Social Icons

Pages

Monday, April 09, 2012

EKSKLUSIF !!! SENARAI PEMENANG ANUGERAH BINTANG POPULAR BERITA HARIAN 2011 !!!


Seperti yang saya jangka malam semalam,pelakon yang cukup menyerlah lakonannya menerusi filem Ombak Rindu dan KL Gangster dan menjadi kegilaan ramai wanita di malaysia ni,Aaron Aziz memenangi gelaran Bintang Paling Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2011 malam semalam.Aaron Aziz,warga Singapura yang mula menjadi pelakon sepenuh masa di negara ini sejak lapan tahun lalu,meraih 87,669 undi.Beliau memenangi gelaran itu selepas mengetepikan saingan 4 artis lain yang mendapat undi tertinggi iaitu Fizz Fairuz,Shaheizy Sam,Fasha Sandha dan Tasha Shilla.

Berikutan kemenangan itu,beliau meraih hadiah utama,kenderaan Nissan Teana 250 XV V6 berharga RM175,0000 tajaan Edaran Tan Chong Motor (M) Sdn Bhd, selain barang kemas bernilai RM250,000 tajaan Rafflesia-Mandalay berserta trofi.Aaron yang kali pertama berlakon dalam drama tempatan berjudul Summaiyah arahan Erma Fatima pada 2004,juga buat kali pertama memenangi gelaran Pelakon Filem Lelaki Popular ABPBH 2011 apabila menyingkirkan saingan terdekatnya, Shaheizy Sam,selain 3 finalis lain Adi Putra,Bront Palarae dan Syamsul Yusof.


Trofi Bintang Paling Popular 2011 disampaikan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP),Mohamad Azlan Abdullah,diiringi Pengarang Kumpulan Berita Harian/Berita Minggu,Datuk Mior Kamarul Shahid,pada majlis kemuncak ABPBH 2011 di Arena of Stars,Genting Highlands.Majlis gilang gemilang itu turut disiarkan secara langsung menerusi TV3,Hot FM dan NSTP e-media.

ABPBH 2011 ialah edisi ke-25 penganjurannya oleh Berita Harian,iaitu acara menggabungkan pengiktirafan berdasarkan undian peminat menerusi borang disiarkan akhbar ini dan SMS untuk artis dan selebriti di negara ini yang terbabit dalam bidang perfileman, drama TV, muzik dan penyiaran.


Senarai lengkap pemenang:

Bintang Paling Popular : Aaron Aziz

Artis Duo / Berkumpulan Popular : Ning Baizura/Shila Amzah/Jaclyn Victor

Artis Baru Wanita Popular : Tasha Shilla

Penyampai Radio Lelaki Popular : Faizal Ismail

Artis Komedi Wanita Popular : Didie Alias

Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat : Datuk Sheila Majid

Pengacara TV Lelaki Popular : Zizan

Artis Baru Lelaki Popular : Johan Ariff As’ari

Pelakon TV Lelaki Popular : Fizz Fairuz

Penyampai Radio Wanita Popular : Fara Fauzana

Pengacara TV Wanita Popular: Fara Fauzana

Artis Komedi Lelaki Popular: Johan Raja Lawak

Anugerah Seri Perak : Datuk Siti Nurhaliza

Penyanyi Lelaki Popular : Hafiz

Pelakon Filem Lelaki Popular : Aaron Aziz

Pelakon TV Wanita Popular : Fasha Sandha

Pelakon Filem Wanita Popular : Maya Karin

Penyanyi Wanita Popular : Yuna

MACAM BLOGGER ARTIS TAK ???

MUAHAHAHAHA....

TAHNIAH KEPADA PEMENANG !!!

YANG KALAH CUBA LAGI TAHUN HADAPAN !!!

JOM LAYAN OMBAK RINDU !!!



RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates