Social Icons

Pages

Thursday, June 09, 2011

SUMPAH DAN TUDUHAN ZINA 4 SAKSI !!!

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgxi_FMc1X6cDp1H2qS92t2BV-qRcH2TmWTdlCW6sP7eD4dl3SruHbr9JIVghsALXV8G7Mwg_aJxCXHj-Z3BpakJihcfNsmCFJZmEb8PFBsgjZ9dNE0KknK-8rOvgr1uu5LHcLvTKxeUM8/s1600/2.jpg

“Sumpah yang terbit dari hati terpakai. Bila dia sebut wallahi, wabillahi, wattalahi, sumpahnya terpakai”,kata Ustaz Mohammad Kazim bin Elias Al Hafiz,Pengerusi Pusat Pendidikan Al Baraqah, Perak.

Menurutnya sumpah itu sah walaupun pelafaznya memegang Al Quran, kerana syarat sahnya adalah lafaznya yang bersaksikan dengan kalimah Allah.

“Pegang air mineral pun sah.Jangan dok nampak dia pegang Al Quran.Yang tak sah adalah semata-mata pegang Al Quran.Saya bersumpah demi Al Quran saya tak buat. Itu tak terpakai. Tetapi kalau saya pegang Al Quran dan melafazkan wallahi, wabillahi, wattalahi. Maka Lafaz itulah yang dipakai”,katanya.

Ustaz Mohammad Kazim juga turut menyentuh hukum Islam yang berkaitan dengan zina yang terbahagi kepada tiga kaedah iaitu ikrar (pegakuan dari pelaku),4 orang saksi dan qarinah (pembuktian lain).

Untuk kesalahan zina melalui ikrar dan 4 orang saksi dihukum hudud, manakala melalui pembuktian qarinah dihukum ta’zir.

“Pertuduhan zina ada tiga (kaedah)..barulah boleh jatuh (hukum) sama ada nak kena hudud atau ta’zir. Pertama ada ikrar (pengakuan). Bila mengaku berzina, dia kena hudud.

“Kedua. Hendaklah dikemukakan empat orang saksi. Yang adil, yang tidak fasiq, yang nampak sungguh-sungguh perlakuan zina itu berlaku.

“Ketiga, seandainya tidak ada 4 saksi, ia datang dari segi qarinah (pembuktian lain). Qarinah adalah pembuktian yang tidak ada 4 saksi. Tetapi tidak boleh dihukum di bawah undang-undang hudud,(sebaliknya) dihukum di bawah undang takzir”, katanya.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiWtkScHdOVQD9SsnEx_4L6M33V_byEQIjAp3P2NvnKNwOc0Q34VcGgZFAHcXu7rdSK5ZNbpx1dZDsof1YldiM49vck0zh-MJB1aoLtaJFD9Xq8-ivPeOCeYbl4J5pCoUIF2nt8V3Qk7QI/s1600/26519_1288293005193_1166238743_30666641_676486_n.jpg

Hukuman hudud bagi penzina yang belum berkahwin hukumannya ialah sebat 100 kali. Manakala penzina yang telah berkahwin hendaklah direjam sehingga mati.

Hukuman bagi kesalahan ta’zir pula terbahagi kepada 10 jenis bergantung kepada seriusnya perlakuan tersebut iaitu;

Pertama ; Menasihati orang yang melakukan kesalahan kecil bagi pertama kali agar ia tidak mengulangi lagi pada masa akan datang.

Kedua ; Teguran rasmi yang dilakukan oleh hakim dengan mengeluarkan ucapan-ucapan atau melakukan sesuatu tindakan tertentu agar orang yang melakukan kesalahan akan berusaha untuk memperbaiki dirinya.

Ketiga ; Mengancam orang yang bersalah agar tidak mengulangi kesalahannya di atas sebab takut dikenakan hukuman

Keempat ; Hukuman pemulauan dikenakan kepada pesalah agar ia berasa tersempit sekiranya ia berterusan atau mengulangi kesalahannya lantaran tidak dapat bermuamalat dengan orang lain dalam masyarakat.

Kelima ; Membuat pengisytiharan kepada umum terhadap kesalahan penjenayah. Dengannya penjenayah berasa tertekan dan malu yang amat sangat.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj5wZpYqvsXO5BJ_j-zoAuFXghxdKsl2iT-zrWdVOBl4N0Md_qcwN0hU94O89hB7Dcw6LSs27Ic4_fX-jWEUSF4_qZUznrc34e8nBbZO0_TPZqw-_CUwcfkAkSEEp-1FmCy5iv0TvEsYTw/s1600/1.jpg

Keenam ; hukuman ta ‘zir dengan denda berbentuk kewangan dan merampas harta yang dimiliki oieh penjenayah.

Ketujuh ; Mengenakan hukuman penjara dalam tempoh tertentu mengikut pertimbangan realiti semasa.

Kelapan ; Mengenakan hukuman sebat kepada penjenayah dengan jumlah sebatan yang tertentu mengikut realiti semasa

Kesembilan ; Hukuman bunuh bagi kesalahan ta’zir dibenarkan oleh syarak bagi menjaga kemaslahatan umum masyarakat.

Kesepuluh ; Hukuman buang daerah dikenakan supaya penjenayah berasa tertekan, mengalami kesusahan dan tersisih akibat dipisahkan dari kaum keluarga dan sahabat handai.

SILA LIHAT VIDEO DI BAWAH





ADAKAH ANWAR IBRAHIM BERANI BERSUMPAH ???

No comments:

 
 
Blogger Templates