Seorang kanak-kanak bersama seorang pekerja kampung yang dianggap bapa kandungnya ditemui mati lemas dalam keadaan berpelukan di Sungai Muar, Rompin,lewat petang kelmarin.Mayat Muhamad Hakimi Khairul Nizam dan Mohd Isa Mustafa,ditemui kira-kira 6.50 petang selepas gerakan mencari selama lebih sejam dijalankan anggota Bomba dan Penyelamat Bahau apabila mereka disedari tidak pulang ke rumah.Kedua mereka sangat rapat dan sering menghabiskan masa mandi bersama di sungai berkenaan pada waktu pagi.
Sinar Harian Melaporkan Ketua Polis Daerah,Superintendan Mohd Sabri Muhamad berkata, kehilangan kedua-dua mereka disedari nenek Muhamad Hakimi,Robiah Birum apabila cucunya itu tidak pulang ke rumah untuk makan tengah hari seperti biasa.Beliau berkata,pada mulanya Robiah terlihat motosikal Mohd Isa di tepi sungai berkenaan kira-kira 11.30 pagi sewaktu pulang dari Hospital Tuanku Ampuan Najihah,Kuala Pilah,kerana mengambil ubat.
“Pada awalnya, dia tidak mengesyaki apa-apa kerana kedua-dua mangsa sering ke sungai itu. Namun, selepas hampir tiga jam,mereka masih tidak pulang ke rumah.Kebiasaannya, mereka akan pulang ke rumah pada waktu tengah hari untuk makan setelah selesai mandi di sungai,” katanya.
Menurutnya,Robiah kembali semula ke sungai itu bersama anak perempuannya,Nurul Syahida Baharin dan mendapati motosikal mangsa bersama pakaiannya masih berada di tebing sungai.
“Robiah jadi panik dan terus menjerit memanggil nama kedua-dua mangsa. Bagaimanapun tidak dijawab. Dia memaklumkan kehilangan kedua mangsa kepada orang kampung sebelum melaporkannya di Balai Polis Rompin,” katanya.
Kira-kira 6.50 petang,kedua mayat mangsa ditemui anggota Pasukan Bomba dan Penyelamat Bahau, kira-kira 70 meter dari tempat mereka dipercayai mandi.Mohd Sabri berkata, mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Jempol untuk bedah siasat dan dituntut keluarga mangsa,pagi semalam.
“Siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah dan kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.
AL-FATIHAH..

No comments:
Post a Comment