Social Icons

Pages

Monday, April 04, 2011

DATUK IBRAHIM ALI MENGAMUK BERKENAAN VIDEO SEKS !!!



nampaknya Datuk Ibrahim Ali betul-betul marah semalam,selepas marah Beliau mencadangkan agar tiga pemimpin parti pembangkang dilantik untuk menganggotai suruhanjaya khas bagi menyiasat ‘pelakon’ dalam rakaman video aksi seks yang menggemparkan negara.

UTUSAN melaporkan Beliau berkata, pemimpin tersebut ialah Presiden PKR, Wan Azizah Wan Ismail yang kononnya geli nak tengok video seks,Presiden Pas,Abdul Hadi Awang yang kononnya semua Suruhanjaya tak perlu ditubuh dan Merapu dan Penasihat DAP,Lim Kit Siang adik beradik kepada PAP.

Datuk Ibrahim Ali memberitahu keanggotaan mereka dalam suruhanjaya berkenaan dilihat penting bagi mencari titik noktah di samping memberi keadilan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa sebagai individu dalam rakaman tersebut.

“Sekarang polis sahkan video itu tulen. Lanjutan daripada itu, ada cadangan supaya suruhanjaya ditubuhkan bagi membolehkan rakyat tahu kebenaran.Jadi, saya hendak cadangkan Wan Azizah, Hadi dan Kit Siang dilantik menganggotai suruhanjaya itu. Biar mereka sendiri tengok rakaman video tersebut.Ini penting supaya kerajaan tidak lagi dituduh terlibat dalam konspirasi menjatuhkan pemimpin seperti Anwar,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pejabat Perkasa Kedah di Taman Cemara,malam tadi.

Beliau sendiri akan mengemukakan cadangan secara rasmi berhubung penubuhan suruhanjaya terbabit dalam sesi perbahasan di Dewan Rakyat hari ini.Dalam perkembangan berkaitan,beliau melahirkan rasa kesal kerana pelbagai pihak terus menyalahkan kerajaan terhadap isu video aksi seks itu.

“Ada pihak tertentu termasuk tokoh-tokoh memberi pandangan bahawa ia satu taktik kotor, keji dan konspirasi. Kalau dakwaan ini datang dari parti pembangkang, saya tidak hairan tetapi ramai nampaknya terpengaruh.Ini sesuatu tidak betul dan saya menganggap ia tuduhan untuk mengaibkan kerajaan,” katanya.

Beliau berkata,kerajaan tidak sewajarnya dikaitkan dengan isu rakaman video seks itu,kerana mereka yang dedahkan perkara berkenaan mempunyai hak sebagai individu.

“Saya perhatikan setiap kali kalau libatkan Anwar,ia dituduh konspirasi. Kalau orang lain tak ada apa-apa, seolah-olah Anwar ini istimewa dan tidak boleh disentuh,” katanya.

DIBAWAH ADALAH NAMA-NAMA YANG PERLU LIHAT VIDEO INI

1. Wan Azizah
2. Hadi Awang
3. Lim Kit Siang
4. Mahfuz Omar
5. Khalid Samad
6. Khalid Ibrahim @ Gagap

NAK TAMBAH LAGI ??? SILAKAN !!!

6 comments:

Anonymous said...

NIK AZIZ...HARUN DIN..TUAN MAN..MAT SABU...MR BEAN MALAYSIA...LIM GUAN ENG....JEFFRY OII...HUSAM MUSA...BAR COUNCIL...PRESS...NGO'S....CNN...ALJAZERAH...UNITED NATION...PANGGIL SEMUA MAI TENGOK...

Pokok said...

khalid samad, mahfuz, khalid ibrahim tak payah lah tgk.. org bengap mcm diorg tak payah tgk..

Anonymous said...

Salam....

Patut ditayangkan juga di Ptg Pauh.

kami yang dok Ptg Pauh pun nak tengok juga betul ka tu Anuar Ibrahim.

Anonymous said...

jangan lupa mak lampir

Anonymous said...

Rakyat Hakim Negara!!!!!!!

Bagi tengok kat semua rakyat, biar rakyat tentukan siapa pelakon porno tu...... Abih cite.

Anonymous said...

kalau benda tu betul kita kena panggil 2 pelakun tu untuk melakonan semula aksi tersebut...

 
 
Blogger Templates