Social Icons

Pages

Sunday, November 28, 2010

PAS TAK PERLU APOLOGETIK PERJUANG ISLAM !!!


Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat,Nasrudin Hassan berkata,parti itu tidak perlu apologetik untuk terus bercakap mengenai dasar dan prinsip perjuangan Islam yang didokongnya seperti pelaksanaan syariah Islamiah di negara ini.Selain itu katanya,beliau juga tidak bersetuju Pas menenggelamkan atau menyembunyikan hasrat atau cita-cita untuk mendaulatkan Islam walaupun ia dilakukan atas nama strategi.

“Ini kerana kelak kita akan dilihat berpura-pura (hipokrit). Kita memperjuangkan Islam dengan pakej asal yang tulen daripada Rasullullah SAW.Tiada pakej kedua atau ketiga sekalipun untuk berdepan dengan usaha meraih sokongan dan undi bukan Islam.Pakej perjuangan kita telah siap dan kekal iaitu al-Quran dan ia dibaca oleh seluruh umat manusia sejak 1400 tahun lalu tanpa sembunyi dan perlu disepikan lagi,” kata nya.

Nasrudin menegaskan dalam blognya episod sebuah perjuangan.Nasrudin turut mengingatkan,kempen baru Pas dalam musim atau di luar musim pilihan raya mestilah tidak lagi menggunakan kaedah lama yang hanya membuat ahli sendiri berasa seronok sementara orang- orang atas pagar dan mereka yang berada di seberang pagar akan lari malahan tersinggung dengan cara parti itu.

“Sedangkan kempen adalah untuk mendekatkan orang kepada kita. Kaedah lama seperti perkataan kasar penuh emosi yang dilontarkan mungkin berbalas takbir yang bergema daripada kalangan sendiri tetapi ia menambah liar hati orang ramai kepada perjuangan kita,” katanya.Nasrudin berkata,Islam yang diperjuangkan oleh Pas adalah agama yang sesuai dan relevan sepanjang zaman.

“Biarpun al-Quran diturunkan lebih 1400 tahun lalu namun prinsip, kaedah, iktibar, nasihat, hukum dan isu yang dibawa masih segar dan hidup.(Oleh itu) selama mana perjuangan ini berlandaskan kaedah dan hikmah al-Quran maka selama itulah perjuangan ini terus segar, baru, sesuai sepanjang zaman,” katanya lagi dalam blog nya.

KALAU SESUAI BAGUS LAH.LEPAS NI JANGAN LAH MEMBUAT FATWA ATAU APA-APA YANG MENGELIRUKAN RAKYAT.ITU JER SAYA MINTA...

POST BY WAYNE...

2 comments:

Anonymous said...

Perjuangan PAS,PKR adalah berasaskan perut masing-masing dan tak hiraukan perpaduan ukhwah islamiah dan perpaduan kaum. Kita lihat telatah dan perangai mereka ini selalu bercelaru dan adakalanya seperti haruan makan anak contohnya sewaktu banjir. Mereka kalut bila tergugat kantung perut masing-masing takut berurai. Pemimpin kalangan yang tidak berkualiti kerana sudah tidah dapat melepasi tahap tapisan atau pemimpin reject.

Tahap kualiti pendidikan rendah contohnya Mahfuz menyebabkan setiap patah perkataannya banyak merapu seperti perangai kebudak-budakan apabila hadir dalam majlis yang efisyen. Mereka ini tiada wawasan bagi jangka panjang dan lebih kepada pak turut atau percakapan ikut sedap hati. Golongan ini terlalu dikongkong oleh fahaman sempit Ajis hingga apa kalam dan perbuatan Ajis semuanya dihalalkan.

Tahap keimanan dan kesabaran amat rendah kualitinya dan melenting tidak tentu arah atau punca contohnya MB Kedah,Kelantan dan bekas MB Perak. Mereka ini mudah ditipu muslihat dan diperkudakan golongan cina DAP. Daya pemikiran mereka berkisar kepada wang dan kuasa semata-mata tanpa hirau rakyat.

suaramajlis said...

sELAMAT JALAN pAKATAN rAKYAT. BLOG SDR telah dipautkan ke http Melayurayadaily.blogspot.com. maaf terlepas pandang buat seketika kah..kah..kah.. selamat berjuang.

 
 
Blogger Templates