Pertubuhan Islam bukan kerajaan (NGO) yakin dengan kepimpinan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak membela orang Melayu dan Islam di dalam negara ini.Presiden Jemaah Islah Malaysia (JIM),Zaid Kamaruddin berkata,janji itu dibuat oleh perdana menteri dalam perjumpaan dengan pemimpin NGO Islam dan masyarakat agama tidak lama dulu.
“Dalam pertemuan tersebut,Najib berkata dia akan mempertahankan Islam dan saya tidak ragu dengan ketegasannya.Saya yakin Najib akan membela Islam kerana beliau sendiri beragama Islam dan beliau juga tahu tanggungjawab semasa mengangkat sumpah sebagai perdana menteri tiga tahun lalu,” katanya ketika ditemui oleh FMT.
Zaid Kamaruddin berkata demikian ketika ditanya mengenai komitmen perdana menteri dalam membela orang Islam ketika orang Melayu bimbang masa depan mereka semakin tidak menentu terutama selepas pilihan raya umum 2008.Ekoran itu beberapa pihak terutama pemimpin politik Umno mahu parti itu bergabung dengan PAS demi kepentingan orang Melayu dan Islam.PAS menolak dengan alasan lebih selesa dengan Pakatan Rakyat yang dianggotainya membabitkan juga PKR dan DAP.
Bagaimanapun, Zaid Kamaruddin menggesa Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengambil langkah untuk merapatkan lagi perpaduan di kalangan orang Melayu.Perdana menteri,katanya perlu menghubungi Presiden PAS,Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan mantan Timbalan Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk tujuan tersebut.
“Saya tidak rasa ada sebarang masalah kepada Najib untuk mengangkat telefon bercakap dengan Hadi dan Anwar.Bila Najib buat begitu semua masalah akan selesai dan semua orang akan ikut.Najib boleh buat kerana dia ada kuasa,” katanya.
Zaid Kamaruddin berkata,perkara perpaduan ini tidak boleh bercakap di Parlimen atau dalam ceramah sahaja.Beliau juga mengingatkan rakyat supaya menghormati Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sebagai seorang perdana menteri Malaysia,bukannya mencaci seperti dalam alam maya...
SELAMAT HARI JADI KEPADA DATUK SERI NAJIB.SEMOGA PANJANG UMUR DAN DI MURAHKAN REZEKI...
KERANA MU MALAYSIA AMAN.AMIN...
KEPADA PEMBACA YANG ADA TWITTER FOLLOW ME @BADUTRAKYAT

No comments:
Post a Comment