Perjuangan komunis tidak boleh dianggap sebagai perjuangan untuk kemerdekaan kerana mereka hanya berjuang untuk kepentingan PKM dan bukan untuk kemerdekaan Malaya.Ini terbukti apabila mereka tetap meneruskan taktik ganas mereka walaupun selepas Malaysia mencapai kemerdekaan.
Apabila Malaysia merdeka melalui perundingan dan kebijaksanaan pemimpin-pemimpin UMNO dan Perikatan ketika itu,PKM tidak berhenti daripada tindakan subversif dan kejam mereka pada hal negara sudah merdeka ketika itu.
Negara sudah merdeka tetapi Komunis yang dipuja oleh Mat Sabu masih meneruskan penentangan mereka.UMNO telah membuktikan bahawa kemerdekaan terbukti boleh dicapai bukan dengan perjuangan pertumpahan darah dengan sia-sia tetapi dengan rundingan damai yang lebih berfaedah dan bermenafaat untuk semua pihak.
Satu lagi perkara yang ditimbulkan oleh Mat Sabu ialah pada tahun 1950,polis-polis Melayu dituduh sebagai talibarut British penjajah. Maka kerana itu, sesiapa yang menyerang mereka akan dianggap sebagai pejuang kemerdekaan.
Jika kita rujuk fakta sejarah,impak kepada penentangan kaum Melayu yang diketuai oleh UMNO telah berjaya mematahkan konsep Malayan Union yang kemudiannya dibubar pada 21 Januari 1948 dan digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948.
Konsep Persekutuan Tanah Melayu menyaksikan perkongsian kuasa dan perundingan di antara pihak British dengan rakyat Tanah Melayu ketika itu.Walaupun Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu ini diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi British tetapi berlainan dengan konsep 'penjajahan yang sebenarnya', beliau dibantu dan dinasihati oleh Majlis Mesyuarat Kerja Persekutuan Tanah Melayu dan Majlis Mesyuarat Undangan Persekutuan Tanah Melayu.
* Majlis Mesyuarat Kerja Persekutuan mengandungi 7 orang ahli rasmi dan 7 orang ahli tidak rasmi.
* Majlis Mesyuarat Undangan Persekutuan pula mengandungi Pesuruhjaya Tinggi sebagai Presiden Majlis, 14 orang ahli rasmi serta 50 orang ahli tidak rasmi yang mewakili Negeri-negeri Selat, golongan peniaga dan semua kaum.
Selain daripada itu 9 orang Yang Di Pertua Majlis Mesyuarat Negeri,(Menteri Besar) dan 2 orang wakil dari Negeri-negeri Selat menjadi ahli tidak rasmi.
* Majlis Raja-Raja Melayu turut berfungsi untuk menasihatkan Pesuruhjaya Tinggi. Residen British pula digantikan dengan seorang Menteri Besar di tiap-tiap negeri dalam Persekutuan. Salah seorang yang terlibat di dalam Majlis Mesyuarat itu Tun Onn Jaafar yang mewakili kaum Melayu.
Struktur dan kerangka Majlis Undangan di dalam Persekutuan Tanah Melayu jelas menunjukkan transisi Tanah Persekutuan yang sedang dibaikpulih dan diperkemaskan ke arah memerdekakan Tanah Persekutuan Melayu.
Malah, Pemasyhuran Kemerdekaan tahun 1957 telah menggunapakai Persekutuan Tanah Melayu seperti yang tertera di dalam dokumen bersejarah tersebut.

Di antara perincian dokumen bersejarah tersebut:-
Dan bahawasanya kerana telah bersetuju pula antara kedua-dua pihak yang tersebut, iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu tahun 1948, dan segala peranjian yang lain yang ada sekarang antara Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen dengan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja ataupun salah seorang daripada baginda itu sebelum tarikh yang tersebut hendaklah dibatalkan mulai daripada tarikh itu, dan semua kuat kuasa dan hak Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen ataupun Parlimen Negeri United Kingdom dalam Negeri-Negeri Selat ataupun Persekutuan Tanah Melayu seluruhannya adalah tamat dengan sendirinya.
Memang benar negara belum merdeka lagi pada tahun dan ketika berlakunya tragedi berdarah Bukit KepongTetapi jangan kita nafikan bahawa struktur pemerintahan Tanah Persekutuan Melayu ketika itu di dalam proses transisi memerdekakan negara melalui rundingan, menyedia dan memantapkan kepimpinan berbilang laum untuk mentadbir sendiri negara yang bakal merdeka.Penentangan Mat Indera dan komunis ketika itu adalah hasil daripada penolakan rakyat Tanah Melayu yang tidak bersetuju dengan konsep gerila dan keganasan pihak tersebut. Rakyat lebih mengharapkan kemerdekaan di atas meja rundingan bukannya melalui pertumpahan darah.
Dan seperti di awal artikel ini,jika komunis benar-benar berniat memerdekakan negara, mereka sepatutnya akan berhenti kegiataan subversif mereka pada 31 Ogos 1957 tetapi mereka tidak melalukannya !!!
Di sini jelas kelihatan pihak komunis yang diperkatakan oleh Mat Sabu mempunyai niat lain daripada yang dinikmati oleh seluruh rakyat Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 !!!
Dan kerana itu, Mat Sabu ternyata telah tersilap fakta sejarah all-time. Begitu juga dengan mereka yang cuba menegak benang yang basah dek kedangkalan fikiran Mat Sabu.
SUMBER M.I.M
4 comments:
Ini taktik halus DAP.
Dengan angan2 untuk menduduki Putrajaya selepas PRU13 nanti,mereka telah mulakan serangan saikologi terhadap rakyat Malaysia berhubung penerimaan rakyat terhadap komunis.
Untuk apa?
Untuk membawa balik Chin Peng dan petualang2 bangsa yg lain ke Malaysia yg selama ini diharamkan oleh kerajaan
Malaysia hari ini.
PAS, PKR menyokong tetapi yg protes hanya rakyat yg lain.
BEGITU TINGGI ANGAN2 DAP JIKA MENDUDUKI PUTRAJAYA.
SETERUSNYA... KRISTIAN ........
k
AKU NAIK MELUAT DAN NAK MUNTAH BILA ISU MAT SABU NI TERUS MENERUS DIMAINKAN OLH PUAK2 GILA PUBILISTI MURAHAN UMNO DAN AGEN2NYA..
SEJAK SEBELUM RAYA LAGI ISU INI BERMAHARAJA LAWAK, TAK HABIS2, NAIK LOYA TEKAK DENGAR HARI2 KAT TV, RADIO, BLOG, UTUSAN LIDAH FASIK, DLL..
MASING2 KUTUK MENGUTUK, UGUT MENGUGUT MAT SABU..APA HAL? KOK YE MAT SABU DAH TERBUKTI CAKAP MACAM TU, APA DITUNGGU LAGI..TANGKAP TERUS LAH, ISA KAN TERUS..APA BISING2...
NI LAH DIA "KEPONDANAN" UMNO..GEMBAR-GEMBURKAN ISU INI, CEPAT MELATAH, CEPAT NAIK ANGIN, UGUT, TAPI...TINDAKAN ZERO...KOSONG! KALAU MARAH BERAPI2 TAPI TAK DE ACTION, PONDAN NAMANYA...DAH LAH MENTERI KDN LEMAH LEMBUT, ASYIK UGUT, AMARAN...PIHAK BERKUASA PUN 2X5 JER..MANA ORG NAK RESPECT UMNO!!!
KO IENGOK BLOG PRO PR..MRK KUPAS ISU INI DETAIL PUNYA...AKU PASTI RAKYAT DAH TAK TAHAN MENDENGAR BERITA TV, BACA NEWS PAPER, NAIK MELUAT..AKAN CARI BLOG PRO PR, BACA KUPASAN MRK SECARA DETAIL DAN ILMIAH...TAK ADA SALAH MANA PUN UCAPAN MAT SABU!!!
YG UMNO NAIK ANGIN MENGAMUK GILA BUAT APA? DAH LAH TU, ISU INI DAH BERMINGGU2 DAH, NAIK BOSAN RAKYAT MALAH NAIK JIJIK MENDENGARNYA..
PADA HAL ISU INI TAK SDIKIT PUN MEMBANTU RAKYAT YG MENANGGUNG KOS HIDUP SEMPENA AIDILFITRI, KESESAKAN JALAN RAYA, INFLASI, HARGA BARANG...LAGI LAH RAKYAT MELUAT KAT UMNO. SAJA NAK CETUSKAN ISU, PADA HAL RAKYAT TAK AMBIK PEDULI PUN..
BISING2 BUAT APA? TANGKAP TERUS MAT SABU LA...ISA KAN TERUS, PONDAN LA UMNO!!! BISING2 DAN BERANI DARI JAUH JER TUNJUK KERIS, DAH DEKAT TERKENCING2 DAN TERUS CABUT LARI!!!
UMNO OH UMNO..MAKIN RABAN!!!
Anon 9.27, kamu betul betul bacul. Tak kah terasa apa apa jika sejarah negara dan segala pengorbanan orang dulu yang membolehkan kita semua mengecapai apa yang ada sekarang di kotak katikkan?
Dan MUSUH pula di dewa-dewakan?
Mengapa pula kamu mahu Mat Sabu kesayangan kamu di ISAkan? Kan kamu tak mahu ISA tu? Ini menunjukkan ISA masih relevan dan yang menyebutnya adalah kamu sendiri.
Kamu sengaja mahu dia di ISAkan kan? Supaya boleh ada lah satu demonstrasi. Itulah puak pembangkang. Short sighted.
Kamu buta hati, hati kamu ada penyakit sebab itu Allah swt tambahkan lagi penyakit sehingga tak dapat lihat lagi yang mana kaca dan yang mana permata. Yang mana Islam yang sebenarnya dan yang mana Palsu belaka.
ANON 10:02
KATA :
Mengapa pula kamu mahu Mat Sabu kesayangan kamu di ISAkan? Kan kamu tak mahu ISA tu?
AKU KATA : DAH HARI2 MEMEKAK JER PASAL MAT SABU, UGUT, REPORT POLIS,..APA TUNGGU LAGI..TANGKAP JER LA MAT SABU...ATAU ISA KAN TERUS!! MEMEKAK JER BUAT APA?
KOMEN AKU :
KO LUPA KAH, BHW TUN RAZAK PUN PERGI MENGADAP MAHARAJA CINA KOMUNIS MOHON JALINKAN TALI PERSAHABTAN DGN MESIA..
KO LUPA KER PM NAJIB/PM ROSMAH PUN MENJEMPUT PEMIMPIN KOMUNIS MAO CINA DATANG KE MESIA DGN SAMBUTAN KARPERRT MERAH LAGI...
KO LUPA KER, PM MALAYSIA BEGITU AKRAB HUBUNGAN NYA DGN PARTI KOMUNIS CINA YG MEMERINTAH CINA SEMATA2 NAK PUJUK CHINA MESIA???
JD SIAPA YG JALIN HUBUNGAN DGN KOMUNIS CINA SKRG TAK KIRA LA ATAS ASAS APA? MAT SABU KER ATAU PM NAJIB/PM ROSMAH?
KALU MESIA MENOLAK KOMUNIS MAKA MESIA JGN ADAKAN HUBUNGAN DIPLOMATIK DGN NEGARA KOMUNIS CINA, UMPAMA MESIA MENOLAK ISRAEL MAKA TIADA HUBUNGAN DIPLOMATIK DGN KERAJAAN ISRAEL...BETUL KAN?
TIDAKKAH MENJALIN HUBUNGAN DGN NEGARA KOMUNIS CINA, MAKA IANYA AKAN MENGGURIS HATI PENENTANG KOMUNIS ZAMAN DAHULU?
JAWAB...JAWAB...JAWAB..
Post a Comment