Social Icons

Pages

Sunday, April 10, 2011

GEMPAR !!! KAMPUNG MELAYU DI PULAU PINANG BAKAL DIROBOHKAN !!!



Sebuah lagi perkampungan Melayu di Pulau Pinang bakal dirobohkan untuk memberi laluan kepada projek pembangunan.Kampung Binjai di daerah Bayan Lepas yang diduduki sekian lama akan mengikut jejak Kampung Buah Pala dan Kampung Genting.

Rakan-Rakan saya di Pulau Pinang mengatakan sebuah syarikat swasta sedang memujuk penduduk Kampung Binjai bagi mengosongkan tenah mereka bagi memberi laluan kepada projek pembangunan.
Syarikat berkenaan memujuk dengan pelbagai cara seperti pampasan berbentuk wang ringgit.Pampasan yang ditawarkan pemaju antara RM10,000 dan RM20,000 bergantung keluasan sesebuah rumah.

Pemaju tidak menawarkan rumah baru menggantikan rumah awal penduduk.Sebelum ini, pemimpin-pemimpin Umno Pulau Pinang menuduh kerajaan negeri pimpinan Lim Guan Eng cuba menghapuskan perkampungan Melayu di negeri itu.Bagaimanapun,Lim dan pimpinan lain menafikannya.

2 comments:

Anonymous said...

Kenyataan Saudara di bawah ini sangat2 melucukan kerana semua artikel yang saudara coretkan adalah berunsur fitnah, melampau, menghasut, berbau perkauman...lol

"Adalah Dinasihatkan Berhati-Hati Dalam Membuat Komen Kerana Blog Ini Dah Tertakluk Di Bawah Undang-Undang Negara Malaysia.Walaupun Komen-Komen Anda Tidak Ditapis,Komen Yang Dianggap Terlalu Melampau Akan Dipadam Selepas Pertimbangan Pemilik Blog Ini.Komen-Komen Yang Berunsur Fitnah,Pemilik Blog Ini Tidak Akan Teragak-Agak Untuk Membuat Laporan Polis Sekira Nya Perlu..."

Anonymous said...

dah kalau betul pun apa masalah kalau nak diberitakan kepada rakyat, itulah yg terjadi sekarang di pulau pinang, melayu akan dihalau secara halus dari pulau, akan bertambah masyarakat melayu diseberang perai.Hang tak tau toksah dok bela DAP , melayu makan melayu ...

 
 
Blogger Templates