semasa NIK datang melawat ustaz Mohd Nor Deris,ustaz Mohd Nor Deris telah melepaskan rasa ketidakpuasanhati beliau melihat PAS sanggup bekerjasama dengan DAP tetapi mengkafirkan UMNO yang sudah lama bekerjasama dengan MCA dan MIC di bawah payung BARISAN NASIONAL. Berikut adalah sedutan dari rakaman video tersebut yang saya telah lihat walaupun suara tak berapa jelas :
Mohd. Nor: Mu (kamu) la berkawan dengan DAP.
Nik Aziz: Oh,selagi UMNO berkawan dengan MCA... selagi UMNO berkawan dengan MCA.
Mohd. Nor: Yahudi nak berkawan dengan Nabi Muhammad masa di Madinah dulu.
Budak mencelah sambil menjerit suruh kedua-dua berhenti bertengkar:"Jangan gaduh!"Mohd. Nor: Siapa yang ahzab (puak-puak) sekarang ini,siapa dia ahzab, siapa dia?
Mohd. Amar (Exco kerajaan Pas Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah) meminta kedua-duanya bersalam.
Nik Aziz: Tak payah salam.
Mohd. Nor: Aku pun tok sir (tak mahu) salam dengan mu (kamu).
Nik Aziz: Aku tok sir (tak mahu).
Mohd. Nor: Kalu (kalau) masuk UMNO,aku dakap (peluk) denganmu.
Mohd. Amar minta Mohd. Nor bersabar kerana mereka datang bukan hendak berbahas.
Mohd. Nor: Sama dengan ambo (saya) pun.
Mohd. Amar: Kita bukan hendak berbahas, kita mari (datang) nak ziarah,kalau nak berbahas dengan ambo pun tak apa.
Nik Aziz pada ketika ini dilihat duduk atas kerusi tetapi Mohd. Nor kembali berdiri.
Mohd. Nor: Kalu (kalau) Lim Kit Siang perintah Malaysia anak generasi-generasi kita jadi anjing suruhan DAP.
Mohd. Amar: Kita bahas semula (kemudian).
Mohd. Nor: Semula tak semula pun,biar taubat sebelum DAP perintah Malaysia.
Nik Aziz: Mu dulu (taubat),dulu mu orang PAS.
Mohd. Nor: Mu orang PAS juga,aku taubat dah hari-hari (setiap hari).
Nik Aziz mencelah lagi menyuruh Mohd. Nor bertaubat dulu.
Mohd. Nor: Hey,mu nak kafir (kafirkan) dengan ayat Wa'tasimu bihablillah hijamiia' wala tafaraqqu (surah Ali-Imron, ayat 103).
Mohd. Amar: Dengar dulu ambo nak ghoyat (cakap),duduklah.
Tetamu dalam rumah itu turut meminta Mohd. Nor duduk.
Mohd. Amar: Ustaz dengar ambo ghoyat,kita sama-sama di rumah orang,bukan rumah kita,malu ko (kepada) tuan rumah...mari (datang) dengan izin tuan rumah.
Mohd. Nor: Saya duk (datang) sini doh (dah),tuan rumah izin doh.
Mohd. Amar: Tak apa sebab itu kita tanya khabar lagu mana (macam mana), sama-sama tetamu kita buat adat sebagai tetamu.
Mohd. Nor: Adat Nabi Muhammad kalau nak kafir,lagu mana?Kalau nak munafik lagu mana?
Mohd. Amar: Lepas ini, lepas ini!
Mohd. Nor: Lepas ini,tunggu bila?Tunggu kafir (DAP) perintah Malaysia dulu...ahzab-ahzab ini,siapa ahzab Malaysia ini...panggil Haji Hadi(Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang), panggil Ustaz Nik Aziz, bincang sesama Islam,jangan kembali kepada DAP dan PKR.
itulah sedikit perbualan dari NIK AZIZ dan ustaz MOHD NOR DERIS.itulah PAS..semua nya nak mengata UMNO kafir sedangkan PAS pun sama gak berkawan dengan DAP...dulu cakap lain..dulu cakap tak boleh bekerjasama dengan parti kafir last-last kawan juga dengan parti DAP tu..walaupun UMNO berkawan dengan MCA dan MIC itulah adalah untuk menyerap kan satu parti di nama kan BARISAN NASIONAL.tak ada pun UMNO menyebut PAS itu kafir...sedarlah wahai ahli-ahli PAS...banyak fatwa dah keluar,adakah fatwa tu betul???itulah menjadi persoalan sekarang...
RENUNG-RENUNGKAN LAH
POST BY WAYNE...
2 comments:
ALLAH TELAH TUNJUK KEBENARANNYER....
$$$$...
Post a Comment