Malah keadaan itu juga menyebabkan sebahagian pengundi berasa takut untuk keluar membuang undi.
Tindakan agresif segelintir penyokong Pas itu juga hampir-hampir mencetuskan kekecohan antara mereka dengan penyokong Barisan Nasional (BN) yang secara keseluruhannya dilihat lebih berdisiplin dalam meraih sokongan pengundi pada saat-saat akhir.
selanjut nya sila KLIK DI SINI
Keadaan menjadi kecoh apabila dua penyokong wanita BN berjaya mendekati seorang pengundi wanita bagi mengiringinya ke pusat pembuangan undi, yang kemudiannya menarik perhatian seorang muslimat Pas sehingga tercetus aksi seperti berebut-rebut pengundi.
Kekecohan itu menjadi bertambah 'panas' dengan tindakan penyokong lelaki daripada kedua-dua parti yang cuba masuk campur.
Tindakan pantas anggota polis yang sentiasa mengawasi keadaan bagaimanapun berjaya mengelak kejadian lebih buruk daripada berlaku.
Dalam pada itu, seorang pengundi wanita, Fatimah Abdul Razak, 24, mengakui sedikit bimbang dengan aksi-aksi keterlaluan penyokong Pas yang turut memenuhi setiap penjuru berhampiran pusat pembuangan undi tersebut.
"Rasa bimbang sikit kerana ini pertama kali saya keluar mengundi dan melihat begitu ramai penyokong parti," katanya sambil mendukung anak lelakinya berusia lebih dua tahun.
itulah senario parti PAS..mana muslimah yg sbenar PAS..sy dah agak sampai skarang sungai terah susah jatuh ke BN bukan saja bergaduh tp mcmc2 yang berlaku di sana..
anda fikir-fikir kan lah...
POST BY WAYNE
No comments:
Post a Comment