semalam,mahkamah telah menolak permohonan Jenapala berhubung dengan pertandingan jawatan timbalan presiden parti PKR.yang kesiannya Jenapala dah berhabis sampai rm15 ribu untuk kes ni..aduhai,kalau bagi duit tu kat saya,boleh saya buat modal untuk business.hehe...
Peguam Ranjit Singh yang mewakili PKR memberitahu media pada 6 petang semalam bahawa Seksyen 18(C) Akta Syarikat 1966 (semakan 1987) telah menyatakan bahawa sebarang keputusan yang dibuat parti politik tidak boleh dicabar di mahkamah."Kami berhujah bahawa satu keputusan telah dibuat oleh parti tersebut untuk melucutkan kelayakannya (Jenapala) dan sebab itulah beliau menyatakan pelucutan kelayakan itu adalah salah serta meminta mahkamah mengisytiharkannya," katanya.
Bernama melaporkan bahawa hakim juga bersetuju bahawa terdapat satu keputusan yang telah dibuat,mahkamah tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar perkara tersebut.Dalam saman pemula bertarikh 18 Nov lepas,Jenapala berkata permohonan itu dikemukakan bagi mendapatkan satu pengisytiharan bahawa beliau layak bertanding jawatan timbalan presiden PKR.Sehubungan itu,Jenapala memohon pengisytiharan bahawa pelucutan kelayakan beliau sebagai calon bagi jawatan timbalan presiden PKR adalah tidak sah dan bertentangan dengan haknya sebagai seorang anggota parti tersebut.Dalam saman itu,beliau menamakan presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail,timbalannya Dr Syed Husin Ali dan setiausaha agung Saifuddin Nasution Ismail sebagai defendan,dalam kapasiti mereka sebagai pemegang jawatan parti tersebut.
Dalam afidavitnya,Jenapala berkata keanggotaannya telah dilucutkan tanpa pengetahuan beliau, dan tidak ada sebarang notis diberikan kepadanya.Beliau juga mendakwa tidak diberikan peluang untuk didengar atau membela dirinya.Jenapala berkata beliau menyertai PKR pada Mei 1998, dan berkhidmat sebagai timbalan setiausaha agung sejak awal 2008 sehingga peletakan jawatannya secara lisan pada bulan Disember tahun yang sama.
apakah yang akan terjadi pada Jenapala selepas ini ??? adakah nasib nya akan di bela di mahkamah nanti ??? kita akan saksikan artikel saya akan datang untuk selanjutnya...
POST BY WAYNE...
POST BY WAYNE...
No comments:
Post a Comment