Social Icons

Pages

Sunday, April 24, 2011

AZIZ BARI MEMBONGKAR RAHSIA ANWAR IBRAHIM !!!




Penganalisis politik Prof Abdul Aziz Bari yang awal minggu ini menyifatkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai liabiliti kepada PAS dan agar parti itu menerima perubahan kepimpinan menafikan beliau bertindak sebagai “orang suruhan Datuk Seri Anwar Ibrahim.”

Sebaliknya,ahli akademik Universiti Islam Antarabangsa ini menegaskan,beliau hanya membuat pandangan sedemikian berdasarkan pengamatannya,selain menerima input daripada pelbagai pemimpin parti komponen Pakatan


“Faktanya ialah saya tidak menjalankan arahan DSAI (Ketua Umum Anwar Ibrahim).Ini fitnah,ini tak betul sebab ia tidak wujud.Persepsi orang itu soal mereka.Tetapi mereka tak boleh kata saya ini orang suruhan DSAI.Sebab ini memang tidak wujud.Saya komen sendiri tanpa diarah atau berbincang dengan DSAI,” kata beliau mengulas kenyataan bekas pemimpin Angkatan Muda PKR Johari Md Yassin semalam,yang mendakwa Prof Abdul Aziz Bari menenerima arahan daripada Ketua Umum PKR itu.

MALAYSIAN INSIDER melaporkan Sehubungan itu kata Prof Abdul Aziz Bari,beliau berani menggertak mereka untuk mengambil tindakan undang-undang jika merasakan tidak betul.Laporan media sebelum ini memetik Prof Abdul Aziz Bari,yang lazimnya memberi pandangan terbuka mengenai PAS menegaskan,kepimpinan parti Islam itu perlu berubah terutama Hadi yang kini dilihat sebagai liabiliti.Pendirian lantang beliau ini dikeluarkan ketika parti Islam berusia lebih enam dekad ini sedang bersiap sedia untuk mengadakan pemilihan pusat Jun ini.Lebih-lebih lagi pandangan ini dilontarkan selepas PAS sekali lagi gagal memperoleh sebarang kerusi di Sarawak apabila tewas di kesemua lima kerusi yang ditandinginya Sabtu lalu.

Dalam reaksi balasnya ini,Prof Abdul Aziz Bari berkata beliau membuat pandangan berdasarkan pengamatan dan juga menerima maklumat daripada pimpinan tertinggi dalam PAS.

“Tapi saya tak boleh dedahkan mereka.Saya buat pemerhatian berdasarkan kajian yang dibuat oleh pelbagai pengkaji yang disahkan oleh keresahan dalam parti,contohnya Bukit Bintang. Maklumat yang saya perolehi itu hanyalah secebis tip,” katanya sambil menambah,sebab itu media termasuk akhbar arus perdana menghubunginya untuk komen dan ulasan.

Bagaimanapun kata beliau,apa yang diperkatakan oleh bekas pemimpin PKR itu “bukan ‘fair comment’, yakin mengada-adakan sesuatu yang tidak wujud.”

Susulan komen Prof Abdul Aziz Bari,Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat Rabu lalu,mempertahankan Hadi dengan berkata,PAS tidak perlu mengubah pemimpin hanya kerana kekalahan dalam pilihan raya termasuk ekoran kegagalan memperoleh kerusi di Sarawak minggu lalu.Sambil menegaskan tindakan menukar pemimpin hanya kerana pilihan raya sebagai “langkah kurang tepat”, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, “pada saya, menukar pemimpin hanyalah apabila jika pemimpin tersebut melanggar syariat Allah SWT.”Malah Rabu lalu, Hadi berkata, beliau sedia ditentang pada pemilihan pusat Jun ini.

“Jika ada pencalonan diterima pemimpin lain untuk menentang (saya), saya sendiri amat mengalu-alukannya kerana saya bukan mahu menjadi pemimpin selama-lamanya.Saya sendiri sudah berumur dan memerlukan barisan pelapis,” kata beliau dipetik media.

Kata Hadi,PAS juga mengalu-alukan pertandingan sebarang jawatan untuk membuktikan keterbukaan parti dalam soal pemilihan pemimpin selain memantapkan kepimpinan parti.

“Pertandingan digalakkan bukan sahaja bagi jawatan parti peringkat cawangan dan kawasan, tetapi meliputi kesemua jawatan termasuk peringkat tertinggi melibatkan jawatan presiden, timbalan dan naib,” kata beliau.

Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata pemimpin,ahli dan penyokong perlu sambut baik jika ada pencalonan daripada pemimpin PAS untuk jawatan tertentu daripada latar belakang dan pendidikan yang berbeza.

2 comments:

Ular Menyusur Akar said...

Nik Ajis suruh tolak nuar? Biar betul? Atau Badut Rakyat sengaja memfitnah dengan menulis nik ajis berkata;

“pada saya, menukar pemimpin hanyalah apabila jika pemimpin tersebut melanggar syariat Allah SWT.”

Anonymous said...

Masalannya UMA, penganut-penganut PAS dan PKR tidak melihat deretan kes itu sebagai sah telah melanggar syariat Allah swt melainkan rekayasa dan konspirasi UMNO sahaja...

Mereka mungkin dapat terima keputusan hakim yang datang daripada langit... suarat kuat dan jelas yang dapat didengari oleh semua orang walaupun tanpa bantuan PA sistem. Kalau setakat hakim-hakim yang ada ini, mereka mana iktiraf.

Tindakan dan sikap mereka ini buatkan aku teringat kepada peristiwa bagaimana musrikin Mekah menolak kenyataan Nabi saw bahawa baginda baru sahaja melalui peristiwa Israq-Meqraj. Mereka tak percaya... walaupun turun wahyu Allah membenarkan hal itu. Apa bezannya dengan ketaksuban Musrikin Mekah itu dengan mereka?

 
 
Blogger Templates