Social Icons

Pages

Tuesday, June 18, 2013

EKSKLUSIF !!! MEDIA SOSIAL GAGAL MENANGKAN PR PADA #PRU13 !!! NAK TAHU KENAPA ??? WAJIB BACA !!!


Di era teknologi maklumat ini,media sosial dikatakan mampu menentukan hala tuju negara mahupun jatuh bangunnya sesebuah kerajaan.Malah,media sosial telah terbukti mampu mencetuskan anarki dan juga pembunuhan etnik.Tidak mustahil sedikit masa lagi,media sosial juga bakal menjadi punca perang antara dua negara,mahupun perang dunia.Walaupun media sosial memainkan peranan penting dalam kehidupan kita dan juga pemerintahan negara,ia masih tidak mampu menjadi penentu yang muktamad bagi meramalkan apa yang bakal terjadi berdasarkan pengaruhnya.

Merujuk kepada satu kajiselidik tidak rasmi oleh sekumpulan pentadbir media sosial,adalah didapati bahawa kita hanya boleh mengukur jarak dan keluasan penyebaran maklumat tetapi sama sekali tidak mampu mengukur keberkesanannya secara tepat.Kajiselidik tersebut menunjukkan bahawa Penyebaran Efektif Maklumat Politik dan Pilihanraya berada di tahap 30% berdasarkan perkongsian purata ‘mutual friends’.Dari perspektif Barisan Nasional, apa yang didapati ialah daripada jumlah tersebut pula,hanya 30% yang menyatakan sokongan secara nyata dan turut membantu kempen BN.

Perinciannya adalah seperti berikut :

STU dari FB
Jumlah Pengundi
Jumlah Penembusan (30%)
Jumlah Impak dari Penembusan (30%)
% STU diperbandingkan dengan pengundi
% penembusan diperbandingkan dengan pengundi
% Impak diperbandingkan dengan pengundi
9,146,020
13,291,385
2,743,806
823,142
68.81%
20.64%
6.19%

Kesimpulannya,dari 9 juta pelayar internet, hanya lebih kurang 800,000 lebih sahaja yang akan terpengaruh dengan kempen politik oleh kedua-dua belah pihak. Ini membuktikan bahawa media sosial tidak mampu menentukan kemenangan atau kekalahan satu-satu parti dalam pilihanraya.Menarik sekali apabila perkara ini turut dipersetujui oleh Ahmad Lutfi Othman,iaitu seorang penulis dalam akhbar Harakah.Beliau menyatakan bahawa kekuatan UMNO terletak pada penguasaan media tradisional manakala PR,walaupun dilihat menguasai media alternatif yang lebih demokratik dan meluas masih tidak mampu mengekang pengaruh media tradisional.

Beliau seterusnya menulis, “semua akur bahawa ketiga-tiga lidah rasmi parti-parti dalam Pakatan, terutama harakah dan Suara Keadilan,amat tidak memadai untuk memikul tanggungjawab yang begitu besar. Dengan kekerapan penerbitan yang terbatas – dua kali seminggu untuk Harakah dan bertaraf mingguan untuk Suara Keadilan – apatah lagi begitu mudah dijejaskan rangkaian pengedarannya disebabkan peruntukan undang-undang sedia ada,pengaruh kedua-dua media ini dihadkan.”

Walaupun Ahmad Lutfi turut mencapai kesimpulan yang sama mengenai pengaruh media sosial,tetapi kita tidak setuju dengan saranan Ahmad Lutfi agar melonggarkan lagi syarat terhadap media tradisional.Ini kerana, pembangkang masih belum menunjukkan kematangan dalam mengendalikan media tradisional dan ini diakui sendiri oleh seorang pembaca Harakah yang dipetik dalam tulisan Ahmad Lutfi tersebut.Katanya,“kualiti akhbar lebih penting.Laporan Harakah dan Suara Keadilan perlu lebih bermutu,tidak mengulangi kesilapan sama dan harus ditadbir seperti industri akhbar yang professional.Karyawannya tidak boleh tangkap muat,mesti hebat dan dihormati dan pastinya perlu diganjari setanding akhbar-akhbar utama.Brain dan skil terbaik tidak datang menggolek.”

Nampaknya penulis dan pembaca Harakah sendiri terpaksa mengakui bahawa hujah dan bahan yang dibentangkan oleh pembangkang tidak berkualiti.Umum sedia maklum bahawa bahan-bahan yang dibentangkan oleh media pembangkang seringkali berunsur fitnah, berbaur hasutan dan terlalu sarat dengan politik.Sekiranya pemerintah menguasai media tradisional kerana kualitinya, maka apakah salah jika dikatakan pembangkang menguasai media sosial kerana kualitinya juga ??? Perlu diingatkan bahawa kadangkala barang tidak berkualiti boleh disamarkan dengan ‘packaging’ yang berkualiti.Memandangkan apa yang dicari oleh rakyat adalah kualiti, sehingga tertipu oleh ‘packaging’ yang baik, maka bukankah lebih mudah jika kita memastikan barang dan ‘packaging’ sama-sama berkualiti tinggi ??? Ertinya,jika kelemahan BN di media sosial adalah kerana kualiti ‘packaging’nya sahaja, maka kita harus bermula dari sekarang untuk menangani kelemahan tersebut.Hari ini,PR gagal ke Putrajaya walaupun berjaya menguasai media sosial.Tetapi jika mereka berjaya meningkatkan kualiti media tradisional dalam jangkamasa penggal ini,maka BN pastinya mempunyai masalah yang besar dalam PRU-14 nanti.

RENUNG-RENUNGKAN

1 comment:

Anonymous said...

Kita Nak Minta Kepada Umno

1. Orang berbudi kita berbahasa.
2. Kenang budi para pengundi yang telah menyelamatkan hayat Umno pada PRU13.
3. Perkasakan semua Majlis Agama Islam Negeri melalui :

(1) Tambah budget majlis
(2) Tambah pegawai penguatkuasa agama untuk memeriksa dan menangkap pasangan2 islam yang buat maksiat sama ada di tempat sembunyi atau terang
(3) Naikkan hukuman denda dan penjara bagi kesalahan khalwat atau sekedudukan. Amaun denda yang ada sekarang membuatkan orang tak heran - naikkan kepada Minima RM5,000.00 dan Maksima RM10,000.00 ATAU penjara Minima 6 bulan dan Maksima 2 tahun.
(4) Pinda Enakment Jenayah Syariah supaya ada peruntukan untuk menghukum bukan islam yang ditangkap khalwat atau sekedudukan dengan pasangan muslim (enakment yang ada sekarang nampak kartun sangat - bukan islam terlepas daripada sebarang hukuman begitu saja. Ini akan menggalakkan lelaki bukan islam ambil kesempatan ketas wanita islam)

4. Perkasakan semua cabang pendidikan islam melalui :

(1) Beri bantuan penuh kepada sekolah2 agama.
(2) Upgrade taraf guru2 sekolah agama setaraf dengan guru sekolah akedamik.
(3) Buat penambah baikan kepada infrastruktur disekolah2 agama setanding dengan sekolah cina dan sekolah tamil.

Kami orang2 melayu yang undi Umno pada PRU13 sebenarnya sikit pun tak termakan dengan janji Hudud oleh Pas. Kami berpendapat tanpa Hudud pun kita boleh cegah dan basmi maksiat, hanya perlu buat penambah baikan kepada Enakment Jenayah Syariah yang sedia ada. Kami tahu Pas jadikan Hudud sebagai umpan nak dapatkan sokongan orang melayu, itu saja.

Maka Umno " Tepok lah Dada dan Tanya lah Hati ". Nak jaga hati kami (pengundi Umno) atau nak jaga orang lain (yang tak undi Umno). As simple as that. Ini Kali lah .. UBAH.

Peluang Datang Tanpa Di Undang. Umno Kami Harap Jadi Hulubalang.
Di Dewan Rakyat Bila Bersidang.
Umno Bukan Tunggul, Umno Bukan Batang.

Hj Ariffin

 
 
Blogger Templates