Social Icons

Pages

Monday, May 09, 2011

TUN MAHATHIR MENYELAR PAS KERANA MEMPERTAHANKAN DAP !!!


PAS kini tidak lagi fokus memperjuangkan Islam sebaliknya lebih kepada berjuang mempertahankan DAP,itulah sedikit ulasan yang di beri oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.

Katanya, pemikiran orang Melayu dalam parti itu telah jauh berubah berbanding semasa PAS di bawah kepimpinan bekas Yang Dipertuanya Allahyarham Prof Burhanuddin Al Helmi dan bekas Presiden Allahyarham Datuk Asri Muda.Beliau berkata,ketika ini pemimpin dan anggota PAS sanggup bermati-matian mempertahankan DAP walaupun sebelum ini Pengerusi DAP Karpal Singh menyanggah gagasan penubuhan negara Islam seperti yang dikehendaki parti itu.

"Sampaikan Nik Aziz sekarang bukan main lagi pertahankan DAP,dulu tengok DAP pun tak boleh bila DAP kata langkah mayat kami dulu kalau hendak tubuh negara Islam.Tetapi sekarang ini orang PAS pula kata langkah mayat aku kalau hendak dera Karpal Singh.suasana dah terbalik,"katanya semasa berucap merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Cheras di Dewan Utama,Pusat Rekreasi Cheras di Kuala Lumpur.

BERNAMA melaporkan Tun Dr Mahathir Mohamad berkata perpecahan di kalangan orang Melayu hari ini juga dimulakan oleh PAS apabila ulamak yang asalnya dalam Umno bertindak keluar parti dan menubuhkan PAS setelah tidak berpuas hati kerana tidak diberikan tempat.

"Puncanya orang Umno yang pandai bahasa Inggeris diberi tempat,mereka golongan yang pandai bahasa Arab tetapi tidak pandai bahasa Inggeris merasa tidak diberi tempat," katanya.

Tun Dr Mahathir Mohamad juga menyelar tindakan Nik Aziz yang gemar memutar belit ayat al-Quran dan berbohong demi untuk mengekalkan kuasa.Menteri Besar Kelantan itu sanggup berkata dengan memetik ayat al-Quran bahawa tidak salah orang Islam berpecah dua.Beliau berkata,atas landasan itulah,Umno dari dulu lagi menyangkal yang PAS memperjuangkan Islam dan keadaan itu makin ketara apabila semakin banyak pembohongan yang dibuat oleh pemimpin PAS itu.

2 comments:

Anonymous said...

Salam.

PAS ni bodohlah. Jadi kuda tunggangan DAP dan DSAI. Sekarang DAP sedang sibuk buat majlis merayakan kemenangan mereka dalam PRN Sarawak.

PAS pula sibuk anjur majlis ceramah untuk perjelas isu vedeo seks DSAI kerana ramai penyokong PAS dah mula percaya.

Nanti PAS kena anjur majlis penerangan lagi untuk perjelas keputusan Mahkamah terhadap kes liwat oleh DSAI.

Buatlah majlis mancari kebenaran disudut agama. Perkukuhkanlah parti PAS dalam konteks menegakkan dan memperluas ajaran Islam serta memperkukuh Islam di negara ini. Saya rasa sasaran ini lebih penting dari dok pertahan DSAI yang akhirnya memberi keuntungan kepada DAP. DAP tak payah kempen akan dapat undi Melayu.

Kayu lah pemimpin PAS sekarang. Bencinya mereka kepada UMNO sehingga gadai maruah bangsa dan martabat agama.

Kalau benci UMNO tak apa tapi jangan sampai gadai agama dan bangsa.

Siti Khadijah Halil said...
This comment has been removed by the author.
 
 
Blogger Templates