Pembinaan dua jejantas di Kompleks Beli-Belah Boulevard di Jalan Miri-Pujut dan Pusat Komersial Morsjaya di Jalan Miri-Airport yang bernilai RM2.6 juta dijangka siap pada penghujung tahun ini.
Menteri Muda Komunikasi, Datuk Lee Kim Shin berkata, kedua-dua jejantas yang sedang dalam proses pembinaan itu akan menjadi jejantas yang termoden dan cantik di Sarawak.“Rekabentuknya lebih moden dan cantik berbanding mana-mana jejantas yang terdapat di negeri ini termasuk di Kuching. Ini sejajar dengan status Miri sebagai bandar raya peranginan,” katanya malam tadi.
Lee berucap pada majlis perpisahan untuk Jurutera Bahagian (DE) Jabatan Kerja Raya (JKR) Miri, Mok Ing Kok.
“Dengan adanya kedua-dua jejantas ini, kita berharap ia dapat mengurangkan masalah kemalangan jalan raya terutama yang membabitkan para pejalan kaki di dua kawasan tersebut yang juga merupakan kawasan kerap kemalangan,” katanya.
Dalam perkembangan lain, sebuah lagi jejantas dicadangkan menghubungkan Kampung Lereng Bukit dengan Pusat Komersil Pelita di Jalan Miri-Pujut di sini.
“Bagaimanapun tempoh masa pembinaan belum diketahui memandangkan cadangan tersebut masih belum mendapat kelulusan dari pihak berwajib,” jelasnya.
SUMBER SARAWAK UPDATE
POST BY WAYNE...
1 comment:
syabas
Post a Comment