Social Icons

Pages

Sunday, November 07, 2010

TOLONG TANPA SENTIMEN !!!

JITRA: Datuk Seri Najib Razak semalam mengarahkan semua agensi Kerajaan Persekutuan yang menjalankan operasi membantu mangsa banjir di Kedah dan Perlis supaya meningkatkan komitmen tanpa mengira latar belakang dan fahaman politik.
Perdana Menteri berkata,beliau faham betapa seriusnya keadaan banjir di kedua-negeri itu dan akan melakukan apa saja yang termampu untuk membantu mangsa banjir.
“Kita akan menjalankan tanggungjawab ini dengan penuh amanah atas sifat kita sebagai kerajaan yang memerintah negara.

SHAHLAN  (dua dari kiri) bersama mangsa banjir meninjau kawasan yang dinaiki air di Kampung Pulau Timbul, Jitra, semalam.
SHAHLAN (dua dari kiri) bersama mangsa banjir meninjau kawasan yang dinaiki air di Kampung Pulau Timbul, Jitra, semalam.

“Saya berharap rakyat bersabar dengan ujian ini dan kerajaan akan melakukan apa saja untuk memastikan nasib mereka terbela tanpa mengira latar belakang.

Dalam hal ini soal politik harus diketepikan,” katanya ketika dihubungi Setiausaha Politiknya, Datuk Shahlan Ismail yang melawat mangsa banjir di Kampung Pulau Timbul di sini, semalam.

Terdahulu Shahlan menghubungi Perdana Menteri untuk menyampaikan maklumat terkini mengenai keadaan banjir di Kedah dan Perlis.
Shahlan berkata, Perdana Menteri, yang sedang menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur, mengucapkan terima kasih kepada rakyat yang sentiasa mendoakan kesejahteraan kesihatannya.

Perdana Menteri mahu supaya tumpuan tidak hanya diberikan kepada rakyat ketika mereka menghadapi banjir tetapi juga selepas bencana bagi memastikan mereka mendapat perhatian sewajarnya,” katanya.

Selain agensi kerajaan, pihaknya turut mengambil inisiatif menyediakan 10,000 dapur masak untuk disampaikan kepada mangsa selepas banjir surut.
“Berdasarkan pengalaman sebelum ini, kita dapati antara keperluan kritikal bagi rakyat selepas menghadapi banjir adalah dapur masak.

“Buat masa ini kita sudah meminta pelbagai syarikat korporat termasuk badan bukan kerajaan (NGO) antaranya, PROTON, Bank Muamalat, Bank Rakyat, Kelab Setiausaha Menteri dan Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (BAKTI) menghulurkan sumbangan,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata Kerajaan PAS Kedah tidak boleh terlepas daripada menunaikan tanggungjawab menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir di kawasan itu dan tidak hanya menyerahkan tugas berkenaan kepada Kerajaan Pusat.

Beliau berkata, bidang kuasa kerajaan negeri termasuk berkaitan bekalan air bersih diperlukan dalam usaha melancarkan lagi operasi menyelamat dan mengagihkan bantuan kepada mangsa bencana berkenaan.

SUMBER BERITA HARIAN ONLINE

POST BY WAYNE...




No comments:

 
 
Blogger Templates