Social Icons

Pages

Friday, August 26, 2011

DATUK ABDUL AZEEZ SIFATKAN MISI KE SOMALIA PALING BAHAYA !!!



Presiden Kelab Putera 1Malaysia Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim menyifatkan Misi Bantuan Kemanusiaan Ke Somalia,yang merupakan misi dan negara ke-15 yang akan dilaksanakan oleh kelab tersebut sebagai misi paling berbahaya dari aspek keselamatannya.Bagaimanapun,katanya misi itu akan diiringi oleh rakyat Somalia yang berada di negara ini dan Presiden State of Udubland of Somalia Ibrahim Abdullahi Addo,dalam misi ke negara berkenaan.Katanya seramai 66 orang akan berlepas pada Ahad ini yang dijangka akan pulang pada 8 September.

"Yang penting dalam misi ini,kita membawa barang-barang perubatan,ubat dan doktor seramai 40 orang.Kita akan beri sumbangan makanan dan barang-barang peralatan berkaitan perubatan.Kita jangka akan membeli barang makanan hampir 200 tan, dan dari sini juga akan membawa sebanyak mungkin berikutan kita akan berlepas dengan pesawat A330 hasil kerjasama AirAsia dan MAS," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran misi tersebut di Seri Perdana.

Misi tersebut dilancarkan oleh isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor.Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes.

http://1.bp.blogspot.com/_ufvCOdVcnYM/TVOstplpp2I/AAAAAAAAHA4/Z6o4iUnYENE/s400/1adato.JPG

Bernama Melaporkan Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim juga berkata mereka akan berurusan dengan penduduk tempatan daripada kerajaan peralihan bagi memastikan bantuan itu diterima oleh kumpulan sasar dan pegawai berkenaan akan membawa mereka ke tempat-tempat yang memerlukan bantuan terutama di khemah pelarian.Sementara itu,Ibrahim dalam ucapannya memuji usaha Malaysia menjadi antara negara pertama menghulurkan bantuan kemanusiaan untuk membantu rakyat Somalia yang merupakan mangsa kebuluran.

Selain mengucapkan terima kasih kepada rakyat dan kerajaan Malaysia terutama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak,Beliau berkata Malaysia telah mengetepikan perbezaan politik dan ideologi demi untuk membantu mereka yang dalam kesusahan.

"Hanya Malaysia boleh berbuat demikian. Kerana di Somalia,konflik kami biasanya melalui politik atau ideologi dan apabila ia datang ke Malaysia,semuanya hilang," katanya.

Ibrahim juga berkata beliau sungguh terharu apabila beliau mendapat tahu inisiatif itu adalah usaha berterusan dan mengucapkan terima kasih kepada semua penyumbang.

"Datin Seri (Rosmah),anda dikenali di seluruh dunia kerana kemurahan hati dan keberanian. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada Bakti dan pasukannya," kata beliau.

Beliau juga memberi jaminan mereka akan melakukan apa sahaja dan mengambil langkah perlu bagi memastikan keselamatan anggota Kelab Putera 1Malaysia.

SEMOGA KEPADA SEMUA YANG PERGI KE SOMALIA PADA HARI AHAD INI AKAN SELAMAT PERGI DAN SELAMAT PULANG !!!

AMIN...

2 comments:

Anonymous said...

semoga pergi dan balik dengan selamat

Anonymous said...

moga usaha ini dirahmati Allah.

 
 
Blogger Templates