Social Icons

Pages

Friday, June 17, 2011

PENSYARAH MEMBUAT LAPORAN POLIS KERANA SUARA KEADILAN ???




Seorang pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) membuat laporan polis di ibu pejabat polis daerah kerana mendakwa akhbar Suara Keadilan memutar belit kenyataan beliau dalam penerbitan bertarikh 7 Jun.Prof Madya Dr Samsul Adabi Mamat berkata,beliau membuat laporan polis itu untuk membersihkan namanya memandangkan beliau tidak mengeluarkan kenyataan seperti yang dilaporkan oleh lidah rasmi PKR.

Beliau merujuk kepada laporan di muka dua akhbar berkenaan, bertajuk ”Kerajaan Perpaduan Berkubur – Prof Samsul Adabi” dan laporan muka depan bertajuk ”UMNO Putih Mata”.

Prof Madya Dr Samsul Adabi Mamat berkata,ketika mengulas mengenai pemilihan jawatan dalam Pas baru-baru ini,beliau membuat kesimpulan bahawa parti itu telah dikuasai PKR daripada segi barisan baru penjawat jawatan dan ini menandakan kerajaan perpaduan yang dicadangkan oleh UMNO tidak akan menjadi kenyataan.

Ditanya tentang apa sebenarnya yang beliau katakan tentang Barisan Nasional (BN), Prof Madya Dr Samsul Adabi Mamat berkata,beliau percaya BN masih boleh menang besar dan selesa dalam pilihan raya akan datang sungguhpun tanpa sokongan Pas bagi menubuhkan kerajaan perpaduan itu

SUARA KEADILAN DARI DULU SAMPAI SEKARANG SELALU MEMBELITKAN FAKTA !!!

KATA AKHBAR TULUS,IKHLAS DAN ADIL ???

APA YANG ADIL ???

No comments:

 
 
Blogger Templates