Lelaki yang cedera ditembak selepas mengurung dan menjadikan 30 kanak-kanak serta empat guru wanita sebuah pusat jagaan di Taman Sungai Abong Cemerlang sebagai tebusan selama lima jam,disahkan meninggal dunia.Timbalan Ketua Polis Johor Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata Loi Hui Chung, 40,meninggal dunia di Hospital Pakar Sultanah Fatimah pada 9.15 malam.
"Loi meninggal dunia selepas kecederaan parah akibat sedas tembakan di kepala.Polis, bagaimanapun,sedang menunggu laporan doktor untuk pengesahan sebenar kematiannya," katanya kepada pemberita ketika sesi dialog bersama keluarga kanak-kanak terbabit di Ibu Pejabat Polis Daerah Muar.
BERNAMA melaporkan Beliau berkata Loi tidak mempunyai rekod pesakit mental tetapi memiliki dua rekod berkaitan dadah di daerah muar pada 1995 dan Negeri Sembilan pada 2000.Katanya,siasatan mendapati lelaki itu tinggal bersama keluarga kira-kira dua kilometer dari pusat jagaan kanak-kanak berkenaan.Mengenai dakwaan lambat bertindak dalam menyelesaikan drama tebusan itu,Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata polis tiba di lokasi dengan cepat, bagaimanapun,terpaksa berhati-hati bagi mengelak suspek mengancam nyawa semua tebusan yang berada di tingkat atas rumah dua tingkat yang menempatkan pusat asuhan kanak-kanak itu.
"Polis kena mengambil masa yang panjang, termasuk mengkaji tingkah laku suspek dan senjata yang ada padanya.Polis juga perlu menggunakan khidmat kaunselor dan keluarga suspek untuk memujuk. Polis juga perlu meletihkan suspek supaya suspek tidak bertindak agresif," katanya.

3 comments:
adakah selepas ini, akan djadikan isu oleh org politik
Kalau ikut mazhab dewata mambang DAP ibni PAS konpom jap lagi jadi isu.
*Lembu cirit-birit makan rumput pun salah kerajaan
Tuang air dalam gelas, tumpah ke lantai pun salah BN. Ahaks.
Post a Comment