Social Icons

Pages

Friday, January 21, 2011

TUN MAHATHIR MENJADI TOPIK HANGAT DAN BAHAN KETAWA DI SINGAPURA !!!


Tun Dr. Mahathir Mohamad menjadi topik hangat apabila ulasannya mengenai nasib Melayu Singapura menjadi polemik dan mendapat kritikan pedas beberapa orang Melayu setempat.Akhbar Berita Harian Singapura telah menyiarkan beberapa surat daripada pembacanya sepanjang minggu lepas yang mengecam Dr. Mahathir kerana sering memberi ulasan mengenai nasib Melayu republik itu yang terpinggir dan ketinggalan.Dalam ruangan forum akhbar itu,seorang pembaca,Sallim Ahmad menulis bahawa beliau rasa tercabar mengikuti ulasan Tun Mahathir yang membuat kenyataan yang tidak berasas bahawa Melayu republik itu terpinggir dan tertinggal.

"Inilah hujah kegemarannya yang pedas dan luncas setiap kali mempersoalkan masalah yang menghambat Melayu Malaysia yang belum lagi terpinggir pada logika Tun Mahathir.Kekerapan ungkapan yang menjadi sandarannya ialah menegaskan bahawa Melayu Singapura terpinggir sehingga akhir dunia," katanya.

Beliau berkata,Tun Mahathir yang terbuai dengan populariti di alam siber dan blog suka menggunakan Melayu Singapura sebagai contoh.Penulis itu juga mempertahankan kedudukan Melayu Singapura dengan menyatakan kaum itu maju tanpa menagih subsidi dan kedudukan agama Islam di sini terpelihara dan berkembang walaupun ia bukan agama rasmi.

"Kita tidak kontang jenayah, tapi yang ditugaskan beramanah. Rasuah di sini wujud tetapi tahapnya tidak mengejut. Sumbang mahram itu keji, dahsyat lagi buang bayi. Mat Rempit bukan hambatan, tabiat lepak bukan amalan," katanya.

Seorang lagi pembaca,Kamariah Lim Li Hwa menegur Dr. Mahathir bahawa sebelum membuat apa-apa kenyataan tentang orang Melayu Singapura, diharap beliau menyelidik dulu keadaan orang Melayu di sini.

"Kami orang Melayu Singapura berasa senang hati dan bersyukur kerana pemerintah Singapura menjalankan amanah dengan telus," katanya.

Menurutnya,walaupun Singapura bukan negara Islam, kebanyakan undang-undang di sini tidak ada bercanggah, malah sejajar dengan ajaran Islam.Kamariah berkata, kemungkinan Tun Mahathir (bersikap demikian kerana) berurusan dengan seseorang individu (rakyat Singapura) yang tidak berpuas hati atas beberapa dasar pemerintah Singapura kerana tidak dapat memenuhi kepentingan diri sendiri.Seorang lagi pembaca, Eusope Musawa menulis, Melayu Singapura hidup dengan selesa dan 'duduk sama rendah, berdiri sama tinggi' dan mereka ada kebebasan dalam hal agama serta pelajaran mereka juga setaraf dengan penduduk masyarakat lain.

"Tun Mahathir sepatutnya menasihatkan orang Melayu Malaysia agar belajar daripada orang Melayu Singapura, bagaimana boleh maju. Saya berharap kenyataan beliau akan membakar semangat orang Melayu setempat untuk terus maju," tulis Eusope.

Bagaimanapun, seorang pembaca yang menamakan diri beliau,Walid Jumblatt Abdullah menulis dalam forum akhbar itu semalam bahawa beliau amat gembira sekali apabila melihat kaum Melayu Singapura bergegas menyangkal kritikan Tun Mahathir.Katanya,alangkah baiknya kalau masyarakat Melayu begitu cepat sekali bertindak ketika masalah seperti keluarga pincang,keruntuhan akhlak,keputusan pelajar kurang memuaskan berbanding kaum lain dan sebagainya timbul untuk menangani masalah tersebut.Menurutnya, memang tidak dinafikan, Dr. Mahathir sering mengeluarkan kenyataan kontroversial dan tidak semestinya semua dinyatakan beliau adalah benar.Namun, katanya, setiap manusia ada kelemahannya dan beliau amat terkejut apabila melihat surat mengutuk Tun Mahathir,malah ada yang menggunakan kata-kata agak keras sehingga mengecapnya sebagai 'seorang tua yang nyanyuk'.Walid berkata, walaupun jika seseorang yang mempunyai pandangan yang berbeza dengan orang lain, tidak perlulah digunakan bahasa sedemikian kerana sikap serupa itu memang bukan daripada budaya Melayu itu sendiri.Katanya,Tun Mahathir adalah satu-satunya pemimpin Melayu yang dikenali di seluruh dunia, bahkan beliau disanjung dalam Dunia Islam.

"Walaupun beliau mempunyai kekurangan sendiri, beliau terlalu banyak berjasa kepada dunia Islam. Sering sekali beliau memperjuangkan isu-isu yang tidak sama sekali diperjuangkan oleh pemimpin Islam di mana-mana sahaja seperti isu Bosnia (Herzegovina), Kosovo, Somalia, Sudan, Palestin dan lain-lain lagi," katanya.

Menurutnya,Tun Mahathir dicalonkan oleh empat kumpulan badan bukan kerajaan (NGO) dari Bosnia-Herzegovina, dua daripada empat kumpulan ini adalah kumpulan Kristian untuk memenangi Hadiah Keamanan Nobel pada 2007.

"Setahu saya,beliau pemimpin Melayu pertama dicalonkan bagi anugerah penghargaan tersebut," kata Walid.

Mengulas komen seorang pembaca yang mengatakan tidak ada pembangunan bagi orang Melayu di bawah kepimpinan Tun Mahathir,Walid bertanya, tahukah anda bahawa kadar kemiskinan di Malaysia telah dikurangkan sebanyak 80 peratus sewaktu Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri? Bahkan, katanya, kemajuan Malaysia diiktiraf seluruh dunia sehinggakan negara itu digelar sebagai 'Harimau Asia' oleh IMF (Dana Kewangan Antarabangsa) kerana kemajuan ekonominya.Walid berkata, Dr. Mahathir telah menaikkan martabat bangsa Melayu di mata dunia.

"Janganlah kita dibutakan kebencian kita terhadapnya sehingga kita tidak mengiktiraf jasa beliau kepada dunia Melayu dan dunia Islam. "Juga, janganlah dengan kita mengambil sikap defensif terhadap kritikan orang luar. Kita tidak melihat masalah dan kekurangan masyarakat kita sendiri," katanya.—BERNAMA

SUMBER DARI BERNAMA

APAKAH JAWAPAN ANDA TENTANG ORANG SINGAPURA INI ???

POST BY WAYNE...

9 comments:

MELAYU SINGA said...

TUN DR MAHATHIR ADA LAH PEMIMPIN KEBANGGAN YANG DI SEGANI DAN DI HORMATI OLIH RAMAI MELAYU SINGAPURA. TUN MEMBUKTI KAN KEPIMPINAN UMNO (MELAYU KHUSUS NYA) BOLIH MEMBAWA MALAYSIA KE TAHAP PEMODENAN,KEMAJUAN DAN SEBUAH NEGARA YG DI IKTIRAF NEGARA2 BESAR. MUNGKIN ORANG BERPANDANGAN SEMPIT SAHAJA YG BERLAGAK PURA2 TAK TAHU.

Anonymous said...

Di singapura terlalu maju sehingga ada persatuan melayu kristian dan azan tidak bolih di laungkan seperti di Malaysia. Amboi maju betul singapura ek? Melayu tidak di benarkan menjaga depot peluru, amboi sungguh tak setia melayu kepada singapura ek? Istana kampung gelam dah tenggelam, semua keluarga bekas raja hussien di halau, amboi moden benar singapura ek? Geylang seria penempatan melayu terbanyak sekarang tinggal tapak warisan, amboi melayu singapura pandai sejarah ek?....

Melayu di singapura dah kebanyakkan nya hilang identiti dan inilah hakikat, jadi Malaysia perlu mengambil iktibar dan jangan alpa kerana adik sepupu kaisu berada di Malaysia

Anonymous said...

melayu singapura maju ada tanah air tergadai kepada kaum pendatang. orang melayu singapura maju hanya layak duduk di flat-flat tinggi. orang melayu singapura maju sebab itu ramai yang dah murtad jadi kristian kerana nak maju macam mat salleh. orang melayu singapura maju hanyalayak menjadi pencacai kaum pendatang. kawasan ini adalah kepulauan melayu hanya orang melayu saja yang layak memerintah di sini. harap malaysia tak
menjadi macam singapura kerana orang melayu nak maju. memang elok singapura dijadikan contoh tauladan bagi orang melayu malaysia.

Anonymous said...

Apa yang diperkatakan oleh Dr M mengenai melayu singapura itu adalah benar. Aku nak tanya satu je....kenapa sampai sekarang sorang pun takda orang melayu dilantik sebagai menteri kanan di singapor? Tau jawapannya.....hah carilah sendiri...Kita kenal sapa itu LKW.

Anonymous said...

Setiap hari ataupun hujung minggu kalau kita pergi super market yang berlambak lambak kat kawasan rumah kita, biasa nya kita ambil satu troli ataupun satu bakul saja dan kita beli barang2 yang kita perlu dan bayar di kaunter, tapi masa saya tinggal di Johor hampir setiap kali terutama di hujung minggu, rakyat singapura akan datang berduyung duyung, tak pakai bakul tapi ambil 2 atau tiga troli untuk membeli barang keperluan, asas, seperti beras, gula, tepung, butter, minyak masak, roti, sayur sayuran, toilet paper malah apa saja, mulanya saya pun terkejut juga, pasal apa diorang beli banyak sangat barang, macam dunia ni nak kiamat, rupanya itulah realiti kehidupan sebangaian besar rakyat Singapura terutama melayu, sara hidup kat sana mahal, kebanyakan datang kat sini untuk beli keperluaan asas. Kesian disebalik kemegahan singapura, betapa majunya rakyat mereka, tak perlu tongkatlah, tapi ramai betul rakyat mereka muka tak malu dan tak kisah guna subsidi rakyat malaysia, kah kah kah, tak bolih ada kawalan sendiri ke, jangan pakai tongkat rakyat malaysia, kah kah kah, Lee Kuan Yew tak ajar ke jadi baik, kah, kah, kah. Kat luar singapore macam orang pura pura buta, kah, kah, kah. Singapore memamng maju, , maju kat singapore tapi luar singapore kenapa menipu?, kah, kah, kah, tak menipu tu tak sah ke?, kah, kah, kah, semiskin orang malaysia, kita kena tanggung biawak hidup singapore kah, kah, kah, mari kita sama sama ketawa rakyat singapork ketawa kah, kah, kah kat Mahathir yang baik hati ni. Mahathir tahulah apa yang dia cakap. Dia amat paham akan keadaan Melayu Singapore.

Bagi Melayu Singapore yang dah berjaya, boleh datang ke Johor dan lihat dengan mata dan kepala yang berbelanja macam dunia nak kiamat tu kat Johor tu adalah rakyat anda yang tak berlu tongkat kat Singapore tapi belagak buta kat Malaysia, bagus betul dia orang belakon, dasyat ni aspek yang kita kena belajar pasal singapore lebih advance dari kita. Kah kah kah.

Kereta beli juta - juta, minyak pakai minyak subsidi kat Malaysia, kah, kah, kah. Belum cakap bab air lagi kah, kah, kah.

Bagi Melayu singapura, kalau berani, pergilah hidup sendiri, tambak johor kasi buanglah, macam Mahathir cakap dulu, kita taruk jambatan, lu suka lu datang.

Anak Didik Mahathir

Anonymous said...

Dr. Mahathir tak payahlah nak sibuk dgn hal Melayu Singapura. Ramai disini yg tak senang dengannya.

Anonymous said...

Saya nak tanya sikit rakyat Singapore, mulai 1st January 2010, kasino kat singapore telah beroperasi. Menurut laporan beberapa % GDP telah disumbangkan oleh kasino yang beroperasi ini. Kasino ni telah diilhamkan oleh pihak kerajaan, dimana dana dan kemuduhan pasarana di sediakan oleh kerajaan secara terus. Rakyat Singapura yang beragama islam tak ada komen ke? M'sia memang ada kasino dan perjudian tapi ianya bukalah pelaburan terus kerajaan, Kerajaan melakukan kawalan melalui perlesenan dan judi percukaian tanpa penglibatan terus kerajaan.

Saya harap adanya komen dari rakyat singapura mengenai perkara ini.

Wassalam.

Anak Didik Mahathir

Anonymous said...

Melayu Singapura yang mengecam TDM tu sebijik macam Melayu PKR kat Malaysia kita ni. Biasa la tu.. bukan semua melayu tahu adat dan sopan jadi melayu.

Melayu yang celupar dan lupa diri kat singapore tu ada jugak...akan tetapi majoritinya hanya la macam paria kelas ke 3 dibelakang cina dan India. Ada la sorang dua yang berjaya dan ego hendak mampus.

hidup la kau kat rumah falt tu.. kalau dah boring terjun bunuh diri habis cerita.

Melayu kat Malaysia ni jauh maju berbanding mereka semua. Dan jauh lebih mampu berdikari daripada mereka

Anonymous said...

melayu singapura ingat mereka lain daripada melayu malaysia dan nusantara. mereka dipimpin oleh orang yg dtg dari negara yang punya bangsa. tetapi melayu singapura tak ada negara bangsa.mereka adalah melayu yg lupa. tak semuanya, tapi rasanya yg mengkritik TDM mungkin melayu singapura yg beragama lain dan seronok dgn kebebasan di singapura. adat melayu sana pun rasanya dah lain...

 
 
Blogger Templates