Social Icons

Pages

Thursday, March 15, 2012

HOT NEWS !!! @NOHOMAR SAMAN ADUN SEKINCHAN DAN SELANGORKINI !!! BERAPA JUTA ???


Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani,Datuk Seri Noh Omar memberitahu pihaknya sudah pun memfailkan saman berjumlah RM20 Juta ringgit kepada Adun Sekinchan,Ng Suee Lim dan kerajaan negeri Selangor termasuk enam individu dari akhbar Selangorkini kerana memfintah beliau bersabit isu insentif pertanian.Saman difailkan 9 Mac lalu di Mahkamah Tinggi Shah Alam ekoran penyiaran beberapa artikel dan gambar yang disiarkan Selangorkini dalam edisi mingguan bertarikh 25 November hingga 2 Disember 2011.Menurut Datuk Seri Noh Omar,pendengaran kes berkenaan adalah diputuskan pada 22 Mac ini.

"Mereka cuba tunjuk saya sebagai seorang perasuah.Kerajaan PKR (Parti Keadilan Rakyat) Selangor bimbang bila tengok rakyat kembali sokong Barisan Nasional (BN) maka cuba membuat tindakan sedemikian," katanya pada sidang media di lobi Parlimen.

Datuk Seri Noh Omar berkata,tindakan saman terbabit di ambil atas kapasiti peribadi memandangkan kerajaan negeri didakwa menjatuhkan reputasinya sebagai Ahli Parlimen, menteri dan Timbalan Pengerusi UMNO Selangor.Selangorkini menyiarkan artikel bertajuk 'Pesawah tuntut Noh Omar letak jawatan', 'Noh Omar khianat petani' dan 'Noh Omar lesap RM110 juta dan khianati petani' yang disifatkan Noh sebagai fitnah.

Selangorkini adalah akhbar milik penuh kerajaan negeri Selangor. Sebelum ini,kehilangan wang insentif pertanian terbabit telah dilaporkan di dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010.Di bawah rancangan tersebut,para petani diberikan RM650 bagi setiap tambahan 1 tan hasil padi.Ng mendakwa kononnya para petani telah mengadu kepadanya bahawa mereka tidak memperoleh insentif setelah meningkatkan hasil padi.Datuk Seri Noh Omar bagaimanapun sudah menjelaskan hal itu di Parlimen secara panjang lebar sebelum ini namun menyifatkan pembangkang sengaja memutarbelitkan fakta dan terus memfitnah beliau

No comments:

 
 
Blogger Templates