Social Icons

Pages

Thursday, October 06, 2011

130 PENYOKONG TEGAR PAS KELUAR PARTI KERANA MALU !!!


Seramai 130 penyokong tegar Pas yang sesat dengan Ajaran Pas di Tanah Merah,Kelantan menyertai UMNO selepas hilang keyakinan terhadap perjuangan pakatan haram khususnya Pas yang dianggap tiada hala tuju dalam membela nasib rakyat terutama masyarakat bawahan yang serba kekurangan.Mereka merupakan penyokong Pas dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Panau seramai 72 orang dan Kemahang 58 orang menyerahkan borang keahlian menyertai UMNO kepada Timbalan Ketua UMNO bahagian ini,Baharudin Yusof pada dua majlis berasingan malam tadi.Mohamad Abdul Rahman,memberitahu,tindakannya bersama rakan lain menyertai UMNO berdasarkan transformasi politik parti orang Melayu itu yang dilihat semakin berintegriti dalam membela rakyat.Menurutnya,banyak perubahan yang dibawa pimpinan UMNO yang tidak semata-mata berorientasikan politik,sebaliknya lebih bersifat komuniti.


SEBAHAGIAN daripada 130 penyokong Pas menyerahkan borang untuk menyertai UMNO kepada Baharudin Yusof di Tanah Merah,malam tadi.

"Saya pengundi Pas,penyokong Pas selama 30 tahun.Tapi sejak akhir-akhir ini saya tidak dapat terima parti itu (Pas).Pas sekarang tidak sama dengan Pas dahulu.Jauh beza sejak bersekutu dengan DAP dan PKR (Parti Keadilan Rakyat).Banyak berpolitik daripada merencana agenda rakyat sehingga banyak isu rakyat gagal diselesaikan.Jika ini corak pimpinan Pas,saya tidak yakin parti itu mampu melakukan perubahan kepada rakyat.Oleh itu,saya mengambil keputusan lebih baik meletakkan sokongan padu kepada UMNO," katanya.

Utusan Melaporkan,Mohamad Abdul Rahman turut menyeru rakan-rakannya yang masih menjadi penyokong Pas supaya membuat penilaian dengan waras untuk memberi sepenuh sokongan kepada UMNO bagi memperjuangkan nasib rakyat.Katanya,mengambil kira tempoh lebih dua dekad negeri ini ditadbir oleh Pas,tiada sebarang perubahan yang boleh menjadi kebanggaan rakyat.

Bagi Che Roslan Li,pula,dia mengambil keputusan menyertai UMNO disebabkan kecewa dengan pimpinan Pas yang didakwa kurang memberi perhatian kepada rakyat terutama golongan muda.

"Hendak lihat wakil rakyat pun susah. Jarang sekali boleh tengok datang tanya khabar situasi atau perkembangan rakyat kecuali saat hendak dekat pilihan raya," dakwanya.

MARI BERSAMA UMNO !!!

WALAUPUN TUJUAN UTAMA UNTUK MELAYU,ISLAM TETAP DI DAHULUKAN RAKYAT DI UTAMAKAN !!!

RENUNG-RENUNGKAN

8 comments:

Anonymous said...

UMNO PUN APA KURANGNYA..MAKIN HILANG JATI DIRI DAN HALA TUJU MEMPERKASA MELAYU...

SEMUA NAK BAGI KPD CINA...SEKOLAH2 CINA DIBANTU DANA JUTA2 TP SEKOLAH KEBANGSAAN MASIH TAKUK LAMA...

APA YG NAJIB TAK BAGI KE CINA SKRG? SEMUA DIA BAGI SEMATA2 NAK POPULIS..DAN DILIHAT SBG BYK MERUGIKAN MELAYU!!

BYK BLOG PRO UMNO PUN KECEWA DGN PERKEMBANGAN INI...

LIHAT BLOG Paneh Miang.BLOG.SPOT...TERANG2 KUTUK NAJIB@ROSMAH!!

LG SATU, NAJIB MENIMBULKAN KEMARAHAN PRO UMNO (BLOGGER, UTUSAN DLL) KERANA MENGKITIRAF DAN MEMUJI NAMAWEE SBG BAIK...PD HAL NAMAWEE TERANG2 KUTUK MELAYU, SAMPA UTUSAN/BLOGGER UMNO BERPERANG DGN DIA..TETIBA NAJIB PUJI NAMAWEE...



NAJIB MAKIN HILANG JATI DIRI MELAYU NAK PIKAT CINA!! MELAYU MACAM TU JUGAK LAH!!

Anonymous said...

Dah 20 thn,setiap kali nak PRU cerita PAS masuk UMNO disensasikan TAPI tak menang PRU pun.
Dlm keadaan sekarang yg Najib asyik nak beri semua tuntutan cina dan india,apa faedahnya sokong UMNO?
Tak bolih nak beza yg Najib ni UMNO atau PKR!
Yg penting nampaknya bukan org Melayu dan Islam tapi menjaga kedudukan politik masing2 terutama Najib bagitu terang dan jelas.
Bagus juga kalau UMNO kalah bolih juga kes Altantuya dibuka semula.

Anonymous said...

BRO 8:04

AKU SETUJU DGN KO!

NAJIB SKRG TAK UBAH MACAM PEMIMPIN PR...SEMUA JANJI DITABUR DAN SEMUA BAGI KAT CINA..APA YG NAJIB TAK BAGI KAT CINA?

NI CERITA ORG PAS MASUK UMNO PULAK..BERITA LAWAK...

NANTI JGN TERKEJUT LAH DAH DEKAT PRU 13, HAMPIR SEMUA RAKYAT KELANTAN DIBERITAKAN MASUK UMNO...

TAPI BILA PRU UMNO KALAH TERTONGGENG JUGA..

BODO PUNYA BERITA!

headbomb said...

asal goyang ke kekekekekekekek.. pirahmabuk juak2 oi...

Anonymous said...

takkan masuk 130 hard core pas ke umno juak2 pas dah gigillll...

leleksss aaaa.....

aku said...

salam semua,
bagi aku,najib/bn perlu mensensasi isu2 kalu dok bagi kat cina2..pada org melayu..dia bagi secara senyap/belakang tabir..org melayu jgn mudah lupa, kita hidup senang kat malaysia ni..yg susah hanya mereka yg tidak mahu usaha@MALAS...

TQ

hitch said...

X kesahlan yg masuk tu sorg dua ker..janji depa ni dah muak dgn parti PaRia....yg diketuai oleh peliwat tegar...!Biar lambat asal selamat...lambat laun bergegar jugak kelantan nanti...

Anonymous said...

Sokong anon 1.17 pm (aku)..takkan Najib bagi juta2 kat sekolah melayu nak bagi tau, heboh sangat2..baik bgi jer diam2..x der la bukan melayu iri hati...tapi nak jaga bukan melayu kene la tayang sikit, klu x nanti dikatakan rasis la aper la, ketuanan la..padahal juak2 PAS juga yang kembong temboloknya mentekedarah duit kerajaan...

Anon 7.39 am..Sapa kata sekolah kebangsaan ditakuk lama?? cett..pi la tgk, bantuan komputer riba la, gaji guru naik lagi la..mcm2 lagi la ngok..ko jer buter..semua pasal kerajaan ni buruk sangat la kononya...

Hanya juak2 malas mcm geng2 pencacai PAS malaun ni ja yang jadik miskin kat m'sia ni...dah la tu siap dengki sesama melayu yang berjaya siap diumpat, dikeji dalam ceramah padahal diri sendiri yang x nak usaha..

X payah tgk jauh la..aku dok Felda, generasi ketiga lagi...tapi aku tgk ramai juga anak2 Felda generasi kedua yang melingkup sebab malas, kerajaan dah bagi tanah, bagi subsidi baja, anak benih..

Siap tolong tanam lagi..alih2 dia bagi upah Indon yang usahakan ladang, x nak usaha sendiri, tiap2 bulan dapat la ciput jer hasilnya.....Dah tu biler x cukup duit marahkan kerajaan..x dapat duit inisiatif felda maki kerajaan balik..

Sama jer juak2 PAS totok ni..duk mana pun serupa tue jugak..taunya nak membangkang, nak dapat duit mudah, free, collect time ceramah..lain x der...balik umah balun bini..anak ramai x terjaga...ptuihhh....elok la mana2 yang dah sedor tu masuk UMNO jer..duk bawah PAS dapat apa? Perjuangan Islam pun ntah ke mana....menjilat DAP lagi ader..

 
 
Blogger Templates