Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak Telah meluluskan usul untuk menggantung Drs Khalil Idham Lim (PAS-Titi Serong) daripada menghadiri satu sesi persidangan DUN akan datang.Khalil Idham dikenakan tindakan itu selepas dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN pada 2 Dis lepas atas dakwaan tidak bercakap benar dan enggan bertanggungjawab atas perkara yang diperkatakan pada persidangan itu kerana menuduh terdapat anggota DUN membawa bomoh ketika Dewan bersidang pada 7 Mei 2010.
BERNAMA Melaporkan Penggantungan itu dibuat selepas majoriti anggota DUN pada persidangan telah bersetuju terhadap usul memperakukan laporan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN yang bersidang 25 Feb lepas.
Datuk Nasaruddin Hashim (BN-Bota) berkata Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN telah membuat perakuan terhadap kedua-dua Adun berkenaan yang dirujuk kepada jawatankuasa itu pada 2 Dis lepas.
"Jawatankuasa ini mendapati Adun Titi Serong mempunyai isu berbangkit dan mempunyai prima facie yang perlu dijawab olehnya tetapi Adun Titi Serong gagal memberi penjelasan kerana enggan menghadiri persidangan jawatankuasa pada 25 Feb lepas.Sehubungan itu, jawatankuasa mendapati Adun Titi Serong gagal untuk bertanggungjawab atas kebenaran kenyataannya pada persidangan DUN berkenaan,"katanya ketika membentangkan usul laporan dan perakuan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan itu pada persidangan DUN.
Sebaik Speaker Dewan Datuk R Ganesan mengatakan majoriti anggota persidangan DUN bersetuju dengan usul yang dibawa Nasaruddin itu,Ketua Pembangkang Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin bertindak keluar Dewan dengan diikuti sembilan wakil pembangkang lain.
Sementara itu, persidangan DUN meluluskan pindaan Enakmen Menteri Besar Perak (Pemerbadanan) 1951, Enakmen Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak serta meluluskan tiga jawatankuasa iaitu Jawatankuasa Kira-kira Wang Negeri, Jawatankuasa Perintah-perintah Tetap Negeri dan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Negeri serta pelantikan anggotanya.Persidangan Dewan ditangguh pada satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

2 comments:
saya dah cakap memang kena punya sebab pas pun percaya 'bomoh'
antijumud
Kepada pengundi-pengundi atas pagar...tak tahu nak pangkah BN atau Pakatan......Relex beb jgn gabra....saksikan sendiri video lucah 2 ni...jamin ORI disahkan TUlen...warna & ada suara beb....jgn malu malu ..line clear klik kat sini
Jamin beb ... selesai aje nonton video lucah 2 ni......jamin pangkah BN...kalau sokong BN tolong sebar video ni..Selamatkan Sarawak dari Pakatan.
Post a Comment