Social Icons

Pages

Monday, August 13, 2012

HOT NEWS !!! KAPIR HARBI !!! MUFTI PERAK SOKONG KENYATAAN ABDULLAH SAAMAH !!!



Mufti Perak,Tan Sri Harussani Zakaria menyokong kenyataan Pengasas Pondok Geting,Tumpat,Abdullah Saamah yang berkata adalah haram dan berdosa umat Islam menyokong DAP yang terang-terangan menentang penubuhan negara Islam serta pelaksanaan hukum hudud.Menurutnya,oleh itu Majlis Fatwa Kebangsaan tidak perlu mengambil tindakan terhadap ulama pondok itu kerana kenyataannya benar dan tidak bertentangan dengan Islam.

“Tidak perlu tindakan terhadapnya, kerana kenyataannya itu selari dengan Islam yang jelas haram bagi umat Islam menyokong DAP,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian ketika mengulas saranan Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Maszlee Malik yang meminta Majlis Fatwa Kebangsaan berani mengambil tindakan dan menegur Abdullah Samaah.

Abdullah Sa’amah seperti dilaporkan Utusan Malaysia,8 Ogos berkata agenda perjuangan DAP berbeza dengan MCA dan MIC dalam Barisan Nasional (BN) yang digolongkan sebagai bukan kafir harbi iaitu tidak membawa kemudaratan kepada kedudukan Islam dan umat Islam.

“Perjuangan DAP tidak terima Perlembagaan negara, mereka mahu sama rata Islam dan bukan Islam, kuil dan masjid juga mahu sama rata.Wajib orang Islam dalam Pas,UMNO dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menolak DAP yang mencari jalan hendak menguasai negara melalui undi pada pilihan raya.Parti-parti yang bekerjasama dengan DAP juga berdosa disokong kerana sokongan kepada mereka bermakna kita juga menyokong DAP sebab mereka satu pakatan,” katanya.

3 comments:

Anonymous said...

Kami semua menyokong TG Abdullah Saamah dan Tan Sri Harussani.Kita tanya Dr.Maszlee kenapa tak minta Majlis Fatwa menegur sesetengah ulamak PAS yang mengeluarkan fatwa secara semberono dan mengelirukan ?Jangan bersikap double standard!

Anonymous said...

saya setuju dgn member kita yang tanya Majlis Fatwa kenapa tak tegur sesetengah ulamak yang mengeluar fatwa ikut selera depa saja. Jawab jangan tak jawab

Anonymous said...

Siapa itu Dr Maszlee???? Tak kenal punnnn....

 
 
Blogger Templates