Social Icons

Pages

Saturday, June 18, 2011

AMARAN DARI DATUK SERI HISHAMUDDIN UNTUK PEMUDA UMNO !!!


Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata,Pemuda UMNO akan berdepan tindakan sekiranya mereka meneruskan cadangan untuk mengadakan satu lagi perhimpunan pada 9 Julai ini.Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang juga bekas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO berkata,tiada sesiapa pun yang melebihi undang-undang dan mereka perlu berhadapan dengan polis seperti orang lain.

"Nasihat saya adalah sama kepada setiap orang dan seperti yang saya nyatakan di Parlimen,polis melihatnya (perhimpunan haram) sebagai satu isu keselamatan.Saya berpendapat apabila menyentuh perkara itu ia tidak kira jika saya bekas Ketua Pemuda atau tidak.Pemuda perlu berdepan apa jua akibat atas tindakan mereka,seperti apa yang saya hadapi semasa menjadi Ketua Pemuda,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan delegasi Australia dan wakil Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa Bersatu mengenai Pelarian (UNHCR) dan Pertubuhan Antarabangsa bagi Migran (IOM).

BERNAMA melaporkan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein diminta mengulas kenyataan Ketua Pemuda UMNO,Khairy Jamaluddin bahawa pergerakan itu juga akan mengadakan perhimpunan 9 Julai ini bagi menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong, bagi menyokong sistem demokrasi serta peranan dan pembaharuan yang dilaksanakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) juga menganjurkan perhimpunan haram pada hari yang sama.

3 comments:

GoldTrex said...

Hai dulu hendak sangat kat Khairi sampai cabar Pak Lah jangan campur tangan dalalm hal pemilihan dan nobat Khairi sebagai timbalan dan sekarang ketua pemuda.

Apa dah jadi??

sesejuk mata memandang said...

Tersukan berhimpun , nanti cuma kena AMARAN sahaja.

tak percaya buat, berani kah Hishamudin megambil tindakn terhadap sayapnya sendiri demi survival politik beliau untuk masa depan.

kalau semala ini rakyat hanay mendengar laungan AMARAN tanpa tindakan oleh beliau bagi kes-kes NamWee Cina keparat dan banyak lagi.

Belajar lah dario negara jiran Thailand, walau sedikit saja diusik soal Raja mereka.. tindaka tersu diambil, penjara adalah jawapan palinh minima.

baru betul cara nya nak menjaga insituai Raja-raja dan bukan hanay AMARAN.

Anonymous said...

AMARAN : Jangan Bermain Dengan Keris. Nanti Tertikam Diri Sendiri.

 
 
Blogger Templates