Social Icons

Pages

Monday, November 19, 2012

HOT NEWS !!! BELON GERGASI YANG MENYINDIR KEPIMPINAN PAS MENGAMATKAN MUKTAMAR PAS KE 58 !!! WAJIB BACA !!!


Muktamar PAS yang berlangsung di Pusat Tarbiah Islam Kelantan (PUTIK) pada 14 November 2012 hingga 18 November 2012 bertambah hangat dengan kehadiran belon gergasi di persimpangan Jalan Simpang 4 Pauh atau dikenali juga sebagai Simpang 4 JPJ/Panji,Jalan Hospital Kota Bharu.Kawasan ini terletak di kawasan DUN Panchor di Parlimen Pangkalan Chepa.DUN Panchor adalah kawasan Exco Kanan PAS iaitu Datuk Nik Amar Nik Abdullah.Persimpangan ini juga terletak tidak jauh dari kediaman MB Kelantan yang juga Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat.Kewujudan belon gergasi ini mulai dikesan pada 15 November 2012 sehingga 17 November 2012.Selepas itu belon ini sudah tidak kelihatan dipercayai disabotaj atau dipotong kumpulan penyokong tegar PAS di kawasan tersebut yang merasakan kewujudan belon gergasi tersebut mampu mengugat kekuatan dan kepercayaan rakyat Kelantan kepada PAS.

Oleh kerana terlalu takut puak fanatik PAS terpaksa memotong belon tersebut.Banner gergasi juga dipasang di belon tersebut.Berdasarkan kepada maklumat daripada orang kampung di sekitar tempat berkenaan belon ini dinaikkan sebagai manifestasi penolakan rakyat terhadap kepimpinan Nik Amar dan Nik Aziz yang kini dilihat telah lari jauh dari perjuangan asal PAS sehingga mengabaikan akidah umat Islam di negara ini.Muktamar PAS kali ini gamat sekali dengan tindakan adik TGNA yang mendoakan agar ALLAH menghancurkan UMNO/BN ketika menjadi imam semasa sembahyang hajat sempena Hari Kebangkitan Rakyat pada 16 November 2012.Selain daripada doa muktamar kali ini juga gamat dengan desakan dari Dewan Ulama yang mendesak supaya Presiden PAS Datuk Seri Haji Hadi Awang diangkat menjadi PM jika PR memerintah.

Suasana bertambah gamat lagi dengan kewujudan belon gergasi ini yang dinaikkan di kawasan kubu kuat PAS.Untuk mengelak daripada mendapat perhatian rakyat Kelantan penyokong PAS terpaksa mengambil tindakan drastik dengan memotong belon berkenaan.Jika kewujudan belon gergasi ini dijadikan kayu pengukur ia jelas menunjukkan bahawa kepimpinan Nik Aziz dan Nik Amar ditolak oleh rakyat tempatan.Mungkin semua pihak berasa pelik kenapa belon ini dinaikkan di kawasan Nik Amar.Nik Amar berkemungkinan akan mengantikan Nik Aziz sebagai MB Kelantan jika Nik Aziz bersara atau berlaku kematian.Untuk menolak Nik Amar sebagai MB Kelantan belon ini dinaikkan sebagai tanda protes.Sebelum ini kepimpinan PAS Kelantan mendapat sanjungan tinggi di negeri lain tetapi kini jelas PAS sendiri ditolak oleh rakyat Kelantan sendiri.Berikut adalah beberapa keping gambar yang sempat diambil sebelum ia dipotong. Kalau di perhatikan dengan sebaiknya memang PAS takut terhadap kata-kata yang terdapat di banner tersebut.


Belon mula-mula dikesan dinaikkan pada 15 Nov. 2012 berserta banner yang tertulis “Melayu Bersatu,Islam Selamat”.


Banner pada belon yang dinaikkan pada 16 Nov. 2012 yang tertera “ Melayu Bersatu,Islam Selamat,“Kesepakatan Ukhwah Melayu,Islam Terbela dan “ Perpecahan Punca Islam Terancam”.

 

Banner yang dinaikkan pada hari terakhir iaitu pada 17 Nov. 2012 yang menjadi ketakutan kepada PAS iaitu tertera “ Politik Melebihi Islam? Selamatkan Akidah”.

Bagi saya tulisan yang ada di banner-banner ini tidaklah sesuautu yang teruk atau jahat.Rakyat menyeru supaya kepimpinan PAS menyatupadukan umat Melayu demi kepentingan Islam dan menyeru supaya jangan berpecah belah serta mengingatkan PAS supaya tidak melampaui batas dalam berpolitik sehingga mengabaikan akidah serta agama rakyat.Tidak ada salahnya pada belon dan banner tersebut.Ia tidak perlu ditakuti oleh PAS jika PAS berjuang di jalan yang benar dan mengikuti syariah Islam.Tidak seperti PAS yang berdoa dan menyeru supaya orang UMNO/BN dimusnahkan oleh ALLAH.Ia berbeza dengan seruan orang kampung yang menyuruh PAS dan orang Melayu/Islam bersatu padu.Nampaknya pemikiran orang kampung lebih bijak daripada pemimpin PAS yang jumud.Dengan belon pun PAS takut macam mana nak berdepan dengan UMNO/BN di PRU 13.ALLAH kurniakan akal dan fikiran untuk menilai mana yang baik dan buruk.kepada pembaca PAS yang baca,anda fikir sendiri.

RENUNG-RENUNGKAN 

No comments:

 
 
Blogger Templates