Social Icons

Pages

Saturday, October 06, 2012

BONGKAR !!! ANWAR IBRAHIM GILA DAN MABUK KUASA SELAGI TIDAK MENDAPAT JAWATAN PM !!!


 
Anak emas Mahathir rupa-rupanya sudah jadi singa jantan yang lapar.Sebagai Perdana Menteri yang lantang mengecam Amerika dan Barat, Mahathir menjadi sasaran kecaman hebat dari berbagai pemimpin negara-negara tersebut.Media Barat seperti CNN, CNBC, BBC dan lain-lain seringkali menyiarkan laporan-laporan dan berita-berita negatif terhadap Malaysia. Lebih-lebih lagi Mahathir menjadi jurubicara negara-negara Selatan-selatan dan penyokong kuat perjuangan rakyat Palestin. Sebaliknya Anwar, sebagai Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, mendapat liputan yang cukup baik dari media Barat. Malah, dia pernah diberi penghormatan memeriksa barisan kehormat sewaktu beliau melawat Washington oleh Setiausaha Pertahanan, William Cohen, pemimpin Amerika keturunan Yahudi. Tidak pernah dalam sejarah, menurut protokol, seorang Timbalan Perdana Menteri dari sebuah negara asing diberi penghormatan begitu oleh kerajaan Amerika Syarikat. Seperti kata peribahasa Melayu, ‘pukul anak sindir menantu.’ Washington seolah-olah hendak menyindir Mahathir dan menunjukkan secara terbuka hubungan akrab Anwar dengan Washington. Malah, majalah Time memilih Anwar sebagai salah seorang dari 100 tokoh dunia yang ternama untuk menggilap imejnya yang tercemar sebagai homoseks dan gagal menguruskan kewangan negara sewaktu kegawatan ekonomi tahun 1997 yang lalu. 


Sikap Washington dapat dilihat dengan jelas. Amerika berpihak kepada Anwar dengan harapan dia boleh menjadi budak suruhan Pakcik Sam. Amerika memperalatkan pemimpin asing, bukan perkara baru. Amerika mahu pemimpin-pemimpin asing, terutama sekali negara-negara sedang membangun yang ketua kerajaannya dianggap anti-Amerika, digulingkan dan digantikan dengan mereka yang pro-Amerika. Berbagai bantuan diberikan kepada mereka yang sanggup menjadi budak suruhan Washington untuk memperkukuhkan kedudukan politik mereka di negara masing-masing. Amerika negara kapitalis ingin menjadi “polis dunia” sebagai kuasa dunia yang maha hebat. Untuk memperkukuhkan cengkaman Amerika ke atas negara-negara kecil dan besar di dunia, khasnya negara-negara sedang membangun yang memerlukan bantuan kewangan dan teknologi untuk kemajuan negara-negara tersebut, Amerika dengan senang hati menawarkan berbagai jenis bantuan, kononnya untuk kesejahteraan rakyat dan meninggikan ekonomi negara-negara yang mundur itu. 

Bank Dunia dan IMF, merupakan dua institusi kewangan yang dikuasai Amerika dan Yahudi. Untuk menjana kekuatan ekonomi Amerika. Washington juga turut membantu syarikat-syarikat gergasi negara tersebut untuk mendapat berbagai projek bernilai ratusan juta dolar Amerika di negara-negara yang memerlukan bantuannya. Washington meletakkan syarat-syarat ketat, bahawa negara-negara peminjam mesti menggunakan kepakaran teknologi dari Amerika. Kerjasama yang erat antara Washington dan syarikat-syarikat korporatnya, membolehkan Amerika menjadikan negara-negara peminjam tunduk kepada kemahuan politik dan kepentingan Amerika. Ada kerjasama yang erat antara syarikat gergasi dengan CIA bagi merealisasikan negara-negara peminjam menari menurut rentak disko Amerika. Syarikat korporat dan Washington akan mengirimkan hitman, iaitu pegawai-pegawai khas yang berlagak sebagai konsultan untuk mengkaji dan menilai sesuatu projek yang dibiayai Amerika di negara-negara peminjam. Laporan penilaian projek dibuat oleh hitman yang bertujuan untuk memberi keuntungan yang lumayan kepada syarikat gergasi yang didukungi Washington. Berbagai tekanan, termasuk rasuah digunakan oleh institusi-institusi kewangan Amerika bagi mempastikan Amerika mendapat keuntungan politik dan ekonomi dari segi pemberian projek dan dana. Boleh dikatakan Bank Dunia, IMF, bank-bank Amerika dan syarikat-syarikat gergasi Amerika menggunakan berbagai manipulasi dalam pemberian pinjaman dan lain-lain bantuan teknologi kepada negara-negara miskin yang meminjam dari Washington. Seorang bekas hitman telah mendedahkan perbuatan-perbuatan manipulasi,, penipuan, ugutan, tekanan terhadap negara-negara miskin yang meminta bantuan Pakcik Sam. Sebuah buku karangan John Perkins, ‘Confession of an Economic Hitman,’ patut dibaca oleh ahli-ahli politik dan masyarakat untuk mengetahui mainan politik kotor Amerika untuk menguasai negara-negara miskin yang memerlukan bantuan dari Washington. Mahathir sedar permainan kotor Amerika dalam pemberian bantuan kepada negara-negara membangun. 

Justeru itu, beliau menjadi jurubicara dan pemimpin Negara Ketiga (Third World) untuk mendapatkan kerjasama para pemimpin kerajaan Selatan-selatan dalam berbagai bidang kemajuan, terutama sekali pembangunan ekonomi. Kerjasama erat antara negara Selatan-selatan, boleh menjadi suatu blok politik dan ekonomi yang kuat di peringkat antarabangsa tanpa tunduk kepada desakan dan tekanan Barat, khasnya Amerika Syarikat. Amerika khasnya, tidak mahu melihat Negara-negara Dunia Ketiga menjadi suatu blok politik dan ekonomi yang bebas dari pengaruhnya. Justeru itu, Washington menganggap Mahathir sebagai musuh politik Amerika. Melalui berbagai media Barat dan tekanan-tekanan lain dikenakan ke atas Mahathir dan Malaysia, supaya hasrat Mahathir untuk menwujudkan blok Dunia Ketiga yang kuat dan berpengaruh, gagal. Amerika tidak putus asa menggugat Malaysia. Ia ada Anwar Ibrahim yang dianggap sebagai darling Barat. Jaringan persahabatan yang Anwar wujud dengan berbagai pemimpin Amerika, Kanada, Eropah, Australia, membolehkan dia diterima sebagai pemimpin alternatif kepada Mahathir. Janganlah hairan bin terkejut, kalau dia ahlan wasahlan dengan berbagai pemimpin di bawah pentadbiran Clinton dan Bush yang terdiri dari kaum Yahudi. Umum mengetahui pentadbiran Amerika, baik Republikan mahupun Demokrat, mesti tunduk kepada pelobi-pelobi Yahudi di Capitol Hill. Pengaruh Yahudi yang kuat dalam kerajaan Amerika menyebabkan pemimpin-pemimpin Dunia Ketiga yang bernaung di bawah ketiak Washington, akan menjadi talibarut pada kuasa Yahudi juga. Anwar boleh dikatakan tidak sehaluan dengan Mahathir dari segi dasar luar Malaysia yang mirip kepada Dunia Ketiga dan tidak berkiblat pada Barat, khasnya Amerika. Bila Mahathir mengecam Barat, Anwar memperlihatkan dirinya sebagai pro Amerika dan pro Eropah. Sewaktu menjadi Menteri Kewangan, dia dikatakan lebih banyak mendengar nasihat dari IMF dalam menangani kemerosotan ekonomi Asia pada tahun 1997, akibat penyangak mata wang Soros yang menyerang mata wang Asia hingga menyebabkan kegawatan ekonomi di Asia. Dalam kegawatan ekonomi, Suharto yang memerintah Indonesia selama 30 tahun, akhirnya tumbang akibat rusuhan anti rejimnya. Indonesia banyak berhutang dengan IMF dan akhirnya terpaksa tunduk pada syarat-syarat ketat yang dikenakan IMF untuk membayar balik pinjamannya. Thailand, Filipina, Korea Selatan, Singapura dan Malaysia mengalami kegawatan yang parah dan banyak negara di Asia mengambil masa yang lama untuk memulihkan kembali kestabilan ekonominya. Ada orang berpendapat, Soros merupakan tokoh billionare Yahudi yang mempunyai agenda politik untuk menimbulkan kegawatan ekonomi supaya pemimpin-pemimpin yang anti Barat seperti Mahathir serta Suharto yang memerintah dengan kuku besi dijatuhkan. Dengan kata lain, kegiatan Soros itu menyebabkan huru-hara dan demonstrasi menentang kerajaan. 

Soros mempunyai sebuah yayasan yang membiayai dan membantu pihak-pihak tertentu dalam negara-negara yang mengamalkan pemerintahan kuku besi untuk menjatuhkan pemimpin-pemimpin mereka. Soros juga mempunyai kaitan rapat dengan Washington kerana mempunyai visi politik yang sama dengan Pakcik Sam. Apakah kegawatan ekonomi akibat serangan mata wang Asia oleh Soros sebagai suatu helah Washington untuk menjatuhkan pemimpin-pemimpin tertentu di Asia Tenggara iaitu Mahathir di Malaysia dan Suharto di Indonesia? Apakah ini suatu taktik kotor Amerika meletakkan pemimpin-pemimpin yang disenangi Washington sebagai pengganti mereka yang dibenci Amerika? Di Indonesia, Habibie yang terkenal sebagai pro Amerika menggantikan Suharto. Malangnya kegawatan ekonomi di Malaysia tidak menumbangkan Mahathir. Sebaliknya, Anwar yang dipecat dari Kabinet dan UMNO atas tuduhan meliwat. Sebagai Menteri Kewangan, dia tidak dapat mencari jalan terbaik untuk mengatasi keadaan yang membimbangkan itu. Lantas dia mendengar nasihat dari Camdessus, Ketua IMF, untuk menaikkan bunga pinjaman bank dan menaikkan bayaran minima hutang kad kredit dari 5% menjadi 15% dalam masa kegawatan ekonomi! Akibatnya, banyak orang jatuh bangkrap dan kestabilan politik terancam. Tindakan Anwar dianggap tidak bijaksana kerana dia tidak mempunyai idea yang super bernas bagi mengatasi kegawatan tersebut. Aneh bin pelik, Malaysia pada waktu itu tidak meminjam dari IMF. Mengapakah Anwar perlu mendengar nasihat dari IMF untuk mengatasi kemelut tersebut? Apakah ada suatu agenda tersembunyi antara Anwar dengan Washington, Soros dan IMF? Apakah Anwar yang mendengar nasihat IMF untuk menaikkan bunga bank dan bayaran kad kredit sebanyak 15% bertujuan untuk menimbulkan kegelisahan di kalangan rakyat yang boleh menyebabkan kejatuhan Mahathir? Apakah ada rancangan sulit antara Anwar dengan Washington dan IMF untuk menolak Mahathir dan menggantikannya dengan Anwar sebagai Perdana Menteri? Dalam keadaan ekonomi yang gawat pada tahun 1997-98, mengapakah Anwar tidak meminta nasihat dari Gabenor Bank Negara dan pakar-pakar ekonomi tempatan untuk mengatasi kemelut tersebut? Mengapa IMF? Bukankah sewaktu dia menjadi Menteri Kewangan, Bank Negara mengalami kerugian lebih dari RM10 bilion dalam transaksi tukaran wang asing? Bolehkah dia menafikan bahawa dia tidak bertanggungjawab tentang spekulasi mata wang yang dilakukan oleh salah seorang pegawai tinggi Bank Negara yang menyebabkan kerugian lebih dari RM10 bilion? Apakah tidak mungkin kegawatan ekonomi Asia akibat mainan Soros, sebagai suatu rancangan sulit antara Washington, Soros dan IMF untuk menimbulkan ketidakstabilan politik beberapa negara Asia tertentu, khasnya Malaysia dan Indonesia, yang majoriti penduduk beragama Islam, anti Israel dan anti Amerika? Mahathir terang-terangan anti Amerika dan anti Yahudi dan beliau merupakan tokoh politik bertaraf dunia yang mempunyai pengaruh kuat di kalangan Negara-negara Dunia Ketiga. Sekiranya Mahathir dapat dijatuhkan melalui kegawatan ekonomi tersebut dan digantikan dengan Anwar yang pro Amerika, maka Washington yakin ia mendapat seorang sahabat yang akrab menjadi Perdana Menteri Malaysia.

 Di Indonesia, Amerika berjaya menyingkirkan Suharto dan melantik Habibie yang pro Barat sebagai pengganti. Adalah menjadi dasar pentadbiran Washington yang dikuasai Yahudi untuk mengawasi dan menghancurkan golongan Islam militan khasnya di Indonesia dan Malaysia, yang majoriti penduduknya beragama Islam terbesar di dunia. Kalau kedua negara ini dipimpin oleh pemimpin yang pro Amerika dan Barat, maka dengan sendirinya pengaruh Amerika yang dikuasai Yahudi menjadi semakin kuat dari segi geopolitik di kedua buah negara yang penting ini. Perlulah diingati Amerika dan korporat gergasi yang dikuasai dan dipengaruhi Yahudi, mempersetankan kepentingan negara-negara membangun yang miskin dalam percaturan politik antarabangsa. Amerika mahu menguasai dunia melalui kekuatan tentera, teknologinya yang super canggih dengan kerjasama erat sektor korporat gergasinya. Negara-negara Arab di Timur Tengah yang kaya dengan hasil minyak diporak-perandakan oleh agen Amerika dan Barat yang super rakus untuk menguasai kekayaan minyak. Justeru itu, Bush sanggup menyerang Iraq dan menumbangkan Saddam Hussein walaupun tidak terdapat senjata pemusnahan manusia yang amat mengerikan. Malah, Bush sanggup menentang resolusi Bangsa-Bangsa Bersatu yang menentang penyerangan Amerika terhadap Iraq. Politik Timur Tengah yang dihantui oleh negara Israel dan penderitaan serta perjuangan rakyat Palestin, akan terus-menerus menajamkan konflik antara Israel dengan negara-negara Arab selagi isu penderitaan rakyat dan penubuhan Palestin tidak diselesaikan. Paling ketara, Anwar nampaknya seolah-olah tidak berminat untuk menyokong perjuangan Mahathir yang ingin menjadi juara Dunia Ketiga. Malah, perjuangan rakyat Palestin untuk menubuhkan negara Palestin yang merdeka nampaknya tidak mendapat dukungan yang hangat dari Anwar. Mahathir bersungguh-sungguh membela PLO dan Yasser Arafat yang hidup mati dengan rakyat Palestin. Anehnya, Anwar yang dikatakan rapat dengan sesetengah pemimpin negara-negara Timur Tengah, tidak pula memperlihatkan sikap yang sama kental dengan Mahathir memperjuangkan nasib rakyat Palestin. Mengapa? Apakah Anwar mencari jalan selamat untuk menjaga kepentingan politiknya yang lebih rapat dengan Washington dan tokoh-tokoh Yahudi tertentu yang menguasai politik Amerika? Apakah dia takut dimurkai dan disisih oleh pembesar-pembesar Amerika dan sesetengah negara Barat sekiranya dia memperlihatkan sokongan hangat terhadap rakyat Palestin? Apakah dia takut kehilangan sokongan Washington dan lain-lain pemimpin Barat sekiranya dia terlalu pro Palestin? Memang ketara sekali sasaran perjuangan Mahathir dengan Anwar sewaktu beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan merangkap lagi sebagai Timbalan Presiden UMNO. Kalau Mahathir berjuang membebaskan negara-negara miskin Dunia Ketiga dari cengkaman dan pengaruh politik kuasa Barat, Anwar sebaliknya lebih cenderung berpihak kepada Barat dalam tindak-tanduk politiknya. Mengapakah dia berkiblat ke Amerika untuk mencari kekuatan politiknya? Anwar menganggap dia perlu mendapat sokongan dari para pemimpin Barat, khasnya Amerika, kerana Amerika adalah kuasa besar dunia, “polis dunia” dan boleh memberi tekanan hebat kepada mana-mana negara di dunia khasnya negara-negara miskin yang lemah dan membangun seperti Malaysia. Dia amat memerlukan sokongan dan bantuan Washington sebagai kuasa luar untuk menekan Mahathir, sekiranya Mahathir terus-menerus mengecam Washington dan bersikap anti Yahudi. Nampaknya Anwar tidak peduli dengan siapa dia berkawan dan mendapat sokongan, asalkan dia mendapat keuntungan politik dan peribadi untuk menjadi bakal Perdana Menteri. Mereka yang sinis berkata, sekiranya Anwar dapat berunding dengan syaitan sekali pun, dia akan meminta bantuan syaitan untuk kepentingan politiknya.

 Anwar begitu yakin Mahathir akan rontok dan terpaksa melepaskan jawatan Perdana Menteri, sekiranya Washington dan London terutama sekali, mengambil sikap bermusuhan dengan dia. Dia juga sedar, Mahathir tidak mempunyai rangkaian jalinan para penyokong yang hebat dan teratur sepertinya. Orang-orang Anwar sudah menguasai sebilangan besar Ketua-ketua Bahagian. Kononnya dari 192 Bahagian UMNO, lebih dari tiga perempat dikatakan menyokong Anwar. Waktu dia mengadakan roadshow menentang Ghafar Baba pada tahun 1993 untuk merebut jawatan Timbalan Presiden UMNO, sudah jelas di mana kiblat sokongan sebahagian besar pemimpin UMNO di waktu itu. Mereka pilih Anwar. Mereka menjadi juak-juak Anwar. Mereka menjadi ahli kabilah Anwar. Mereka menolak Ghafar Baba, pemimpin veteran UMNO yang banyak jasanya pada parti dan kerajaan. Mabuk kemenangan menewaskan Ghafar Baba untuk merebut jawatan Timbalan Presiden UMNO, menyebabkan Anwar salah langkah, salah dugaan, salah perhitungan. Pelanduk lupa pada jerat, tapi jerat tidak lupa pada pelanduk. Kejayaan menumbangkan Ghafar, membuat dia terlalu yakin bahawa Mahathir juga akan menghadapi nasib yang sama dengan Ghafar. Menumbangkan Ghafar tidak perlu sokongan Amerika atau London. Kalau sebahagian besar Ketua-ketua Bahagian UMNO sudah menjadi tekukur makan di tangan, masakan mereka akan berpihak kepada Mahathir, kalau dia berhasrat merebut jawatan Presiden UMNO kelak! Bukankah sesetengah dari mereka sudah mendapat ganjaran saham pink form? Malah, ada antara pemimpin itu yang menjadi kroni Anwar, menjadi jutawan ala mi segera hasil dari berbagai projek yang diperolehi ehsan dari Anwar. Juak-juak Anwar mendabik dada dengan keangkuhan bahawa tidak lama lagi Anwar akan menjadi Perdana Menteri! Inilah angan-angan dan mimpi yang berlegar dalam kepala para juak dan pengampu-pengampunya. Sebenarnya, Anwar tidak boleh bersabar lagi. Dia tidak mahu menunggu Mahathir menunaikan janjinya untuk berundur dari Putrajaya dan memberi kuasa kepadanya. Dia berpendapat, Mahathir seolah-olah tidak mahu berundur dan hendak terus berkuasa selagi nyawa dikandung badan, tidak sasau dan tidak gila. Para juaknya dan penasihatnya sudah memukul gendang perang untuk memerangi Mahathir pula. Hanya Mahathir seorang saja yang menghalang Anwar bersemayam sebagai Perdana Menteri di Putrajaya. 

Waktu mula menyertai Kabinet, Anwar angguk seperti ayam jantan, memperlihatkan perhubungan awamnya yang mesra kawan, mesra pemimpin dan mesra rakyat. Setelah menjadi Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan merangkap lagi sebagai Timbalan Presiden UMNO, jiwa raga Anwar sudah banyak berubah. Dia lupa pada restoran Amjal di Jalan Pantai Baru. Dia lupa pada Volkswagen tuanya. Kini dia sudah memakai sut berharga RM17 ribu sepasang dan punya image consultant bernama Sukma Darmawan, seorang lelaki berasal dari Indonesia yang pernah tidur sebilik dengannya sewaktu Anwar masih bujang trang tang-tang dan tinggal dengan bapanya, Datuk Ibrahim. Itu life style Anwar dalam UMNO, bukan Anwar di era ABIM… Dia ada umph..dia ada kuasa yang tidak pernah dia mimpikan sewaktu menjerit, melolong menentang kerajaan pimpinan UMNO. Sekarang, Mahathir bukan lagi mentornya, tapi Perdana Menteri yang mesti ditumbangkan. Anwar merancang. Dia sudah menguasai sebahagian besar Ketua-ketua Bahagian yang marhaban bersamanya. Sekarang giliran Mahathir akan ditumbangkan seperti mana dia lakukan terhadap Ghafar pada tahun 1993. Mahathir dapat baca dalam kilat ada kilau mainan politik Anwar. Mahathir mendiamkan diri. Allah Maha Mengetahui. Anwar mabuk memburu kuasa. 

Petikan dari buku Yahaya Ismail, “Anwar Ibrahim, pengkhianat Atau Patriot?,” Usaha Teguh Sdn Bhd, 2011.

RENUNG-RENUNGKAN

2 comments:

Anonymous said...

Dia bukannya mabuk dan gila kuasa tapi dia dalam keadaan terpaksa dan sangat tertekan. Ibarat pistol sedang diacukan ke kepalanya. Dia telah diberi peluang kedua setelah perancangan pertama gagal. Jika dia gagal juga kali kedua ini maka "watammat'lah riwayatnya. Ini game Zionis Yahudi.

Anonymous said...

anwargilakuasa!anwargilakuasa!anwargilakuasa! sebab? puak2 yahudi yg dah melabur banyak wang nak tengok kerajaan bn tumbang tapi, tak tumbang2. so yahudi akan tekan anwar sehingga berhasil. kalu tidak, agen2 yahudi akan ..... anwar! anwar akan ...... .

 
 
Blogger Templates