Social Icons

Pages

Tuesday, November 29, 2016

TU DIAAA !!! PENAMATAN #F1 !!! BERAKHIRNYA SATU LAGI #LEGASI #TUNMAHATHIR !!!


Demi menjimatkan perbelanjaan,perlumbaan Formula 1 (F1) yang diadakan setiap tahun di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) bakal tamat selepas tahun 2018 ekoran keadaan ekonomi semasa.Perbelanjaan yang dikeluarkan oleh kerajaan pada setiap tahun ialah RM300 juta.Perkara itu diberitahu oleh Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohd Nazri Aziz bahawa kontrak penganjuran sukan lumba kereta paling berprestij di dunia itu tidak akan disambung selepas 2018. 

“Penganjuran F1 terlalu mahal untuk diteruskan dan sambutan daripada peminat sukan permotoran ini semakin hari semakin berkurangan,” katanya kepada wartawan di lobi Parlimen.Jadi kontrak penganjuran F1 untuk tempoh 2016 hingga 2018 ini adalah yang terakhir.Menurut beliau,kerajaan memperuntukkan wang sebanyak itu untuk menganjurkan perlumbaan berkenaan untuk menarik kemasukan pelancong asing, selain memupuk bakat pelumba tempatan.Menurutnya perlumbaan F1 berbeza dengan perlumbaan Moto GP yang sehingga kini berupaya menarik peminat dari dalam dan luar negara,selain memberi ruang kepada bakat tempatan untuk menonjol di arena antarabangsa.Berakhirnya,perlumbaan F1 pada 2018 menandakan berakhirnya satu legasi dari bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengilhamkan SIC dan membawa perlumbaan itu ke negara ini.Perlumbaan F1 di Malaysia bermula pada tahun 1999 dan pada mulanya mendapat tentangan dari rakyat kerana dikatakan sebagai satu projek yang membazir. 

Program berprestij dunia itu sudah lebih 15 tahun diadakan di Malaysia dan pada zaman kegemilangannya mengundang puluh ribu penonton dan pelancong dari seluruh dunia menyaksikan perlumbaan yang digelar perlumbaan paling hangat di dunia.Ia adalah disebabkan oleh suhu kepanasan litar yang tinggi di SIC pada setiap kali penganjurannya memandangkan lokasi Malaysia di kawasan Khatulistiwa.Kemerosotan penonton ada kemungkinan disebabkan oleh keadaan cuaca panas yang mengekang kehadiran pelancong dari Eropah dan negara yang beriklim sejuk semata-mata mahu menonton F1.Selain pembukaan litar litar baru yang lebih menarik dan dinamik.Sukan F1 juga sudah mula hilang tarikan kerana saingan tidak seberapa hebat ketika zaman Schumacher,yang diiktiraf sebagai pemandu F1 terhebat sepanjang zaman.Zaman berlalu dan minat masyarakat juga berubah seiring dengan zaman.

Bagaimana merosotnya sokongan yang diperolehi oleh bekas Perdana Menteri itu kini,begitulah juga merosotnya jumlah penonton ke acara itu sehingga membuatkan penganjurannya terpaksa ditamatkan.Di Singapura juga,perlumbaan F1 mungkin ditamatkan menurut kata Bernie Ecclestone,F1 Supremo.Kosnya sahaja mencecah USD$105 untuk sekali penganjuran.60% kos ditanggung kerajaan Singapura sejak penganjuran pertamanya pada 2008.Pulangan jualan tiket yang rendan dan rendahnya penonton F1 di televisyen membuatkan sukan F1 mulai merosot.Sukan berkos tinggi dan penonton perlu berbelanja besar. Memang wajar sangat F1 ditiadakan dan wang itu digunakan untuk faedah yang lain.Tindakan Malaysia dan Singapura dalam hal ini adalah betul dengan keadaan ekonomi semasa.Adakah Mahathir hendak buat demonstrasi jalanan sebab batalkan legasi F1 ini ???

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN 
Post a Comment
 
 
Blogger Templates