Social Icons

Pages

Tuesday, May 03, 2011

225 AHLI PAS MASUK UMNO !!! ANWAR IBRAHIM HARUS BERSUMPAH !!!


Bekas ahli Pas,Rahaiza Abdul Rahim (kiri) dari Kampung Kubang Panggas mewakili 225 rakannya berikrar meninggalkan parti itu pada majlis penyerahan borang di Alor Setar, semalam.

Hilang keyakinan terhadap Pas termasuk Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak mendorong 225 ahli Pas Kuala Kedah keluar parti itu dan menyertai UMNO.

UTUSAN melaporkan Ketua Pas cawangan Lahar Buluh,Ahmad Marzuki yang mengetuai kumpulan itu menyerahkan borang keahlian mereka kepada Ketua UMNO Kuala Kedah, Datuk Latt Shariman Abdullah satu majlis di Kubang Rotan, di sini semalam.

Menurut Ahmad Marzuki,mereka menyertai UMNO setelah kecewa dengan janji kosong yang sering ditabur pemimpin Pas terutama berkaitan bantuan ketika Kuala Kedah dilanda banjir teruk pada November lalu.

"Pemimpin Pas masuk kampung tabur janji dan buat kami tertunggu-tunggu.Baru-baru ini, apabila 150 rumah rosak teruk akibat ribut ada juga pemimpin Pas datang dan tabur janji lagi tetapi sampai hari ini tidak ada apa-apa pun.Yang ada cuma UMNO Kuala Kedah yang sentiasa prihatin nasib rakyat," katanya ketika ditemui pada sidang media majlis tersebut

SILA LIHAT VIDEO DI BAWAH



ANWAR IBRAHIM HARUS BERSUMPAH SEKIRANYA ANWAR IBRAHIM TIDAK BERSALAH !!!

3 comments:

Anonymous said...

PAS tidak ada cawangan di Lahar Buluh. Ahmad Marzuki merupakan seorang JKKKP yang semestinya ahli UMNO....nk bohong tu, pada-pada la...
dah tak ada berita ka nak tulis???memang tuan punya blog ni pembohong dan penyampai berita bohong...

Anonymous said...

kekeke..anon,aku duk sana lah..hang ni napa??ahmad marzuki org pas ler..skarang baru jd ahli UMNO..awat hang loklak ni...

Anonymous said...

anon1..anon2..anon-anon yang bodoh..ekeke

 
 
Blogger Templates