Social Icons

Pages

Sunday, July 31, 2011

KU LI NAK JADI KETUA PAKATAN HARAM !!! ITU SEMUA POLITIK 'TIKAM BELAKANG' !!!



Pakatan pembangkang mengamalkan politik 'tikam belakang' jika benar mereka mempelawa Ahli Parlimen Gua Musang,Tengku Razaleigh Hamzah memegang jawatan Ketua Pembangkang.Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO,Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata,pelawaan itu hanya menunjukkan pembangkang semakin terdesak dan hilang keyakinan terhadap Anwar Ibrahim,malah mereka seolah-olah yakin bahawa Anwar akan didapati bersalah dalam kes liwat yang dihadapinya.

"Mereka bimbang imej pakatan pembangkang semakin terjejas kerana Anwar menghadapi pelbagai isu seperti moral, pembohongan, tidak konsisten dan fahaman pluralisme.Kalau ini berlaku (pelawaan pembangkang), ia menunjukkan bahawa pembangkang mengamalkan budaya 'tikam-menikam' dari belakang," katanya selepas melancarkan Skim Khairat Kematian Dewan Undangan Negeri (DUN) Rengit semalam.

Sebelum ini,UTUSAN melaporkan Tengku Razaleigh dikatakan dipelawa oleh pihak pembangkang memegang jawatan Ketua Pembangkang sebagai persediaan jika Anwar disabit bersalah dalam kes liwat yang dihadapinya ketika ini.Dr. Mohd. Puad Zarkashi berpendapat,situasi tersebut juga menunjukkan Pengerusi DAP,Karpal Singh tidak yakin dengan kepimpinan Anwar,sama seperti yang pernah diungkapnya sebelum ini.


"Saya rasa anggapan Karpal terhadap Anwar tidak seperti dahulu.Anwar tidak sesuai menjadi pemimpin.Itu dia pernah cakap," katanya.

Menurut Dr. Mohd. Puad Zarkashi,pembangkang juga berkemungkinan tidak berpuas hati dengan kegagalan Anwar yang sehingga kini masih gagal mendaftarkan pakatan pembangkang secara sah.Beliau turut berpendapat,pemilihan Tengku Razaleigh juga menunjukkan pembangkang tiada pemimpin yang dapat menyatupadukan mereka sehingga terpaksa memilih orang luar.

Dalam masa sama Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkeyakinan Tengku Razaleigh yang mempunyai kebijaksanaan akan menolak pelawaan itu berdasarkan pengalaman politik 'tikam-menikam' ketika Semangat 46 membuat pakatan dengan DAP dan Pas dahulu.


"Pembangkang sebenarnya tikam-menikam antara satu sama lain, sebab itu akhirnya gabungan antara Semangat 46 dan DAP gagal kerana ketika itu Pas tidak bersetuju dan dia terpaksa mengadakan dua pakatan iaitu pakatan dengan DAP dan pakatan dengan Pas secara berasingan," katanya.

Sementara itu,Dr. Mohd. Puad Zarkashi menganggap Majlis Peguam semakin hilang kredibiliti kerana tidak bersifat profesional dan hanya memihak kepada pembangkang.Beliau berkata, Majlis Peguam seharusnya bersifat profesional dengan tidak hanya memberikan pandangan yang memihak kepada pembangkang, sebaliknya mengkaji dan menilai pandangan semua pihak untuk kepentingan rakyat.

"Sepatutnya dia lebih profesional,contohnya dalam sistem biometrik,kenapa dia emosional dan dia sebagai pengamal undang-undang, gunakan undang-undang yang ada untuk buat kajian jika benar ada pengundi hantu ini," katanya.



ANWAR IBRAHIM HARUS BERTAUBAT !!!

2 comments:

Anonymous said...

Apa nak dihairankan sangat, 'tikam belakang 'ni dah jadi candu.

Yang menikam dan yang kena tikam, kenikmatannya tidak terhingga sedapnya...

Unknown said...

Apapu jika masih ada yang fanatik memberi sokongan ,buat lah cara manapun mereka tidak akan melihat keburukkan sebagai jalan perusak kepada wadah perjaungan,sebaliknya mereka menilai dari aspek aura atau kekautan,kebijakkan,dan sebagainya,

Namun begitu para penulis harus terus menulis dengan harapan ada antara mereka yang membacanya akan berfikir tentang kebenaranya,,

 
 
Blogger Templates