Social Icons

Pages

Monday, March 21, 2011

PAKATAN PEMBANGKANG MERACAU DI SARAWAK !!!


Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) menyangkal dakwaan pembangkang bahawa keputusan presiden parti dan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud untuk berundur selepas pilihan raya negeri adalah tidak ikhlas kerana tiada tarikh diberikan.

BERNAMA melaporkan Timbalan Presiden PBB Datuk Amar Abang Johari Tun Openg berkata tidak perlu mengumumkan tarikh untuk meletakkan jawatan atau tempoh masa pelan peralihan itu kerana proses membimbing pemimpin untuk mengambil alih pentadbiran negeri perlukan perancangan rapi tanpa campur tangan pihak luar.


"Beliau (Abdul Taib) tahu apa nak buat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan sesi bertemu rakyat di kawasan Dewan Undangan Negeri Pending, anjuran bersama Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), PBB Bahagian Pending dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Bahgaian Penging di dewan Sekolah Menengah Kerajaan (SMK) Pending.

Tan Sri Abdul Taib Mahmud,buat pertama kalinya mengumumkan perancangan persaraannya apabila menegaskan pilihan raya negeri ke-10 akan datang adalah yang terakhir baginya sebelum menyerahkan pucuk pimpinan kepada penggantinya.Pengumuman beliau itu bagaimanapun disambut dengan penuh skeptikal oleh pembangkang.

Ramai di kalangan pembangkang mempersoalkan keikhlasan Tan Sri Abdul Taib Mahmud, dalam blog dan protal berita,apabila ketua menteri yang paling lama berkhidmat di negara ini tidak menamakan bakal penggantinya dan enggan mendedahkan tarikh sebenar beliau akan meletakkan jawatan ketua menteri yang dipegangnya selama tiga dekad.Selain pelbagai dakwaan oleh pembangkang di internet,terdapat juga kebimbangan di kalangan penyokong setia PBB bahawa akan berlaku perebutan bagi jawatan utama dalam parti itu yang telah menjadi tunggak Barisan Nasional negeri lebih 30 tahun.

Dilaporkan selain daripada Datuk Amar Abang Johari Tun Openg,naib presiden kanan parti yang juga Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber Kedua negeri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan,adalah antara nama yang disebut-sebut sebagai pengganti dalam pelan peralihan itu.Terdahulu dalam ucapannya,Datuk Amar Abang Johari Tun Openg yang juga Menteri Perumahan dan Pembangunan Bandar negeri,menjelaskan keputusan mencalonkan pakar kardiologi terkemuka dunia Prof Dr Sim Kui Hian sebagai calon SUPP dan BN di kerusi Pending yang majoriti penduduknya Cina.

"Tolong nilai prestasi wakil rakyat (Pending) anda selama lima tahun lepas kerana kami tidak dapat berbuat apa-apa jika anda terus mengemukakan aduan kerana kawasan ini di bawah pembangkang," katanya.

Dr Sim, yang bapanya ialah mendiang Tan Sri Sim Kheng Hong, bekas timbalan ketua menteri, kemungkinan akan ditentang oleh peguam Violet Yong, dari DAP yang merupakan wakil rakyat kawasan itu sekarang.

No comments:

 
 
Blogger Templates