Social Icons

Pages

Tuesday, March 22, 2011

SAH !!! POLIS TIDAK TERLIBAT DALAM ISU VIDEO SEKS !!!


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bahawa polis tidak terlibat dalam pembikinan video yang didakwa mengandungi aksi seks seorang pemimpin pembangkang dengan seorang wanita di sebuah hotel.

"Saya ingin mengesahkan apa yang dikatakan oleh Hishammuddin, iaitu pihak polis tidak terlibat dengan rakaman video berkenaan," katanya dalam laman Twitter malam tadi.

BERNAMA melaporkan Petang semalam,Datuk Seri Hishammuddin berkata Polis DiRaja Malaysia (PDRM) tidak terlibat dalam pembikinan video berkenaan,yang didedahkan kepada media.setakat ini,polis belum menerima sebarang laporan berhubung video itu.

Terdahulu,satu kumpulan yang enggan dikenali mendakwa mereka memiliki klip video hitam putih yang memaparkan aksi seks pemimpin pembangkang berkenaan dengan seorang pelacur wanita di sebuah hotel di sini yang menawarkan perkhidmatan seks.Kumpulan itu diketuai seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Datuk T, berkata mereka akan menyerahkan pita video itu kepada pemimpin pembangkang tersebut dan isterinya dalam masa seminggu ini.

SIAPAKAH SEBENARNYA YANG MEMBUAT AKSI LUCAH ITU ???

KITA TUNGGU DAN LIHAT !!!!

No comments:

 
 
Blogger Templates