Seorang juruanalisis jenayah komputer memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa 11 telefon bimbit yang merupakan antara barang-barang kes dalam perbicaraan kes bunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain,dihantar kepadanya untuk dianalisa.ASP Mohd. Zulkifly Mohd Isa,dari Ibu Pejabat Polis Bukit Aman berkata, beliau turut menerima permohonan untuk menganalisa kad SIM, kad memori, bateri telefon bimbit serta satu thumbdrive dari pegawai penyiasat,ASP Ishak Yaacob dan seorang pegawai polis bernama Inspektor Suzana.Dia yang merupakan saksi ke-76 pendakwaan berkata, semua barang kes itu diterima pada 17 dan 20 Sept. tahun lepas.
"Dua telefon bimbit jenis Blackberry berwarna hitam dan putih diberi kepada saya dalam keadaan lembab serta terdapat wap di skrin telefon.Selepas barang kes didaftarkan, saya on blower untuk keringkan kedua-dua telefon bimbit itu dan ia kemudian disimpan dalam makmal telefon bimbit dalam keadaan berkunci,” katanya semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya,Ishak Mohd. Yusoff.
Bernama Melaporkan Mohd. Zulkifly memberi keterangan pada hari ke-53 perbicaraan kes bekas peguam N.Pathmanabhan dan tiga pekerja ladang T.Thilaiyalagan,R.Matan dan R. Khatavarayan yang dituduh membunuh Sosilawati dan pegawai bank Noorhisham Mohamad,peguam Ahmad Kamil Abdul Karim dan pemandu Sosilawati,Kamaruddin Shamsuddin.

2 comments:
SALAM, KESIAN KELUARGA SOSILAWATI, YANG HERAN NYA PASAL APA PEMBANGKANG TAK GANTUNG GAMBAR SOSILAWATI KAT TENGKOK DIORANG YERK?????? TAK DAPAT UNTONG KER DALAM POLITIK????
Golongan pembangkang bangsat tidak akan berjuang jika tidak menguntungkan mereka....
Post a Comment