Social Icons

Pages

Sunday, December 04, 2011

HOT NEWS !!! PRESIDEN IDEAS MOHON MAAF KERANA MEMPERLEKEHKAN PERWAKILAN UMNO !!!


Pengasas IDEAS : Dari kiri, Wan Firdaus, Wan Saiful dan Tunku 'Abidin

Tunku ’Abidin Muhriz,Presiden Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS) yang juga kolumnis akhbar The Star memohon maaf di atas salah faham yang timbul akibat daripada tulisannya Jumaat lalu mengenai “lintah dan pacat yang pergi ke PWTC.

“Saya ingin meminta maaf atas salah faham yang timbul akibat daripada komen saya minggu ini mengenai “lintah dan pacat yang pergi ke PWTC.Walaupun saya dengan terang menyebut bahawa komen saya terhad kepada beberapa individu sahaja,ada pihak yang telah tersilap tafsir seolah-olah saya memberi komen mengenai semua perwakilan di Persidangan Agung UMNO. Kesilapan ini amat dikesali,” katanya.

Menurut wikipedia,Tunku ’Abidin Muhriz adalah nama singkatan kepada Yang Amat Mulia Tunku Zain Al-‘Abidin ibni Tuanku Muhriz, putera kepada Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang ke-11.

Beliau telah mendapat pendidikan di Kuala Lumpur Alice Smith School, Marlborough College, dan London School of Economics and Political Science, di mana beliau bekerja di beberapa buah badan pemikir yang berpangkalan di London dan the Houses of Parliament sebelum berpindah ke Washington DC untuk menyertai Bank Dunia sebagai Perunding Sektor Awam.Apabila pulang ke Kuala Lumpur pada tahun 2008, beliau bekerja di Program Pembangunan Bangsa-Bangsa Bersatu dan pihak berkepentingan firma pengurusan serantau. Dalam masa sama beliau membangunkan IDEAS yang dahulunya dikenali sebagai Malaysia Think Tank.

“Saya juga telah banyak kali berkongsi pentas dengan Tengku Razaleigh Hamzah.Baru-baru ini, saya memuji usaha Datuk Saifuddin Abdullah memperkukuhkan demokrasi dan kebebasan untuk semua rakyat Malaysia”, katanya lagi

Tunku Abidin Muhriz menulis setiap minggu dalam akhbar The Star menerusi kolumnya yang berjudul ‘Roaming Beyond the Fence‘.

Sumber AIDC

4 comments:

dino.yp@gmail.com said...

bukan semua yang belajar kat England tu pandai!

Anonymous said...

PG , Tunku ini sama dengan ramai anak muda yang berpelajaran tinggi dan seumur hidup nya bersenangan kerana status keluarga elitis dan di sanjung kerana keturunan.

Mereka tidak berpijak pada bumi nyata.Mereka juga mempunyai 'axe to grind'. Status dan pendidikan tinggi serta menjadi anak raja yang kini baru lah diiktiraf sebagai anak Yam Tuan memberi kelebihan kepada nya.

Tapi INGAT .INGAT - orang melayu jangan tertipu dengan kebijakan mereka.

Mereka mahu jadi wira kepada keadilan kemanusiaaan. Mudah kalau hidup serba elitis dan dalam confort zone. Tapi percaya lah roda akan berpusing dan anak raja seperti ini yang akan menghancurkan institusi raja raja dan kepercayaan orang melayu kepada institusi ini kelak. Sebab rasa diri mereka terlalu pandai.

NAGA EMAS.

Anonymous said...

Saudara BR

Izin saya masuk blog anda.
Saya amat sokong pendapat pendapat Sdra2 semua bersabit dengan kepandaian insan dari kaum kerabat di raja .
Saperti mana kita bolih andaikan dia bayang kan diri dengan mirip prince of wales dan anak nya yang satu hari akan naik tahkta england.
Sebab dia belajor di England maka buat andaian ada banyak persamaan(dari sudut pangkat next in line) dengan anak prince charles.

Kecik2 dah berangan nak jadi Yam Tuan dan satu hari akan naik giliran YDPA dlll,unless ada orang berjaya menjadi Presiden Republik.
STAR beri dia tempat untuk bercakap Inggeris sebab:

1.Star sudah beli comprehensive insurance untuk siapa akan ada kuasa.
2.Editor STAR.1.wONG cHUN WAI MEMANG SPECULATING HEDGING HIS BETS BOTH WAYS FOR NEXT PRU.
Maklum lah dia kan dari kaum practical dan pragmatic
3.STAR MENANG MENANG MENANG MENANG MENANG.
dengan Pulau Pinang ,Damansara Utama MCA Inter Faith M Rantings T Fernandez istana I city SP sri setia 1Malaysia Najib MUFC Ketua Pemuda Accim Dong Zhong Doa Zong.
2.Orang orang saperti tuan punya Star yang practical dan pragmatic pandang jauh lebih jauh jauh atas sebab satu hari Presiden Ideas akan naik tahkta dua kali.

kita buat column ada edit mode dan boleh semak ejaan. Pada dia dah okay ejaan leech.
Malang nya umpama lupa daratan manusia yang hadzir mengunjung diPWTC tempoh hari 99 % orang Melayu.
Apa sebab yang hang ni pandang rendah kat orang Melayu.
Masuk Pati Politik lah, senang kita semua buat kan,jangan berselindung belakang liberalisme dan pangkat istana.Kalalu nak kesamarataan turun pandang campur dengan rakyat biasa lah.
Minta maaf mainan pati politik.
Saya rasa anda tak ade peluang langsung lah kalau masuk pati politik,sebab STAR kasi jalan atas sebab beli insurance comprehensive.
Kalau daripada mintak maaf, terus letak jawatan presiden ngo....
arjuna waspada
changkat lobak.

Anonymous said...

bukan takat pacat dan lintah saja di PAU tapi hantu raya, lanun, penyamun dan semua jenis jin...

semuanya hanya satu matlamat...KUASA DAN WANG!!!!

 
 
Blogger Templates