Social Icons

Pages

Sunday, October 13, 2013

HOT NEWS !!! PEMILIHAN UMNO 2013 !!! ISYARAT UNTUK CALON KACAU DAUN DIDEDAHKAN !!!


apabila kira-kira 247,000 perwakilan daripada Pergerakan Wanita,Pemuda dan Puteri melangkah masuk ke dewan pengundian semalam,tanggungjawab yang dipikul oleh mereka hanyalah satu iaitu memilih barisan terbaik bagi menerajui ketiga-tiga sayap itu.Pemilihan yang dianggap sejarah bagi UMNO ini berikutan pindaan Perlembagaan yang dilakukan hasil usaha Naib Presiden UMNO,Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan dipersetujui oleh Presiden parti,Datuk Seri Najib Tun Razak memberikan isyarat yang jelas pergerakan parti itu ke arah lebih inklusif berbanding eksklusif sebelum ini.Penentuan barisan kepimpinan sama ada di peringkat sayap mahupun pusat tidak lagi ditentukan oleh 2,500 perwakilan tetapi sudah mencecahkan kepada 146,500 perwakilan secara keseluruhan.Buat permulaan pemilihan bagi peringkat sayap sudah berakhir semalam dan tiada banyak kejutan yang berlaku apabila keputusan tidak rasmi sehingga pukul satu pagi tadi menunjukkan dua calon popular iaitu Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Khairy Jamaluddin terus diberi mandat untuk berada di tampuk utama kepimpinan Wanita dan Pemuda.

Sejak awal lagi,kemenangan dua pemimpin yang sering mendapat sorotan dalam arena politik negara ini sememangnya sudah diduga.Keazaman dan semangat mereka untuk terus menawarkan diri bagi menabur bakti kepada kedua-dua sayap yang menjadi tunjang utama kepada UMNO itu didengari oleh perwakilan.Shahrizat dan Khairy tidak dipilih kerana mereka penyandang.Kedudukan sebagai penyandang yang sudah pastinya mempunyai rangkaian pasukan di peringkat akar umbi ketika memegang jawatan itu bukanlah jaminan untuk kemenangan.Ia memandangkan jumlah yang membuat keputusan kali ini bukan berlegar sekitar 1,000 atau 2,000 perwakilan tetapi mencecah sehingga 110,000 perwakilan.Jumlah itu sahaja sudah memberi isyarat yang jelas kepada sesiapa sahaja yang mahu bertanding bahawa mereka betul-betul perlu mengukur baju di badan sendiri dan tidak memasuki gelanggang hanya kerana mahu mencari populariti apatah lagi menyelamatkan karier politik masing-masing.Shahrizat dan Khairy bertanding bukan untuk seronok-seronok tetapi mereka merasakan masih banyak lagi yang harus dilakukan dalam usaha memperkasakan kedua-dua pergerakan tersebut.

Mereka tampil dengan membentangkan visi dan misi masing-masing,namun dalam masa yang sama mereka tidak mengharapkan untuk menang tanpa bertanding.Shahrizat terpaksa berhadapan dengan dua pencabar,Raihan Suleiman Palestin yang sekadar Ahli Jawatankuasa Wanita UMNO Bahagian Kulim Bandar Bahru muncul untuk merampas kerusi Ketua Wanita UMNO dan pada hari pendaftaran calon,bekas Timbalan Menteri Sumber Manusia,Datuk Maznah Mazlan pula tampil secara mengejut untuk turut sama bersaing.Namun Shahrizat dilihat tidak tergugat dengan kedua-dua cabaran itu biar pun beliau tidak pernah meremehkan saingan mereka.Apa yang beliau lakukan ialah terus istiqamah untuk berusaha mempertahankan jawatannya.Ternyata keazaman Shahrizat membuahkan hasil keputusan tidak rasmi menunjukkan beliau berjaya menewaskan pencabar dengan memperolehi 92 undi daripada 191 bahagian yang dikira.Maznah pula sekadar mendapat 4 undi manakala Raihan pulang dengan ‘tangan kosong’.Kejayaan ini memberi isyarat yang jelas bahawa ahli-ahli Wanita UMNO masih yakin dan percaya bahawa setakat hari ini tidak ada pemimpin Wanita yang boleh menandingi kredibiliti Shahrizat.Dalam soal kemenangan Khairy,ia juga bukanlah satu kejutan sebaliknya pengumuman kejayaan beliau boleh dianggap sekadar mengesahkan ramalan banyak pihak sebelum ini bahawa pemuda berusia 37 tahun itu adalah pemimpin muda yang mempunyai ‘pakej lengkap’ untuk mengemudi pergerakan tersebut. 

Isyarat

Kehadiran Akhramsyah Muamar Ubaidah Sanusi,Abd. Karim Ali, Syed Rosli Syed Harman dan Irwan Ambak Khalid Izhar boleh dianggap sekadar untuk mencatatkan nama sebagai pencabar sahaja bagi memastikan jawatan Ketua Pemuda tidak dimenangi oleh Khairy tanpa bertanding.Keempat-empat mereka dikatakan tidak mempunyai satu kekuatan luar biasa yang boleh menumbangkan ‘ikon Pemuda’ seperti Khairy yang dilihat begitu berjaya memimpin Pemuda UMNO,tabah melaksanakan amanah parti dan nampak hebat apabila mengemudi Kementerian Belia dan Sukan. Perwakilan memberi isyarat kepada pencabar-pencabar Khairy bahawa buat masa ini mereka bukanlah tandingan Ahli Parlimen Rembau tersebut.Lanjutan itu,Khairy diberi mandat besar melalui perolehan undi yang mengagumkan untuk menguburkan impian Akhramsyah Muamar Ubaidah,Abd.Karim,Syed Rosli dan Irwan Ambak.Jumlah undi yang diperolehi oleh Khairy sudah membuktikan dengan jelas bahawa kehadiran pencabar beliau hanya bertaraf ‘kacau daun’ sahaja atau bak kata orang pantai Timur bukan ‘kudis yang boleh menggatalkan’.

Bagi jawatan Ketua Puteri pula,kemenangan Mas Ermieyati Samsudin juga bukanlah satu kejutan,biar pun pencabarnya Jamilah Hanim Othman cuba muncul dengan pendekatan orang muda melalui rakaman video ‘‘KID’ - (Komited,Integriti dan Dedikasi).Kedudukan Mas Ermieyati sebagai Ahli Parlimen Masjid Tanah dilihat memberi kelebihan kepada beliau memandangkan Jamilah Hanim Osman bukan sahaja hanya memegang jawatan di peringkat bahagian sebagai Ketua Puteri Petaling Jaya Selatan tetapi tidak begitu dikenali oleh ahli-ahli Puteri sendiri.Berikutan itu,perwakilan Puteri yang mungkin merasakan laluan Mas Ermieyati lebih mudah untuk menduduki jawatan di peringkat pusat melontarkan undi yang besar kepada beliau.

Bagi jawatan Naib Ketua Wanita,kemenangan Datuk Azizah Mohd.Dun untuk bergandingan dengan Shahrizat dalam Wanita UMNO turut dikatakan sudah dijangka.Ia memandangkan sejak awal lagi,Shahrizat dikatakan lebih selesa untuk bergandingan dengan Azizah berbanding Datuk Suraya Yaacob yang sering digambarkan bukan daripada ‘kem’ Shahrizat.Untuk jawatan Naib Ketua Pemuda pula,keputusan tidak rasmi menunjukkan persaingan sengit antara Ketua Pemuda UMNO Perak,Khairul Azwan Harun dan Jamawi Jaafar Keputusan tidak rasmi menunjukkan Khairul Azwan mendahului Jamawi dengan kelebihan 8 undi.Dua lagi calon iaitu Mohamad Iruan Zulkefli dan Lokman Noor Adam masing-masing dilihat sekadar  menumpang’ bersaing sahaja.Untuk kerusi Naib Ketua Puteri pula,Zahida Zarik Khan dijangka dipilih berganding dengan Mas Ermieyati apabila memperolehi undi yang agak jauh meninggalkan dua pencabarnya termasuk Datin Norsabrina Mohd. Noor yang dilihat calon popular kerana kedudukan dalam kerajaan negeri Kedah dan Nazliah Ali. 

Berdasarkan kepada keputusan yang dicatatkan perwakilan khususnya dalam Wanita dan Pemuda UMNO memberikan isyarat yang jelas kepada calon-calon bertaraf ‘kacau daun’ bahawa perlu bijak mengukur baju di badan sendiri sebelum menawarkan diri untuk merebut jawatan dalam parti.Mereka tidak boleh berharap untuk menjadi pemimpin utama kepada ketiga-tiga sayap itu jika hanya mahu bersandarkan kepada slogan,jeritan apatah lagi retorik.Keadaan itu kerana ketiga-tiga sayap itu tidak memerlukan mana-mana calon yang mengiktiraf diri sebagai pemimpin yang jauh lebih baik daripada penyandang sedia ada khususnya bagi Wanita dan Pemuda UMNO.Apa pun seperti mana yang dinasihatkan oleh pemimpin- pemimpin kanan UMNO sebelum ini,yang menang tidak menang semua dan yang kalah tidak kalah semua.Sudah menjadi adat pertandingan ada yang menang dan kalah tetapi apa yang penting ialah merapatkan kembali barisan.Ada yang berkecil hati kerana tewas dan jangan pula ada yang besar kepala kerana mencatat kemenangan.Apa yang perlu diingat,segala-galanya sudah ditentukan oleh Allah SWT kerana sebaik-baik perancangan dan kehendak manusia tetapi Allah jua penentu segala-galanya. 

Kini adalah masa untuk pemimpin ketiga-tiga sayap mengatur langkah dan merangka strategi bagi merapatkan kembali barisan yang mungkin bagaikan ular dipalu apabila pemilihan berlaku.‘Musuh’ sebenar bukan di dalam UMNO dan gelanggang sebenar bukan di dalam pemilihan parti,sebaliknya ‘musuh politik’ parti itu ialah pembangkang dan medan pertempuran sebenar adalah pilihan raya.Sudah pastilah Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Sungai Limau,Yan,Kedah pada 4 November adalah ujian pertama kepada kepimpinan ketiga-tiga sayap.Keghairahan meraih sokongan dan keterujaan mahukan kemenangan ketika pemilihan parti harus dilanjutkan ke dalam ‘pertempuran’ di Sungai Limau itu.Ia memandangkan tiada gunanya,pemimpin dan ahli UMNO hanya hebat,gagah dan lantang sesama sendiri tetapi apabila berhadapan dengan ‘musuh politik’ sebenar,layu tidak bermaya.Oleh itu hapuskan segala yang terluka ketika pemilihan,hilangkan segala kedukaan akibat kekalahan dan kikiskan segala perasaan bangga berikutan kemenangan kerana perjuangan UMNO bukan sahaja belia selesai tetapi tidak akan berakhir selagi ada bulan dan bintang demi perjuangan untuk bangsa, agama dan negara.

Oleh Zulkiflee Bakar

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

2 comments:

Anonymous said...

Bah. pertama:
GERAMNYA! Tengoklah EVANGELIS Star MENGAGUNGKAN kemenangan puak Islam/Melayu LIBERAL - dan si JAGUH liberal BONGKAK pula, menuduh seolah yg. mencabarnya, sebagai “berhaluan kanan" (right wing)- seolah pelampau 'rasis'lah tu! Jadi apakah maksud si liberal ini, seolah kalau memperjuangkan agenda Islam/umatnya termasuk hak BUMIPUTERA Islam/Melayu dgn. amat TEGAS; adalah puak "pelampau rasis"?! Jgnlah angkuh sgt. dgn. kemenanganmu, hai puak liberal UMNO /PAS- kami akan terus berdoa kpd. ALLAH SWT melindungi pejuang Islam/Melayu TULENNYA dan menyelamatkan Tanah Melayu PUSAKA nenek moyang kami ini serta umat Islam/Melayunya (terutamanya anak-anak kami), dr. sebelum dijajah si LIBERAL BRITISH-ZIONIS laknat lagi!

Lihat di http://www.thestar.com.my/News/Nation/2013/10/13/Umno-polls-khairy-liberal.aspx, Umno polls: Liberal, progressive agenda has prevailed, says Khairy , by rahimy rahim AND rashvinjeet s.bedi , October 13, 2013:

KUALA LUMPUR: Re-elected Umno youth chief Khairy Jamaluddin said his progressive and liberal agenda has been endorsed by the grassroots.

He said that if the grassroots did not accept the agenda tha he brought along, it would be reflected in the results, pointing out that his opponents used a regressive agenda.

"If I wanted to win comfortably, I could have used a right-wing formula. I wanted to show that you can be a progressive and win in Umno," he said during a press conference at PWTC.

He added that the progressive agenda had to start with the youth who would one day bring the party forward.....

Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Islam dan umatnya, Raja-Raja Melayu/PM-TPM/UMNO/Bahasa Melayu, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera (Bumiputera juga bermakna Pribumi/Orang Asal/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation).

Anonymous said...

kalau pahat berbunyi sesudah CEC Dap berlangsung masih boleh diterima kerana pemilih adalah kurang lebih 2000 saja tetapi kalau pahat berbunyi dalam bahtera merdeka yang mana pemilih berjumlah ratusan ribu, makanya apa yang boleh dikatakan ialah mulut tempayan boleh jugak ditutup tetapi mulut manusia, hmm...tak boleh tutup

 
 
Blogger Templates