Social Icons

Pages

Friday, April 27, 2012

HOT NEWS !!! SELANGOR DAH JADI NEGERI UBAT KUAT DAN DILDO SELAIN TEMPAT URUT ??? WAJIB BACA !!!


Ada dua tanda menarik di seluruh Selangor kalau anda sentiasa membuka mata dan peka.Satu tulisan besar berwarna putih berlatar belakangkan warna hijau sama ada di atas permukaan jalanraya mahupun di atas papan tanda iaitu ZON BERSIH dan satu lagi,di merata-rata tempat, iklan DILDO atau ADULT TOY dan UBAT KUAT yang sesetengahnya bertulisan Cina boleh dilihat tergantung atau dilekatkan.Iklan berkenaan boleh dilihat dengan mudah.Tiada sebarang usaha daripada PBT untuk menghapuskan atau menanggalkan iklan berkenaan.Sebaliknya berdasarkan material yang digunakan sebagai medium, iklan-iklan ubat kuat dan ‘adult toy’ itu seolah-olah telah mendapat restu daripada PBT.Agak menarik untuk diperhatikan, di beberapa PBT,Ahli-Ahli Majlis pada zaman Pakatan Rakyat kini,banyak dikaitkan dengan kegiatan tidak bermoral termasuklah melakukan serta menjalankan urusniaga jenayah.

Timbul pertanyaan sama ada ‘INDUSTRI’ ini sebenarnya dilindungi oleh Ahli-Ahli Majlis PBT memandangkan sehingga bunting yang digunakan dan digantung, merupakan medium tahan lasak. Dan yang paling ketara ialah, bagaimana tindakan ‘membersihkan’ kawasan oleh PBT, amat perlahan seolah-olah iklan-iklan berkenaan tidak wujud di mata mereka.Iklan-iklan ubat kuat dan alat perangsang seks ini juga seperti satu industri hiliran buat rumah-rumah urut serta pusat-pusat maksiat yang begitu banyak di Selangor.Di Selangor,tidak ada satu daerah pun yang berkecuali daripada dilanda demam rumah urut dan pusat maksiat,sehinggakan di Bandar Baru Bangi yang merupakan kubu kuat PAS dan kawasan majoriti Melayu-Islam pada ketika ini di Selangor,turut terkena tempias syurga dunia ini.Dua keping gambar iklan tepi jalan dalam artikel ini,diperolehi di Bandar Baru Bangi.

Bagi menarik perhatian orang ramai membeli produk mereka, pengiklan tanpa sebarang perasaan menggantung iklan mereka pada lampu isyarat.Taktik tersebut digunakan untuk membolehkan pengguna jalan raya yang berhenti di lampu isyarat tersebut,melihat dengan jelas iklan terbabit, sekaligus menghubungi nombor yang tertera padanya.Dengan tiga bahasa yang digunakan iaitu Bahasa Inggeris,Cina dan Melayu,secara tidak langsung sasaran pengiklan tidak mencangkupi bangsa atau suku kaum tertentu sahaja. Ditambah pula dengan kawasan strategik yang digunakan untuk mengiklankan produk terbabit adalah kawasan bermajoriti Melayu, seolah-olah ia satu penggalakan besar dan satu ‘paksaan halus’ kepada orang Melayu-Islam di kawasan berkenaan untuk menyuburkan industri lendir dan maksiat selain hilirannya seperti dildo dan ubat kuat.

Sebenarnya PBT mempunyai kuasa untuk bertindak. Malah dengan nombor telefon yang tertera jelas pada iklan-iklan tersebut, PBT seperti MPKj sebenarnya tidak mempunyai masalah langsung untuk bekerjasama dengan pihak polis mencari, menyiasat seterusnya menamatkan perbuatan mencabul lampu-lampu isyarat dengan pengiklanan haram seperti sekarang.


Malangnya,PBT-PBT di Selangor seperti buta dan tuli.Para petugas PBT seperti tidak menggunakan jalanraya biasa, sebaliknya mereka mungkin menggunakan laluan udara kerana mereka langsung tidak dapat melihat iklan-iklan haram itu. Faktor ketidakpedulian petugas-petugas PBT di Selangor itulah yang seringkali cuba dilindungi oleh kepimpinan utama Kerajaan Negeri dengan alasan ‘tidak mendapat aduan’ sepertimana kisah Pegawai Perhubungan Awam MPAJ mempertahankan disko dan pusat tarian lucah di Pandan Perdana dengan alasan yang sama.

Justeru, fenomena ini seharusnya membuka lebih banyak mata dan otak. Pembabitan Ahli-Ahli Majlis dalam industri maksiat di Selangor, tidak boleh ditolak sama sekali, terutama dalam beberapa kes seperti di Ampang dan di Kajang, sebaliknya satu tindakan yang lebih tegas, lebih bersepadu dan lebih berani perlu dilakukan, baik oleh pihak berkuasa, mahupun orang awam, apatah lagi pengundi dan pemilih!!! - SD

No comments:

 
 
Blogger Templates