Social Icons

Pages

Monday, May 28, 2012

BREAKING NEWS !!! @NAJIBRAZAK UMUM 2 INSENTIF PENTING UNTUK PENIAGA DAN PENJAJA KECIL !!! WAJIB BACA !!!


Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan beberapa insentif penting untuk golongan peniaga dan penjaja kecil termasuk menurunkan kadar bayaran pendaftaran kali pertama bagi perniagaan pemilik tunggal dan perkongsian kepada RM50 untuk tempoh lima tahun sekali gus.Sebelum ini,penjaja dan peniaga kecil perlu membayar RM30 bagi pendaftaran perniagaan Pemilikan Tunggal dan RM60 bagi Perniagaan Perkongsian,yang perlu diperbaharui setiap tahun.Perdana Menteri turut mengumumkan pemberian diskaun sehingga 50 peratus terhadap kadar kompaun bagi pendaftaran lewat perniagaan dan bayaran pendaftaran lewat.Pengumunan tersebut disambut dengan tepukan gemuruh daripada kira-kira 15,000 warga penjaja dan peniaga kecil yang menghadiri Majlis Ramah Mesra Warga Penjaja dan Peniaga Kecil 1Malaysia di Dataran Merdeka Ahad malam.Perdana Menteri berkata diskaun kadar kompaun itu akan berkuatkuasa 1 Jun sehingga 31 Dis 2012.

"Ini merupakan pemberian istimewa kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) kepada warga penjaja dan peniaga kecil di negara ini," katanya.

Bagi menjamin kesejahteraan jangka panjang pula,Najib turut memaklumkan bahawa kerajaan akan memperkenalkan satu skim insurans berkelompok khusus untuk golongan penjaja dan peniaga kecil selepas proses mengemas kini data pendaftaran golongan itu dibuat.

"Kalau golongan peniaga ini sakit, mereka tidak ada SOCSO (Pertubuhan Keselamatan Sosial), jadi beban kos rawatan hospital itu sangat berat pada keluarga.Jadi pada golongan ini,yang pendapatannya tidak tetap,kita kena fikir perlindungan untuk mereka, bukan sahaja pada masa senang,tetapi juga semasa mereka susah,kita tetap jaga kebajikan mereka," katanya.

Najib berkata kerajaan akan meneliti semua maklumat berhubung golongan penjaja dan peniaga kecil dan memaklumkan mengenai butir-butir skim insurans itu tidak lama lagi.Turut hadir isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor,Menteri Perdagangan Dalam Negeri,Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Presiden Persatuan Penjaja Dan Peniaga-peniaga Kecil Malaysia (PPPKM) Datuk Ramli Norani.Pada majlis itu,Najib turut bersetuju dengan cadangan Ramli untuk meletakkan tanggungjawab bagi menjaga hal ehwal penjaja dan peniaga kecil di bawah bidang kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,Koperasi dan Kepenggunaan.

"Dengan ini jika ada masalah (penjaja dan peniaga kecil) sudah ada tempat untuk dirujuk dan mendapatkan perlindungan dan Datuk Seri Ismail Sabri boleh jadi bapa (mereka)," katanya secara berseloroh.

Sehingga kini,terdapat kira-kira sejuta penjaja dan peniaga kecil di seluruh negara.Sebelum ini,tiada kementerian khusus bertanggungjawab menjaga hal ehwal penjaja dan peniaga kecil.Perdana Menteri berkata kejayaan PPPKM menghimpunkan sejumlah besar ahlinya malam ini secara aman dan tertib memberi isyarat jelas bahawa tindakan mengadakan demonstrasi jalanan tidak perlu jika mahu membuat sebarang kenyataan.

"Apa perlu demonstrasi jalanan untuk membuat kenyataan.kenyataan peniaga kecil malam ini sudah cukup kuat,hebat dan lebih bermakna dan menunjukkan mereka juga punya kekuatan sebagai sebuah kumpulan yang penting dalam masyarakat," katanya.

Selain peranannya sebagai penyumbang ekonomi negara,Najib berkata penjaja dan peniaga kecil juga mempunyai hak dan kuasa untuk menentukan hala tuju negara.- Bernama

No comments:

 
 
Blogger Templates