Golongan mahasiswa di negara ini diingatkan supaya tidak menjadi hero atau tali barut pembangkang dalam memperjuangkan sesuatu perkara atau isu yang boleh merosakkan masa depan mereka.Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan berkata, adalah lebih baik jika mereka aktif dalam program atau aktiviti lain yang berfaedah seperti khidmat masyarakat atau pertandingan di peringkat kebangsaan.
"Apa yang mereka hendak tunjuk sangat ini ??? Adam Adli (Abdul Halim) itu buat salah,jadi kena hukum.Adakah kita hendak membiarkan orang bersalah itu terlepas hukuman.Jangan hendak jadi hero atas sebab yang merosakkan,biarlah jadi hero atas sebab-sebab yang baik.Mereka tidak dapat mencapai apa-apapun.Jangan jadikan diri sebagai tali barut pembangkang.Apa yang mereka inginkan ini,belajarpun tidak habis lagi," katanya kepada pemberita selepas majlis anugerah cemerlang Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011 dan program juara rakyat Parlimen Cheras.
Bernama Melaporkan Beliau diminta mengulas tindakan sekumpulan mahasiswa yang didakwa mengadakan demonstrasi aman di depan ibu pejabat PAS bagi memperjuangkan nasib Adam Adli,penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris yang digantung pengajian tiga semester kerana menurunkan bendera memaparkan wajah Perdana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini.
Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) semalam menyuarakan tidak puas hati mereka terhadap Menteri Besar Kedah,Datuk Seri Azizan Abdul Razak dalam isu penggantungan lima mahasiswa Kolej Universiti Insaniah (Kuin) yang dikatakan sudah berlanjutan hampir dua tahun.Pengerusi Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas) Mohd Safwan Anang berkata, janji Pas bersama rakan komponen parti Pakatan Rakyat (PR) selama ini yang kononnya mendesak Putrajaya memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) hanyalah janji kosong semata-mata.
“Kami dah tidak mahu menyerahkan memorandum lagi kerana sudah terlalu banyak memo yang diberikan, justeru sekarang kami mendesak pihak Pas untuk campur tangan isu Kuin kerana sampai sekarang tiada kenyataan rasmi yang mewakili kerajaan Kedah.Di mana pendirian Pas Kedah yang juga mewakili PR yang selama ini dicanang-canang konon mahukan kebebasan akademik dan tidak guna pakai Auku,tapi apa yang berlaku sangat bertentangan,” katanya pada sidang media.
Lima penuntut Kuin yang didakwa di bawah kesalahan Auku itu dikatakan melakukan kesalahan menyertai demonstrasi dan memberikan ucapan di hadapan orang ramai menggunakan pembesar suara di sudut pidato berhubung bantahan pembukaan Sekolah Insan Bestari yang menggunakan bangunan tahfiz.Dalam perbicaraan tatatertib pada 25 Mei lalu, kelima-lima mahasiswa itu dijatuhkan hukuman gantung pengajian.Empat mahasiswa digantung satu semester sementara seorang lagi dua semester bermula Jun tahun lalu.Sementara itu Pengerusi SMM Ahmad Syukri Abd Razab menegaskan, penggantungan lima mahasiswa itu disifatkan beliau sebagai diskriminasi terhadap kebebasan akademik.
“Kebebasan mahasiswa bersuara semakin ditindas, semalam 'road show' kami di Kuin juga dihalang daripada masuk ke dalam kolej, kami hanya boleh berjumpa di luar kolej saja, ini sangat bertentangan dengan hak kebabasan akademik," katanya.
Kira-kira 20 aktivis mahasiswa berkumpul di hadapan ibu pejabat Pas sambil membawa sepanduk tertulis “Bebaskan 5 Mahasiswa KUIN”, “Benarkan Mahasiswa Bersuara”, “Mahasiswa Tolak AUKU” dan “Mansuhkan Akta 174”.
TUNGGU LAH BULAN 3 !!!
TAK BOLEH SABAR KER ???

1 comment:
serahkan saja tugas ni pada kami...
keja senang korang semua lembab...
budak2 ni semua mau dok kena sidai jer...
barua ni semua tak pernah alami lagi pergaduhan beramai2...
sebab tu besar kepala...
kencing pun dok bercabang adahati nak jadi hero...
abg LAN MOKHTAR sorg jer dah berselerak lari dok belakang org ada hati nak jadi hero...
pejuang hamas...
Post a Comment