Social Icons

Pages

Monday, January 30, 2012

BEKAS WARTAWAN UTUSAN MALAYSIA MENINGGAL DUNIA !!!


Bekas Ketua Meja Mahkamah Utusan Malaysia,Kamariah Ahmad ditemui meninggal dunia di rumahnya di Menara Cenderawasih AU3 Keramat di sini malam semalam.Allahyarham yang berusia 59 tahun menghidap kanser payu dara.

Utusan Melaporkan Allahyarham menyertai Utusan Malaysia sebagai wartawan di Meja Mahkamah pada tahun 1979 dan dikenali sebagai seorang ketua yang begitu mengambil berat tentang kebajikan anak-anak buahnya.Sepanjang karier beliau,Allahyarham yang masih bujang,telah membuat liputan pelbagai kes mahkamah yang pernah menggemparkan negara, antaranya kes perbicaraan Mona Fandey,kumpulan militan Al-Maunah,kes liwat dan salah guna kuasa Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kes bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Mohd. Taib.

Allahyarham yang berasal dari Kota Bharu,Kelantan dan bersara pada 14 April 2009,dibawa ke Hospital Kuala Lumpur.Jenazah Allahyarham akan di kebumikan hari ini di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bandar, Pulai Chondong, Machang,Kelantan sebaik sahaja urusan hospital selesai dijalankan.

AL-FATIHAH...

2 comments:

tenokperati said...

Di doakan semuga rohnya mendapat limpah rahmat Allah.Di tempatkan bersama orang yang beriman . Amin.

Unknown said...

Al Fatihah...

NURUL IZZAH LEBIH SUKA SOKONG ISRAEL & GAY DARI MANGSA RIBUT LEMBAH PANTAI Baca di sini!!
http://apakecoh2.blogspot.com/

 
 
Blogger Templates