlimen yang menjadi rujukan bagi Negara-Negara Komanwel.Justeru,istilah kerajaan sementara sememangnya wujud iaitu di dalam tempoh antara pembubaran sehingga terbentuk kabinet baru,maka urusan pentadbiran waktu itu adalah di bawah tanggungjawab kerajaan sementara.Kerajaan sementara bukannya dilantik sesuka hati tetapi telah melalui proses perlantikan mengikut perlembagaan juga,iaitu melalui pilihanraya yang lepas.Tanpa kerajaan sementara,bagaimana negeri atau negara boleh berfungsi dan berada di dalam keadaan terkawal di antara tempoh tersebut ??? Apakah kerana terlalu sangat menginginkan suasana huru-hara maka PR mengharapkan agar di dalam tempoh ini,kerajaan dianggap ‘tidak ada’ agar mereka boleh berbuat apa saja kerana tiada siapa yang berkuasa untuk menghalang mereka ??? 

Apakah Prof. Aziz Bari berharap selepas terbubar maka,tentera dan polis semua ‘meletakkan senjata’, ‘rehatkan diri’ atau ‘keluar baris’ agar beruk-beruk tukang demo pembangkang boleh bermaharajalela kerana tiada kerajaan yang berkuasa ??? Tentulah tidak masuk akal untuk membiarkan negara berada dalam keadaan tanpa pemerintah walaupun untuk seketika cuma.Kerana itulah kewujudan kerajaan sementara adalah penting.Namun,selain dari memikul tanggungjawab memastikan negara atau negeri terkawal termasuk memastikan apa yang telah diluluskan sebelum ini diteruskan,termasuk urusan pentadbiran rutin seperti gaji penjawat awam,kerajaan sementara tidak boleh sama sekali membuat perubahan seperti mengumumkan dasar-dasar baru atau meluluskan perbelanjaan bagi projek baru mahupun membatalkan apa-apa keputusan yang telah dibuat sebelum itu.Dalam tempoh ini juga biasanya tiada dibuat pelantikan baru bagi mana-mana segmen kerajaan,misalnya terhadap para hakim,ketua-ketua jabatan dan institusi lain.Apa yang lebih penting untuk diberi perhatian ialah kuasa substantif Parlimen adalah terhenti setelah terbubar,maka semua pihak wajar berwaspada bagi mengelak dari menyalahi Akta Pilihanraya 1954 dan peruntukan Akta 1954 dari segi membantu atau mempengaruhi calon-calon yang bakal bertanding dalam Pilihanraya nanti.Secara ringkasnya,kerajaan sementara adalah sesuatu yang perlu dan tindakan PR menganggap kerajaan sementara adalah kerajaan haram hanyalah tindakan orang yang kehabisan modal politik kalaupun tidak tindakan orang yang teringin sangat untuk membuat huru-hara.Jelaslah,tidak ada isu langsung mengenai Kerajaan Sementara sepertimana yang Prof. Aziz Bari ‘gusarkan’.Mungkin beliau telah tertinggal kelas agaknya ketika bab ‘kerajaan sementara’ diajar dahulu.

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! KEBEBASAN MEDIA ALA PAKATAN PEMBANGKANG DIDEDAHKAN !!!


Senario pada masa kini memperlihatkan banyak maklumat yang disebarkan melalui media komunikasi berlaku dengan agak bebas dan terbuka.Kebebasan dan keterbukaan tersebut kadangkala menjejaskan kredibiliti dan maruah golongan atau individu tertentu yang sepatutnya dipelihara atau mungkin pada satu masa akan mengakibatkan berlakunya pendedahan mengenai kelemahan keselamatan negara ini yang amat perlu dipelihara dan dijaga.Namun masih ramai yang mudah terpengaruh dengan tohmahan dan fitnah yang dilemparkan oleh pakatan pembangkang kononnya negara ini telah gagal dalam memberikan peranan yang seluas-luasnya kepada pengamal media.Malah antara salah satu perkara yang dibangkitkan oleh mereka dalam ‘Manifesto Bukan Janji’ yang dibentangkan baru-baru ini ialah kononnya untuk menghormati kematangan pengamal media bagi menyusun atur industri media supaya bebas dan bertanggungjawab sesama pengamal media tanpa campur tangan kerajaan.Sedangkan menurut J.C Merrill melalui bukunya ‘Kewartawanan Sejagat,1977’ mengatakan secara realitinya di seluruh dunia kebebasan media dan komunikasi adalah sesuatu yang terlalu ideal sehinggakan tidak ada sebuah negara pun di dunia ini yang benar-benar mengamalkan kebebasan tersebut.Namun begitu,Indeks Kebebasan Akhbar (PFI) 2011-2012 yang diterbitkan oleh Reporters Without Borders mencatatkan Malaysia berada di tangga ke-122 sekali gus memperlihatkan lonjakan berbanding PFI 2010 di mana Malaysia di tangga 144.Dalam PFI terbaru ini Malaysia mendahului negara Asia Tenggara misalnya Singapura di tangga 135,Thailand (137), Filipina (140) dan Indonesia (146).Mungkin ada bertanya apa maknanya lonjakan Malaysia dalam indeks yang dikeluarkan oleh Reporters Without Borders ??? 

Jawapannya indeks ini bukanlah terlalu penting.Tetapi ia boleh memberitahu dunia tentang tahap kebebasan media negara ini.Ia sekaligus menafikan tanggapan bahawa di Malaysia tiada kebebasan media.Itu sahaja.Sekiranya tidak ada kebebasan media,bagaimana boleh wujud banyak portal berita,blog dan akhbar pembangkang di negara ini ??? Sebahagian besarnya bukan sahaja mengkritik kerajaan malah menyiarkan laporan palsu.Apakah semua ini masih lagi menafikan wujud kebebasan media ??? Harakah sebagai contoh,tidak pernah menyiarkan laporan atau analisis tentang pembangunan rakyat,begitu juga Suara Keadilan,portal Meloyakini dan Malaysian Insider.Mengikut definisi,Harakah dan Suara Keadilan bukanlah akhbar tetapi buletin yang membawa suara parti.Tetapi berapa orang yang faham definisi ini ??? Buktinya banyak membandingkan kononnya Harakah dan Suara Keadilan lebih telus apabila menghentam dasar kerajaan.Apakah makna ketelusan itu mesti menghentam dasar kerajaan ??? Tetapi apabila akhbar arus perdana mengkritik dasar-dasar pembangkang, itu dikatakan tiada kebebasan media.Semua ini membuktikan kebebasan media di negara ini cuba diselindungkan. 

Kebebasan melapor,menyiar dan masyarakat pula ada kebebasan mengakses portal atau membeli akhbar di tempat umum adalah kebebasan media.Lebih menghairankan di sebalik kata-kata retorik pakatan pembangkang yang kononnya pejuang kebebasan media,di masa yang sama merekalah sebenarnya yang banyak menindas / mengherdik wartawan serta mengenakan pelbagai sekatan terhadap media.Ironinya pihak mendakwa juara memperjuangkan kebebasan media adalah yang paling banyak menyaman media.Contoh yang paling mudah,cuba kita lakukan sedikit analisa,berhubung siapakah yang paling banyak mengemukakan saman terhadap media selain dari makhluk bernama Anwar Ibrahim ??? Betul,mereka memang berhak mengambil tindakan tetapi bukankah ini bertentangan dengan prinsip kebebasan media yang dilaung-laungkan ??? Dan siapakah juga yang sering menghalang wartawan dari hadir untuk membuat sebarang liputan ??? Lihat sahaja di pintu masuk pejabat parti PKR yang secara jelas meletakkan nota,bagi menghalang dan melarang akhbar Utusan Malaysia dan stesyen televisyen TV3 hadir mana-mana program dan sidang akhbar yang diadakan mereka.Bukankah itu satu bentuk menghalang kebebasan media ??? Nampak gayanya puak-puak pimpinan makhluk bernama Anwar ini hanya pandai cakap tak serupa bikin.Kalau beginilah caranya,alamat Malaysia akan hancur jika pakatan pembangkang berjaya mengambil alih kerajaan.

RENUNG-RENUNGKAN

EKSKLUSIF !!! KENALI SIAPAKAH ANWAR IBRAHIM SEBENARNYA !!! VIDEO INSIDE !!!


Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim ini sangat terkenal dengan keupayaan untuk menukar "imej" dan "wajah" dalam banyak situasi.Apabila berhadapan dengan kumpulan Melayu,dia akan kata,"saya Melayu,Islam,takkan saya nak hancurkan Melayu."


Namun bila berjumpa dengan orang Cina dia kata lain pula,"Pakatan berjanji akan mengembalikan hak rakyat termasuk Cina,India,Melayu bila kita tawan Putrajaya." Hilang dah perjuangan Melayu Islam yang dia kata dekat orang Melayu.Suatu ketika dahulu semasa mengetuai ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia) dia begitu bersungguh-sungguh memperjuangkan Islam,tapi sokong Lina Joy murtad.Paling yang tidak dapat dilupakan adalah ketika ditemubual akhbar Wall Street Journal mengenai mengiktiraf kedaulatan Israel sekiranya PR memerintah Malaysia.Anwar dengan jelas mengatakan : "Some refuse to recognize the state of Israel,” he said, “but I think our policy should be clear – protect the security [of Israel] but you must be as firm in protecting the legitimate interests of the Palestinians.” (Dipetik WSJ) ("Sesetengah orang enggan mengiktiraf Israel,"katanya, "tetapi saya rasa polisi kita perlu jelas - melindungi keselamatan (Israel) tapi kamu mesti tegas dalam melindungi kepentingan rakyat Palestin.")   


Namun bila ditanya Anwar kata dia tidak kata mempertahankan Israel,dasar talam dua muka.Pernah dulu dipaparkan muka Anwar kena tumbuk semasa di Penjara Sungai Buloh dengan lebam-lebam satu muka,dia kata kena suntikan HIV dan sebagainya,tapi sekarang sihat walafiat,siap boleh bejoget atas pentas ceramah.Semakin hampir dengan PRU13,semakin galak Anwar bersandiwara dan bermuka-muka dengan orang ramai, semata-mata demi undi dan Putrajaya.Ramai orang bertanya siapa Anwar Ibrahim yang sebenarnya ??? Apakah dia seorang pejuang Islam atau sememangnya seorang yang munafik ??? Atau apakah dia sememangnya seorang patriot yang cinta hanya pada negara yang sanggup mati memperjuangkan hak bangsanya ??? Atau apakah dia sebenarnya seorang pengkhianat yang sanggup memperjudikan masa depan negara dan bangsa serta agama sehingga sanggup menjadi tali barut kuasa asing,semata-mata untuk merebut tempat di Putrajaya ??? Pada hakikatnya,makhluk bernama Anwar ini sebenarnya memakai banyak topeng yang beraneka warna untuk disesuaikan dengan golongan masyarakat yang ingin mengenalinya dari dekat.Disebabkan terlalu banyak topeng yang digunakan maka akhirnya dengan kuasa Allah SWT,kini dia sendiri secara sedar atau tidak telah melondehkan semua tembelang yang dilakukannya itu.

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! TAKTIK TERDESAK PR DIDEDAHKAN !!!


Tidak ada yang lebih memalukan bagi sebuah parti politik daripada terpaksa menggunakan pengaruh musuh untuk menjatuhkan musuh.Tetapi,inilah yang dilakukan oleh PR iaitu menggunakan pengaruh mantan Perdana Menteri,Tun Mahathir,untuk menjatuhkan Perdana Menteri,Datuk Seri Najib.Jelas sekali yang PR cukup sedar bahawa parti mereka sudah kehilangan pengaruh secara drastik dan bahawa pemimpin mereka sendiri tidak punya ‘aura’ yang cukup kuat untuk mempengaruhi rakyat.Taktik ini pastinya difikirkan setelah melihat bagaimana pendapat dan pandangan kritis Tun Mahathir terhadap pemerintahan Tun Abdullah sebelum ini,telah berjaya mempengaruhi rakyat jelata untuk meyakini bahawa ketidakpuasan hati mereka terhadap kepimpinan adalah berasas.Akibatnya,Tun Abdullah telah terpaksa menyerahkan tampuk pemerintahan kepada Datuk Seri Najib,yang mana amat ditakuti oleh pembangkang.Ketakutan pembangkang terhadap Datuk Seri Najib amat ketara apabila mereka terlebih dahulu mencipta berbagai-bagai fitnah terhadap beliau bagi memastikan bukan beliau yang menjadi pengganti Tun Abdullah.Malang bagi pembangkang,kesungguhan mereka menyerang Datuk Seri Najib hanya menambahkan keyakinan rakyat bahawa beliaulah calon yang terbaik.Malah,rekod juga menunjukkan bahawa Tun Mahathir sentiasa berdiri di belakang Datuk Seri Najib selama krisis kepimpinan berlaku di dalam kerajaan ketika itu.Beberapa kali beliau dirakam menyatakan bahawa pilihan pertama beliau adalah Datuk Seri Najib tetapi telah tersilap membuat keputusan untuk memberi peluang terlebih dahulu kepada Tun Abdullah kerana berpegang kepada budaya ‘seniority’,serta percaya bahawa Datuk Seri Najib boleh menunggu kerana usia beliau masih muda. 

Namun,semua itu telah dilupakan oleh pembangkang dan sebaliknya memilih untuk ‘berpegang’ kepada kenyataan Tun Mahathir baru-baru ini apabila ditanya sama ada Datuk Seri Najib perlu meletak jawatan jika BN kalah atau corot dalam PRU-13 ??? Untuk makluman,perkara yang sama pernah ditanya oleh Malaysian Insider beberapa bulan lepas dan hari ini ia ‘disemarakkan’ semula oleh Malaysiakini serta disebarkan oleh laman-laman sosial PR.Tun Mahathir seperti biasa menjawab soalan tersebut secara terus terang,bahawa begitulah sewajarnya,iaitu mana-mana kepimpinan yang bertanggungjawab harus meletakkan jawatan jika tidak berjaya mendapat keputusan yang memuaskan.Ini adalah jawapan ‘standard’ tidak kira dalam konteks pemerintahan negara,mahupun organisasi dan termasuklah dalam bidang sukan di mana jurulatih yang gagal, wajar bersara atau ditukarkan sahaja.Memandangkan kita cukup kenal bahawa Tun Mahathir amat konsisten dengan kenyataan atau pendiriannya, maka jawapan seperti itu sudah pasti telah dijangkakan oleh pembangkang.Buktinya,beliau berkata demikian kepada Tunku Abdul Rahman dan berkata yang sama kepada Tun Abdullah Badawi apabila sokongan terhadap kepimpinan mereka mula lemah dan parti pemerintah mendapat keputusan yang tidak memuaskan dalam Pilihanraya.Maka,bagi pembangkang untuk menggunakan jawapan ‘standard’ Tun Mahathir itu sebagai modal politik mereka untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib amatlah menyedihkan. 

Nampak sangat yang mereka sudah benar-benar kehabisan modal.Lebih pelik lagi,modal ini digunakan sedangkan rakyat boleh melihat sendiri bagaimana akhir-akhir ini Tun Mahathir begitu sibuk ke sana ke mari memuji-muji kepimpinan Datuk Seri Najib dan menyeru rakyat agar memberi sepenuh sokongan dan berdiri teguh di belakang Perdana Menteri.Beliau turut memetik angka-angka ekonomi yang menunjukkan perkembangan yang memberangsangkan di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib dan sentiasa menyokong apa jua tindakan kerajaan.Berdasarkan apa yang berlaku ini,apa yang cuba digambarkan oleh PR iaitu Tun Mahathir ragu-ragu dan kurang yakin terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib tentulah tidak masuk akal sama sekali.Lebih-lebih lagi,apabila PR turut membayangkan kononnya Tun Mahathir lebih ‘menggemari’ Tan Sri Muhyiddin untuk menerajui negara.Strategi untuk melaga-lagakan pemimpin-pemimpin BN sesama sendiri tidak menjadi kerana ia tidak benar sama sekali.Pemimpin tertinggi UMNO atau BN bukan seperti pemimpin tertinggi PKR atau DAP,ataupun PAS yang asyik bertelagah gila kuasa kerana telah dihasut oleh parasit-parasit yang berkembang biak dan merebak sehingga ke akar umbi parti-parti mereka.Kepimpinan tertinggi UMNO/BN tidak lagi mengalami masalah berebut kuasa sedemikian kerana semua yang bermasalah begitu telah lari kepada pembangkang.Secara logiknya,apa pun pendapat dan pandangan Tun Mahathir dan siapa pun yang beliau ‘gemar’ tidak seharusnya menjadi masalah PR.Kenapa PR perlu bergantung kepada pendapat dan pengaruh seorang musuh ketat untuk menarik sokongan rakyat ??? Akhir sekali,kata-kata Tun Mahathir hari ini bahawa “tiada calon yang lebih sesuai untuk mentadbir Malaysia,selain Datuk Seri Najib,” sewajarnya diambil sebagai titik noktah kepada strategi terdesak pembangkang ini.

RENUNG-RENUNGKAN

3 SEBAB KENAPA SIDEK BABA TINGGALKAN ANWAR IBRAHIM DIDEDAHKAN !!!


Sebut sahaja nama Profesor Datuk Dr. Sidek Baba tentu ramai yang mengenalinya sebagai salah seorang sahabat yang mempunyai hubungan akrab dan cukup rapat dengan Ketua Umum PKR,Anwar Ibrahim.Sebagai bekas Naib Presiden ABIM dan Timbalan Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM),Dr Sidek juga dikenali umum kerana peranannya dalam mengembangkan pengaruh Anwar di kalangan pelajar UIAM ketika zaman kegemilangan bekas Timbalan Perdana Menteri itu.Dr Sidek yang kini adalah pensyarah Kanan di UIAM juga pernah di tahan di bawah ISA ketika kemuncak isu liwat melibatkan Anwar pada 1998,justeru itu ramai yang percaya hubungan mereka berdua akan berkekalan dan mustahil akan terungkai sama sekali.Namun persahabatan kedua-duanya tidak berkekalan apabila semenjak tiga tahun lalu Dr. Sidek telah bertindak meninggalkan Anwar selepas lebih 30 tahun mereka bersahabat.Ramai yang sukar mempercayainya malah tidak mengetahui kenapa dan mengapa Dr Sidek mengambil tindakan demikian.Bagaimana pun ketika menyertai program Wacana Cuit : Dilema Melayu Moden di Menara MARA pada 26 Mac 2013,Dr Sidek telah mengambil peluang tersebut menjelaskan tiga sebab kenapa beliau meninggalkan Anwar sekaligus keluar dari landasan perjuangan bekas sahabat baiknya itu. 

3 sebab yang dimaksudkannya itu ialah mengenai persoalan moral,sokongan kepada agenda pluralisme agama dan masalah kredibiliti,yang mana ketiga-tiganya cukup rapat dengan Anwar yang akhirnya mendorong Dr Sidek untuk mengambil keputusan muktamad menjauhkan diri.Menurut Dr Sidek,terlalu banyak persoalan moral yang melingkari hidup Anwar dan agak sukar untuk diterimanya,Apatah lagi bila diimbas semula pesanan Anwar ketika bersama ABIM dulu yang sering menegaskan seseorang pemimpin bukan sahaja mesti bersih tetapi juga kelihatan bersih. Dalam majlis yang dihadiri sekitar 1,000 orang kakitangan MARA itu juga,Dr Sidek meluahkan kekecewaannya terhadap Anwar kerana perubahan drastik bekas mentornya itu yang kini menjadi pendukung pemikiran liberal serta cukup dekat dengan golongan pluralisme agama.Ucapan Anwar di London School of Economics (LSE) pada 18 Mac 2010 menurut Dr Sidek adalah bukti nyata yang tidak dapat disangkal lagi mengenai penglibatan Anwar dengan pendukung liberal dan pluralisme agama. 

Selain itu,Dr Sidek juga menjelaskan keraguannya terhadap hubungan rapat Anwar dengan para pelobi berbangsa Yahudi yang dianggap sangat berbahaya kepada keselamatan negara selain menjejaskan kredibiliti Anwar yang sebelum ini dilihat sebagai Islamik.Kesemua sebab yang diutarakan oleh Dr Sidek di atas adalah asas penting yang mendorongnya meninggalkan Anwar meskipun lebih 30 tahun lalu mereka berdua akrab bersahabat.Dr Sidek bukanlah satu-satunya sahabat seperjuangan Anwar dari ABIM yang telah hilang kepercayaan terhadap Ketua Umum PKR itu, ramai lagi yang lain antaranya bekas Presiden ABIM,Dr Yusri Muhammad serta bekas pengasas NGO itu,Tuan Haji Ustaz Ismail Mina.Sebelum mengambil tindakan yang tentunya sukar itu, Dr Sidek terlebih dahulu melakukan siasatan sendiri dengan menemu bual seramai 28 orang individu yang diketahui mempunyai hubungan rapat dengan Anwar diikuti dengan solat istikharah bagi memohon petunjuk Allah S.W.T. Selepas itu barulah beliau membuat keputusan muktamad menjarakkan diri dari Anwar dan parti-parti pembangkang

RENUNG-RENUNGKAN

UNCOVERED !!! PR DESPERATE ATTEMPT BLOWED !!! MUST READ !!!


There is nothing more embarrassing than seeing a political party having to use its enemy's influence to bring their enemy down.But,this is what PR is doing,using the influence of former Premier,Tun Mahathir, to bring down Prime Minister,Datuk Seri Najib.It is clear that PR is aware that their party is beginning to lose its influence and that all of their leaders do not have enough 'aura' to influence rakyat.They definitely thought of this tactic after seeing how wise all of Tun Mahathir's opinions on Tun Abdullah's leadership once back,has managed to influence rakyat about their dissatisfaction over Tun Abdullah's leadership.From there,Tun Abdullah had to hand over his power to Datuk Seri Najib, which is feared by the opposition. The opposition's fear over Datuk Seri Najib was so obvious that they had to create a lot of accusations against him to ensure that he would not be the replacement for Tun Abdullah.Sadly for opposition,their attacks over Datuk Seri Najib only convinced rakyat that he is the best candidate.Record even showed that Tun Mahathir has always been supporting Datuk Seri Najib during the leadership crisis which happened in the government back then,It was recorded a few times that Tun Mahathir stated that his first choice was Datuk Seri Najib ,but he somehow made the wrong decision for giving the chance to Tun Abdullah due to the 'seniority' culture and that he believed that Datuk Seri Najib can wait because he was still young then. 

However,the opposition ignored all of those statements and they choose to 'hold onto' Tun Mahathir's recent statement when asked whether Datuk Seri Najib needs to resign if BN lose or fall in the coming GE13.For your information,the same matter was asked once by Malaysian Insider a few months ago and today it was brought back and spread by PR social network.As usual,Tun Mahathir answered the question without going around the bushes, that is how it should be anyways.Considering that we are aware of Tun Mahathir's consistency in standing by his statements,obviously knew the answer which Tun Mahathir would give.The proof,he made such statement to Tunku Abdul Rahman as well as Tun Abdullah Badawi when their leadership and support became weaker and the ruling party received bad results in elections. So, for the opposition to use Tun Mahathir's 'standart' response as their political interest to bring down Datuk Seri Najib just sad.

It seem like they are really running out of issue to play with.The weird thing is,this matter is used when rakyat themselves could see how Tun Mahathir roam around the country complimenting Datuk Seri Najib leadership and urge rakyat to give full support towards the Prime Minister.He also quoted a few key economics which show great growth under the leadership of Datuk Seri Najib and he always support any actions taken by the government.Based on what is happening,what PR is trying to convey,saying that Tun Mahathir is not convinced with Datuk Seri Najib does not make any sense at all. Especially when PR claim that Tun Mahathir 'prefers' Tan Sri Muhyiddin to lead the country. The strategy to clash BN leaders will not work because it is just not true.UMNO and BN leaders are not like leaders of PKR or DAP,or PAS where they would often fight against one another thanks to their own party members. UMNO/BN no longer have such issue because leaders with such issue have all gone to the opposition.Logically,any of Tun Mahathir's thoughts and opinion,on who he 'favors' should not be part of PR issue.Why would PR depend on the influence of their enemy in order to gain rakyat's support ??? Lastly,Tun Mahathir's statement saying,"there are no other candidate which can lead Malaysia,other than Datuk Seri Najib,” should be taken as the fullstop to the opposition's desperate attempt.

GAZE-PONDERS

Friday, March 29, 2013

KANTOI !!! WIKIPEDIA DEDAH SKANDAL PEMIMPIN PR !!!


Skandal peribadi sememangnya sukar dipisahkan dengan pemimpin politik di negara ini dan yang pastinya ia bagaikan cukup sinonim dengan PR,seakan akrab bagaikan aur dan tebing.Mengikut sebuah artikel di Wikipedia bertajuk “Malaysian Politician Sex Scandals” terdapat sekurang-kurangnya 6 orang pemimpin PR pernah popular dengan skandal peribadi yang menjadi perhatian umum.Antaranya ialah Anwar Ibrahim,Azmin Ali,Elizabeth Wong,Nurul Izzah dan Badrul Amin yang mana kelima-lima mereka merupakan pemimpin kanan PKR.Manakala seorang lagi merupakan pemimpin PAS iaitu Mat Sabu.Ada yang cukup dekat dengan aktiviti liwat dan berseksual,ada yang selesa beraksi dalam tandas,ada juga yang pernah bermesra dengan pegawai parti malah ada yang galak dan nakal dengan pensyarah.Pun ada juga seorang dua yang ditangkap khalwat dengan isteri rakan baik sendiri.Pendek kata macam-macam ada,serba warna-warni kehidupan mereka. Patutlah ramai golongan LGBT dan pendukung liberalisme serta pluralisme agama lebih selesa bersama PR.Walau pun begitu artikel di Wikipedia bukanlah satu-satunya sumber rujukan yang wajib diperakui,namun kompilasi pendedahan yang tercatat itu menarik untuk dianalisis kerana ada antaranya kes yang disebut turut disertakan rujukan sahih yang lain. Lagi pun dalam artikel tersebut, semua skandal peribadi yang diperkatakan oleh Wikipedia sudah menjadi pengetahuan umum malah ada antaranya pernah dibicarakan di Mahkamah. Itu pun ada yang sepanjang proses perbicaraan dilakukan asyik meminta penangguhan kes dengan pelbagai alasan.

Satu perkara yang cukup menarik dalam semua skandal melibatkan pemimpin PR itu,pasangan masing-masing merupakan orang yang mereka kenali rapat sekian lama.Ada yang merupakan bekas pemandu peribadi, adik angkat,isteri rakan seperjuangan dan individu yang rapat dengan parti. Uniknya bila diimbas kembali skandal yang mereka alami,masing-masing tidak mengaku salah dan lebih gemar mengambil pendekatan menyalahkan pihak lain. Di masa yang sama, pemimpin politik yang beragama Islam juga enggan melakukan sumpah laknat (mubahalah) bersaksikan pengadilan Allah S.W.T. Sama ada sukar bagi mereka menyebut kalimah “Wallahi,Wabilahi,Wataallahi” atau pun memang masing-masing tiada keyakinan terhadap keadilan Allah S.W.T yang menjanjikan sesiapa yang bersumpah palsu akan menerima laknatnya,sukar ditentukan.Terpulang pada diri pembaca Badut Rakyat untuk mentafsirkannya, tapi pepatah Melayu ada menyebut, “berani kerana benar, takut kerana salah” maka jika kita berada di pihak yang benar apa perlu untuk takut bersumpah laknat. Lagi pun sejarah Islam pernah menceritakan kisah seorang ulama, bn Hajar Al Salam as Qalani yang melakukan sumpah laknat yang berakhir dengan kematian mengaibkan seorang sufi palsu dari golongan Mulhid.Malah seorang ulama India iaitu al-Syeikh Abi al-Wafa Thana al-Amritsari juga pernah bermubahalah dengan nabi palsu bernama Mirza Ghulam Ahmad al-Qadyani yang juga berakhir dengan laknat kebinasaan yang menimpa Mirza Ghulam setahun selepas mubahalah dilakukan.Melihat pada kompilasi skandal pemimpin PR seperti yang didedahkan oleh artikel di Wikipedia itu,tentunya ada sesetengah kita tak menyangka sebegitu ramai pemimpin utama pembangkang yang terjebak dengan skandal peribadi.Barangkali ia terjadi sedemikian dek kerana gabungan parti-parti pembangkang itu sendiri bergerak secara haram maka sebab itu perkara haram seperti skandal sebegini sering dekat dengan mereka.Tapi bagi segelintir orang,benda yang haram itulah yang sedap,betul tak pembaca Badut Rakyat ???

RENUNG-RENUNGKAN

EKSKLUSIF !!! VIDEO ANWAR IBRAHIM TERKAM MAHASISWA DIDEDAHKAN !!!


Babak terakhir didalam video ini Anwar Ibrahim MENERKAM remaja lelaki berumur 19 tahun itu.TERKAMAN yang datang secara tiba tiba dan disinilah yang menariknya kerana rakaman melalui TALIFON Bimbit remaja lelaki itu masih lagi terpasang dan memaparkan adengan yang begitu JIJIK untuk dijadikan Anwar Ibrahim sebagai contoh pemimpin rakyat Malaysia.


UNTUK SELANJUTNYA

LIHAT VIDEO DI BAWAH


RENUNG-RENUNGKAN

Thursday, March 28, 2013

KANTOI !!! PAS MUNAFIQ !!! PAS DAH BINA 12 MASJID ??? MANA BUKTINYA ???


Sekadar mengambil petikan kata-kata Presiden ABIM ketiga,Datuk Dr. Siddiq Fadzil yang menyatakan ulama perlu berani menegakkan kebenaran dalam apa jua keadaan tanpa mengira tempat dan masa.Malah menurut rakan baik Anwar Ibrahim itu,ulama bertanggungjawab menegakkan kebenaran dan keadilan dan tidak boleh berkompromi atau bersekongkol.“Ulama harus berani dan bebaskan diri mereka untuk memberikan pendapat demi kebaikan semua,” kata beliau di dalam satu program wacana yang bertajuk “Peranan Ulama,Menasihati Pemimpin” tidak lama dahulu.Namun baru-baru ini,Pas dikecam hebat oleh beberapa orang ulama di Kelantan yang mengatakan bahawa mengundi Pas dalam pilihan raya akan datang adalah haram kerana telah lari dari perjuangan asal sehingga sanggup bekerjasama dengan DAP.Ini kerana umum mengetahui DAP sebagai sebuah parti ‘ultra kiasu’,mengunapakai pendekatan sekular sebagai teras perjuangan mereka yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam. 

Malah Karpal Singh sendiri suatu ketika dahulu pernah mengeluarkan kenyataan ‘langkah mayatnya sekiranya Pas ingin menjalankan menubuhkan negara Islam di Malaysia”.Lebih malang lagi,‘baiah’ Karpal itu masih dipegang olehnya sampai kini sehingga menimbulkan keraguan di kalangan pengikut Pas berhubung kerjasama yang terjalin itu.Terbaru kegagalan Pas untuk mempertahankan Islam terutamanya dalam isu berhubung penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam kerana terlalu tunduk dengan desakan DAP juga sukar untuk dimengertikan. Malah bukan itu sahaja,PAS sekarang ini,sudah sampai ke tahap sanggup berbohong demi meneruskan survival politik mereka.PAS juga begitu bangga menyatakan,kononnya kerajaan negeri Kedah telah membina sebanyak 12 buah masjid sepanjang hampir lima tahun pemerintahan mereka seperti yang terkandung di dalam buku ‘Sayangi Kedah Sejahtera’.Yang mana ia jelas merupakan satu penipuan yang maha besar di Kedah kerana pembinaan masjid itu telah ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan persekutuan di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU),Jabatan Perdana Menteri berjumlah RM24 juta. 

Bahkan kerajaan Barisan Nasional (BN) sebenarnya yang bertanggungjawab membina 22 masjid baru itu sejak 2008 dengan peruntukan keseluruhan hampir RM40 juta.Oleh yang demikian tindakan pemimpin PAS ini boleh diklasifikasikan sebagai munafik.Kerajaan Kedah yang diterajui oleh pimpinan parti yang kononnya berasaskan Islam seharusnya berasa malu kerana gagal melaksanakan amanah yang telah diberikan oleh rakyat itu.Sebaliknya,BN yang sebelum ini tewas,terus dilihat tetap melaksanakan tanggungjawab terhadap rakyat Kedah dengan penuh ikhlas dan tanpa rasa kecil hati walaupun kalah dalam pilihanraya yang lalu.Apapun,rakyat Kedah kini sudah semakin sedar akan kesilapan yang telah mereka lakukan dan pasti akan bangkit dalam pilihan raya akan datang untuk menebus kembali kesilapan mereka.

RENUNG-RENUNGKAN

SAH !!! SUMPAH LAKNAT ANWAR IBRAHIM HANYA UNTUK PASTIKAN IMPIAN MENJADI PM TERCAPAI !!!


Setelah puas menunggu,akhirnya penyokong Pas khususnya pencacai yang begitu menyanjungi makhluk bernama Anwar sudah boleh menarik nafas lega.Ini kerana menurut laporan yang dikeluarkan oleh portal pembangkang SuaraPakatanRakyat,makhluk yang dikatakan sebagai pemimpin Anugerah Tuhan itu telah bersetuju untuk bersumpah laknat.Ia antara lainya bertujuan untuk membersihkan imejnya yang dikaitkan dengan kes Sodom aka Liwat dan skandal China Doll,sedikit masa dahulu.Malah pemimpin yang perasan kononnya dirinya layak untuk menjadi perdana menteri itu pernah beberapa kali dilihat ‘hilang kawalan’ apabila berdepan dengan wartawan yang mengajukan soalan berhubung isu terbabit.Ditambah dengan beberapa fakta kes,ia semakin menyakinkan rakyat namun dimasa yang sama telah mengelirukan pencacainya yang merasakan ada sesuatu yang tidak kena apabila Anwar dilihat seolah-olah cuba mengalihkan tumpuan masyarakat dari membicarakan mengenai kes-kes tersebut.Walaupun Anwar sebelum ini pernah berulang kali mengunakan nama Yusuf al-Qaradawi sebagai perisai kononnya ulama besar itu melarangnya dari berbuat demikian, namun perkembangan politik terkini yang tidak memihak kepadanya mungkin telah memaksanya untuk berbuat demikian. 

Oleh yang demikian,Anwar merasakan kegagalannya untuk mengembalikan sokongan rakyat akan menyebabkan dirinya terdedah kepada risiko ditolak oleh pengundi Islam dan Melayu yang begitu memandang serius terhadap isu liwat dan zina.Lebih malang lagi,sekiranya calon-calon yang mewakili PKR turut menerima tempias ditolak rakyat.Tambahan pula apabila,beliau melihat sendiri bagaimana isu tersebut telah mula memberi kesan terhadap pengundinya khususnya di Permatang Pauh sehingga menyebabkan dirinya terpaksa melarikan diri untuk mencari kawasan baru yang lebih selamat.Maka,hasil ‘campur,tolak, bahagi, darab’ akhirnya Anwar terpaksa mengambil jalan selamat agar keyakinan rakyat kembali memihak kepadanya sekaligus membuka kembali harapan untuk menjadi perdana menteri.Malah ada segelitir pemerhati politik dan golongan akademik berpendapat, sekiranya Anwar benar-benar mengambil pendekatan untuk ‘bersumpah laknat’ bagi membersihkan dirinya, ia akan menyebabkan BN/Umno berdepan dengan tuduhan konspirasi. 

Sekaligus membuktikan apa yang didakwa oleh Anwar selama ini kononya dirinya telah difitnah ada asasnya.Tambahan pula Anwar sendiri,sebelum ini mengakui tindakan untuk bersumpah boleh memberi kelebihan besar kepadanya dari segi moral pencacai dan rakyat.Selain pencacai antara yang bakal turut terkesan dengan sumpah tersebut sudah tentu isteri dan anaknya,yang selama ini terpaksa berhempas pulas menyakinkan diri mereka sendiri,bahawa Anwar tidak pernah melakukan perbuatan terkutuk itu.Namun persoalannya ialah,sekiranya benar Anwar ingin bermubahalah seperti yang didakwa portal tersebut,mengapa ia dilakukan setelah majoriti rakyat percaya dengan yakin bahawa Anwar terlibat dengan seks luar tabii dan China Doll ??? Tidak ketinggalan ialah,mengapa ia dilakukan apabila majoriti golongan agama di dalam Pas mula menolaknya sebagai calon Perdana Menteri ??? Bukankah jelas,ia dilakukan semata-mata atas kepentingan politik peribadinya.Hanya setelah merasakan kerusi Putrajaya telah semakin jauh meninggalkan dirinya,baru Anwar ingin mengambil pendekatan menolak dakwaan yang dilemparkan.Sedangkan secara logik akal,mereka yang benar-benar tidak bersalah akan segera membersihkan namanya dari terus dikaitkan dengan kesalahan moral.Tambahan pula ramai dikalangan pencacainya yang merasakan Anwar adalah merupakan calon yang terbaik dikalangan pemimpin yang ada.Kesimpulanya sumpah laknat yang bakal dilakukan itu bukanlah untuk membersihkan namanya,tetapi dilakukan semata-mata untuk memastikan impiannya menjadi Perdana Menteri ke-7 tercapai.

RENUNG-RENUNGKAN

EKSKLUSIF !!! VIDEO KHAS DEKLAMASI PUISI SEMPENA HARI POLIS KE-206 TERSEBAR !!! WAJIB LIHAT !!!


Puisi dideklamasikan oleh DSP Rosebaini Kassim dan ASP Mohamed Mahat pada sambutan Hari Polis ke 206 di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur.Hari Polis ke-206 disambut dalam suasana kesayuan tetapi penuh patriotik.Suasana hening seketika apabila balu dan waris anggota yang terkorban dalam krisis pencerobohan di Sabah.ketika saya melihat video ini,saya menitiskan air mata.tanpa pejuang dan perwira negara ini,adakah malaysia akan aman wahai pembaca Badut Rakyat ??? adakah ini lakonan semata-mata wahai pembaca Badut Rakyat ??? terima kasih kepada yang upload video ini.sesungguhnya,saya memang menantikan video ini keluar.

LIHAT VIDEO DI BAWAH


 RENUNG-RENUNGKAN

PAKATAN HARAM KANTOI !!! UMNO ADA VIDEO SEKS NURUL IZZAH ??? APA CERITA NI ??? TERDESAK SANGAT KER ???


Tidak semena-mena,tiada beruk tiada kera,tiba-tiba pokok bergoyang. UMNO tidak tahu apa-apa,tiba-tiba PKR pula yang heboh menyatakan kewujudan Video Seks Nurul Izzah pula.saya amat memahami strategi ‘overdose’ atau ‘overkill’ iaitu menambahkan cili kepada isu yang sedia pedas seperti video seks Anwar sehingga orang tidak mampu lagi menelannya.Dalam kes ini,strategi pembangkang mungkin untuk membangkitkan rasa mual terhadap UMNO sekali gus meraih simpati terhadap Nurul Izzah dan Anwar.Namun,cara pendedahan video Nurul Izzah ini agak keterlaluan iaitu menambah cili sehingga tidak nampak lagi masakan asalnya.ini kerana ia pertama sekali disuarakan oleh Saifuddin Nasution secara terbuka di hadapan wartawan,seolah-olah sengaja sedangkan desas-desus mengenainya belum lagi kedengaran.Mungkinkah ini merupakan strategi ‘pre-emptive’ iaitu bersedia dengan jawapan sebelum soalan dikemukakan ??? Atau apakah ini hanyalah langkah pertama ke arah satu lagi lakonan tersohor yang bakal diedarkan ala-ala lakonan sepupu Taib Mahmud ??? Walau apapun,mengenali keluarga Anwar,kita tidak boleh menolak akan kemungkinan bahawa video tersebut tulen dan wujud walaupun motif dan dalangnya tidak dapat dipastikan. 

Apa yang saya pasti,video tersebut ada di tangan PKR,bukan UMNO.Kerana itulah sehingga ke hari ini,apa yang kita dengar hanyalah dari pihak PKR dan hanya pihak PKR yang ‘seronok’ sekali bercakap mengenainya.Jangan kita lupa bahawa parti PKR adalah parti yang sentiasa bergolak kerana ia menghimpunkan semua orang-orang yang gila kuasa lagi korup di dalamnya.Segala sampah dan najis UMNO dikutip dijadikan perhiasan dan dipakaikan mahkota.Pemilihan parti PKR adalah yang paling kotor dalam sejarah,di mana undi dimanipulasi dan baling kerusi bergaduh adalah budayanya.Faktor cinta tiga segi,empat segi dan bersegi-segi juga merupakan masalah paling besar dalam PKR.Mana tidaknya,apabila anak,isteri,gundik,anak ikan,semuanya terpaksa berhadapan sesama sendiri setiap hari.Kita tahu Wan Azizah bencikan Fareez.Kita tahu Azmin menentang Khalid.Kita juga tahu Wan Azizah benci Azmin.

Kita tahu Nurul Izzah membela mamanya dan Azmin serta Fareez menentangnya dan mamanya.Kita tahu Anwar sayang semuanya.Tetapi kita juga tahu Anwar paling sayang dirinya sendiri.Nurul Izzah bukan masalah besar bagi UMNO atau BN.Malah,beliau merupakan bahan ketawa,tambahan pula dengan kenyataan bodohnya mengenai pasukan keselamatan negara baru-baru ini,ramai yang menganggap wanita itu elok diabaikan saja.Tidak berbaloi bagi BN memburukkan Nurul Izzah dengan cara menyebar video seksnya dan BN juga lebih tahu bahawa tindakan itu mungkin akan memakan diri dan parti.Justeru,adalah lebih masuk akal bahawa video tersebut bakal diedar oleh pihak PKR sendiri.Lagipun,dari kata-kata Saifuddin,nampak seolah-olah PKR sudah pun memilikinya,kerana BN langsung tidak tahu menahu mengenainya.Cuma saya kini tertanya-tanya juga apa reaksi Wan Azizah dan Anwar mengenai aksi anak mereka ??? Banggakah Anwar yang anaknya mengikut jejak langkahnya ??? Apapun,saya pasti,bangga atau tidak,Anwar dan Azizah tetap akan menafikannya.Bagi Nurul Izzah pula,saya menyarankan agar beliau memikirkan dalam-dalam tentang bapa dan ibu jenis apa yang sanggup membiarkan orang lain menyebar video seks yang dikaitkan dengan anak mereka,semata-mata untuk meraih simpati politik ???

RENUNG-RENUNGKAN

SAH !!! PUAK PAKATAN HARAM AKAN WUJUDKAN KEKECOHAN PADA PRU 13 !!!


apa yang selalu anda dengar dari puak PR adalah SPR tidak bersih,akan berlaku kekecohan setiap PRU !!! sekarang anda lihat sendiri siapa puncanya.lihat betul-betul gambar di atas.adakah ini semua kerja UMNO ??? confirm nanti mereka kata ini kerja UMNO !!! 

MUAHAHAHAH !!!

SEBARKAN !!!

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! AYUH #TOLAKPAKATAN KERANA #JANJIKOSONG PEMBANGKANG DI 4 NEGERI !!!



Apabila berbicara soal mungkir janji,pasti kita tidak akan terlepas dari memandang kepada pakatan pembangkang,ini kerana golongan tersebut telah dipenuhi dengan mereka-mereka yang sering khianat terhadap janji yang telah diberikan.Lisan atau lidah mereka yang bergelar pemimpin di dalam pakatan,memang terkenal menuturkan seribu satu janji, namun seringkali gagal untuk mengotakannya.Contohnya,ketika berkempen dan di atas pentas ceramah,mereka sering mengatakan ‘tuan-tuan dan puan-puan,sekiranya pakatan (dahulu dikenali sebagai barisan alternatif) diberikuasa,apabila ayam berkokok, menjelang subuh kita akan berikan itu dan ini'.Namun setelah mendapat kuasa yang diidamkan itu dan apabila janji tersebut dituntut oleh rakyat mereka dengan mudah akan mengatakan ‘Manifesto PR Bukan Janji’.Sedangkan di dalam Islam,menepati dan menunaikan janji adalah antara sifat yang sangat dituntut Islam sesuai dengan firman Allah SWT yang bermaksud : “Wahai orang-orang yang beriman tepatilah janji-janji.” (al-Maidah:1) Malah,dalam ayat lain Allah menerangkan bahawa mereka yang sentiasa menunaikan janji adalah dianggap sebagai golongan yang beriman,yang benar dan bertakwa kepada Allah S.W.T. seperti firman-Nya yang bermaksud: “…..Dan perbuatan orang-orang yang menyempurnakan (menepati) janjinya apabila mereka membuat janji……” – (Al-Baqarah:177) 

Oleh yang demikian mereka yang gemar berbohong atau sering memungkiri janjinya merupakan tanda-tanda adanya sifat nifaq atau ‘MUNAFIQ’.Malah junjungan besar kita nabi Muhammad SAW ada bersabda berhubung perkara ini. “Tanda orang munafik itu ada tiga ; apabila berkata ia berdusta dan apabila berjanji ia mungkir dan apabila diberi amanah ia khianat.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).Dalam hadis yang lain,Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : “Ada empat perkara,sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik yang jelas.Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu,maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik hingga dia meninggalkannya iaitu apabila dipercayai ia khianat,apabila bercakap ia berdusta,apabila berjanji ia mungkir dan apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran (menegakkan benang yang basah)”. (Hadis riwayat Bukhari). 

Semua petikan surah dan hadis diatas merujuk kepada peri-pentingnya untuk seseorang itu menunaikan janji yang pernah diberikan,apatah lagi mereka yang telah diangkat sebagai pemimpin.Namun berlainan dengan pakatan pembangkang,amaran dan peringatan yang diberikan oleh Allah dan Rasul itu seolah tidak memberikan kesan kepada mereka.Sedangkan ada dikalangan mereka yang dikatakan sebagai pemimpin ‘Anugerah Tuhan’ dan mereka yang kononnya bertaraf ulama.Seolah-olah Islam pada kaca mata mereka,hanya digunakan untuk membodohkan rakyat.Bukanlah niat untuk melemparkan tuduhan,namun setelah 4 tahun mentadbir kerajaan di Pulau Pinang,Selangor dan Kedah,serta 22 tahun di Kelantan,pelbagai janji-janji manis mereka yang masih lagi belum ditunaikan.Patutlah penyanyi Aishah yang popular dengan lagu ‘Janji Manismu’ sertai pembangkang,rupa lagu tersebut ditujukan kepada pemimpin mereka.Antara janji-janji mereka yang sehingga kini hanya tinggal janji kerana berpegang kepada pendekatan #ManifestoBukanJanji ialah tabung permulaan RM100 bagi anak-anak kelahiran Selangor (mana duit yang diJANJIkan itu???),bantuan RM75 bagi setiap kanak-kanak di nurseri (nak tunggu kes di ke mahkamah barangkali).Itulah antara janji yang pernah diberikan kepada rakyat yang sehingga kini GAGAL dilaksanakan.Malah di Kelantan,kerajaan Pas baru nak rasmikan pembinaan stadium yang dijangka akan siap pada PRU18 nanti.Kesimpulannnya rakyat khususnya pengundi di 4 negeri yang ditadbir oleh pakatan WAJIB menolak menolak wakil/calon

P/S : HARUS DIINGAT !!! KERAJAAN PERSEKUTUAN DAH BERI DUIT KEPADA SEMUA NEGERI DI MALAYSIA !!!

TERMASUK YANG DITADBIR OLEH PAKATAN UNTUK TUNAI JANJI !!!

MANA PERGI DUIT TU ???

RENUNG-RENUNGKAN 

EKSKLUSIF !!! #ESSZONE KUBURKAN AGENDA ANWAR IBRAHIM CETUS KEGANASAN DI SABAH !!!


Pewujudan Zon Selamat Sabah Timur (ESSZONE) yang diumumkan Perdana Menteri pada 25 Mac lalu adalah satu langkah yang kena pada tempat dan masa bagi menangani pencerobohan pengganas Sulu yang dipercayai didalangi oleh pembangkang.Kerajaan Barisan di bawah pimpinan Datuk Seri Najib berjaya mengekang serta mengalahkan usaha jahat pembangkang yang mahu memporak perandakan negara menjelang pembubaran parlimen dan Pilihan Raya Umum ke 13.Walaupun keadaan agak getir pada peringkat awal tatkala pasukan keselamatan berdepan dengan gerombolan pengganas yang lengkap bersenjata,namun berkat kerjasama pasukan polis dan tentera melalui konsep Lautan Biru (Blue Ocean Strategy) yang menjadi asas kepada program transformasi Perdana Menteri,ancaman terhadap kedaulatan negara mampu di atasi dengan baik.Jika dahulu pembangkang menggunakan isu kehadiran ramai pendatang tanpa izin dan penduduk tanpa negara di bumi Sabah untuk menyerang kerajaan, kini mulut mereka sudah terkunci apabila tertubuhnya ESSZONE. 

ESSZONE yang merangkumi 10 daerah di sepanjang 1,400 kilometer pesisir pantai timur Sabah meliputi Kudat,Kota Marudu,Pitas,Beluran,Sandakan,Kinabatangan,Lahad Datu,Kunak,Semporna dan Tawau mempunyai matlamat jangka pendek dan panjang.Rasional menubuhkan ESSZONE bukanlah mainan politik tetapi berpunca daripada insiden pencerobohan di Lahad Datu oleh pengganas Sulu yang mengorbankan dua komando polis serta pembunuhan kejam dan tidak berperikemanusiaan enam anggota.Langkah kerajaan untuk memastikan pencerobohan pengganas Sulu tidak bertukar menjadi tragedi yang lebih ngeri boleh dilihat daripada tindakan untuk menambah sebanyak lima lagi batalion tentera dengan sokongan pihak polis.Di samping itu lima lagi balai polis akan di bina di Sabah bagi memperkukuhkan keselamatan orang awam dan ketenteraman negeri. ESSZONE akan berpusat di Lahad Datu sebagai ‘central command’ mengawal serta memantau 10 daerah di dalam kawalannya di sepanjang pantai timur Sabah.Objektif jangka pendek sudah menunjukkan hasil yang amat memberangsangkan walaupun dalam fasa awal melawan pengganas Sulu,negara bersedih kerana kehilangan 10 wira.

Sehingga kini 65 musuh berjaya ditembak mati manakala 110 lagi individu ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Sosma) 2012 sementara 416 yang lain ditahan atas pelbagai kesalahan termasuk berada dalam zon larangan Operasi Daulat.Agenda pembangkang untuk mencetus huru hara ketika negara di ambang pilihan raya dengan mendalangi mengguna isu tuntutan kesultanan Sulu nampaknya sudah dipatahkan dan peranan Ketua Pembangkang,Anwar Ibrahim sebagai bapa petualang dalam krisis keselamatan di Sabah akan ditelanjangkan tidak lama lagi.Usaha pantas kerajaan menggembeleng aset ketenteraan serta keselamatan negara secara pantas dan efisien untuk memerangi pihak yang cuba menodai kadaulatan negara membuktikan kemampuan luar biasa pasukan polis dan tentera Malaysia.Ketika Anwar mengadakan komplot sulit dengan sekutunya,Nur Misuari dari MILF,mungkin beliau terlupa memikirkan kekuatan dan kemampuan pasukan keselamatan Malaysia untuk melindungi negara daripada sebarang pencerobohan.Anwar tidak lagi boleh berselindung dengan apa-apa alasan untuk membersihkan dirinya daripada isu pencerobohan pengganas Sulu kerana bukti pembabitan beliau seperti yang didedahkan oleh media asing seperti Reuters, Phillipine Daily Inquirer dan Manila Times sudah cukup jelas dan nyata.

Cubaan kroninya seperti Tian Chua juga yang menuduh UMNO yang mendalangi peristiwa berdarah di Sabah untuk mengalih pandangan rakyat juga tidak dipercayai lagi oleh rakyat.Dakwaan jahat dan tidak masuk akal itu dibuat hanya untuk terus mengapi-apikan hati rakyat serta mempengaruhi minda rakyat supaya bangkit menentang kerajaan.Kerjasama erta yang diberikan oleh rakyat tempatan termasuk mereka yang berketurunan Suku terhadap usaha pasukan keselamatan untuk membanteras pengganas Sulu membuktikan segala yang didakwa pembangkang adalah pembohongan semata-mata. Kewujudan ESSZONE pada matlamat masa panjang pula akan memastikan kemajuan dan pembangunan negeri Sabah seperti mana yang dinikmati rakyat sekarang akan terus kekal.Ia bertindak sebagai serampang dua mata  mengekang kemasukan pendatang asing serta kegiatan penyeludupan oleh kumpulan pendatang asing di samping memastikan keselamatan penduduk negeri Sabah terjamin. 

ESSZONE bukannya satu tindakan kerajaan yang terburu-buru kerana model pelaksanaannya berdasarkan kepada Markas Keselamatan Kawasan Rajang atau RASCOM (Rejang Security Command) yang telah diimplementasi pada tahun 1970an di Sarawak bagi menangani ancaman komunis ketika itu.Kejayaan RASCOM menghapuskan ancaman pengganas komunis di Sarawak berjaya membawa keamanan ang berkekalan hingga ke hari ini. Keamanan ini seterusnya diterjemahkan kepada kemajuan serta pembangunan sosio-ekonomi yang pesat yang dinikmati oleh rakyat Sarawak keseluruhannya.Penubuhan ESSZONE juga mampu meningkatkan tahap keselamatan negeri yang besar seperti Sabah seperti mana matlamat yang sama dicapai oleh RASCOM.Selepas wujudnya ESSZONE,rakyat Sabah akan melihat dengan sendiri betapa perancangan dasar ekonomi itu akan melonjak dalam keadaan aspek keselamatan dan ketenteraman awam dapat dipulih serta dipertingkatkan.Impian pembangkang untuk menjadikan Sabah sebagai batu loncatan untuk mereka menuju ke Putrajaya sudah berkubur dengan adanya ESSZONE.

RENUNG-RENUNGKAN

Wednesday, March 27, 2013

KANTOI !!! SUAMI KEPADA SEPUPU TAIB MAHMUD ORANG ANWAR IBRAHIM ??? APA MAKNANYA TU ???


saya ceritakan dulu tentang insiden lahad datu,lepas itu saya dedahkan cerita sebenar siapa suami kepada sepupu taib mahmud.Setelah terdedah pendalangan pembangkang dalam insiden Lahad Datu,tentulah pelik sekali jika masih ada rakyat Sabah yang memilih pembangkang dalam Pilihanraya kali ini.Di tambah lagi apabila semua orang boleh melihat sendiri bagaimana pembangkang,terutamanya Anwar Ibrahim langsung tidak mengecam pihak Sulu setiap kali merujuk kepada insiden tersebut, tetapi hanya mengutuk kerajaan dan pasukan keselamatan negara.Nampak jelas,yang Anwar cuba menjaga hati pihak Sulu dan juga MNLF.Tetapi,di masa yang sama,pembangkang langsung tidak menjaga hati anggota-anggota keselamatan negara mahupun keluarga mereka-mereka yang terkorban.Malah,pembangkang menuduh semuanya sebagai sandiwara,mempertikai kedudukan syahid mereka,malah tidak kurang juga penyokong pembangkang yang mentertawa dan menghina wira-wira negara itu.Sikap tidak sensitif,tidak patriotik dan pengkhianatan pembangkang terhadap Sabah dan Malaysia khasnya,menyebabkan peluang mereka untuk bertapak di negeri itu hancur sama sekali. Maka, tumpuan pembangkang pantas beralih kepada Sarawak pula. 

Justeru,terbitlah sebuah ‘filem pendek’ baru di Youtube,lakonan sepupu Taib Mahmud,Norlia dan Fatimah Rahman yang telah lama menyimpan dendam terhadap Ketua Menteri itu.Video tersebut berkisar perbincangan antara kedua mereka dengan ‘pelabur’ dan ‘peguam’ mengenai cadangan pelaburan melalui ‘jalan belakang’ iaitu secara tidak telus,tanpa mengikut prosedur tetapi hanya melalui ahli keluarga Taib Mahmud terus kepada Taib Mahmud.Kononnya untuk memperlihatkan kepada dunia,betapa korupnya Taib Mahmud.Melihat dari gerak laku,skrip,tempat dan watak-watak terbabit,kesahehan video tersebut yang kononnya diambil secara ‘candid’ atau tidak disedari,amatlah meragukan.Malah,jelas sekali bahawa ianya telah dirakam dengan sengaja dan semua pihak yang terbabit di dalamnya sedia maklum mengenai rakaman tersebut.Ini tentulah tidak mengejutkan kerana seperti yang dikatakan tadi,sepupu Taib Mahmud itu mempunyai dendam lama yang belum berbalas terhadap Taib Mahmud.Dendam bermula apabila 30% dari konsesi balak bapa mereka, Rahman Yakub, telah dibatalkan sejurus selepas Taib Mahmud menjadi Ketua Menteri pada 1981.Alasan Taib Mahmud,bapa mereka telah mengamalkan nepotisme secara kronik di mana lesen pembalakan telah dianugerahkan kepada diri sendiri dan sanak keluarga terdekatnya sahaja.


Perbalahan dalam keluarga ini menjadi parah apabila Rahman Yaakub disingkirkan dari jawatan Yang diPertua Negeri pada tahun 1985.Beliau kemudian melancarkan serangan balas terhadap Taib Mahmud pada tahun 1987 melalui apa yang dipanggil ‘Ming Court Affair 1987’ dengan mengumpul tandatangan bagi mengusulkan undi tidak percaya terhadap anak saudaranya.Namun,beliau gagal apabila Taib Mahmud mengadakan pilihanraya secara tiba-tiba dan menang.Walaupun kerusi yang dimenangi Taib Mahmud adalah tipis iaitu 28 daripada 48,tetapi ia bertambah kemudiannya apabila 8 lagi ADUN menyertainya.Justeru,dendam keluarga Rahman terhadap Taib Mahmud terus membara dan diwarisi oleh anak-anaknya.Jika ini belum cukup untuk membuktikan bahawa video tersebut merupakan lakonan semata-mata, maka suami Norlia iaitu,Justin Jinggut mungkin mampu menjelaskan segala-galanya.Ini kerana Justin Jinggut adalah seorang yang akrab dengan Anwar Ibrahim dan sedang melobi sakan untuk tempat yang tinggi di dalam PKR sempena PRU ini.Justin Jinggut adalah bekas Timbalan Presiden SNAP dan pernah bertanding atas tiket BN pada tahun 1990 tetapi tewas kepada Billy Abbit dari Bebas. Ditubuhkan pada 1961,SNAP pernah menjadi parti komponen Barisan Nasional Sarawak. Pendaftaran parti tersebut bagaimanapun,telah dibatalkan pada 2002 berikutan gagal mematuhi notis ROS. 

Sebagai Timbalan Presiden,Justin Jinggut telah bertindak memfailkan semakan kehakiman terhadap keputusan ROS,bagaimanapun ia ditolak Mahkamah Tinggi pada 15 September 2006.Pada 23 Jun 2010, Mahkamah Rayuan mengekalkan pendaftaran parti itu selepas membenarkan rayuan Justin untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi.Pada 21 Februari 2012 Mahkamah Persekutuan memberi kebenaran ROS untuk mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan.Bagaimanapun,keputusan kekal bahawa pendaftaran SNAP terbatal.Maka,tidak hairan jika Justin sanggup melakukan apa saja untuk bertapak kembali di dalam politik dan isterinya pula sudah tentu lebih dari bersedia untuk membantu apatah lagi dengan peluang untuk membalas dendam yang telah lama membara terhadap sepupunya,Taib Mahmud.Walaubagaimanapun,nampaknya dendam tetap tidak terbalas kerana video berkenaan ternyata terlalu dangkal dan lemah lakonannya.

RENUNG-RENUNGKAN
 
 
Blogger Templates