Social Icons

Pages

Friday, May 18, 2012

EKSKLUSIF DAN KISAH BENAR !!! MUZAKARAH ANTARA PAS DAN UMNO !!! ADAKAH DRAMA SEMATA-MATA ??? WAJIB BACA !!!


betul ker PAS nak muzakarah dengan UMNO ni ataupun drama.lihat dulu berita yang di petik oleh Mstar lepas tu saya akan komen

Dewan Ulama PAS Pusat menggesa kepimpinan parti itu agar tidak berdolak-dalik dengan meletakkan sebarang syarat bagi mejayakan syor Mursyidul Amnya,Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk bermuzakarah dengan Umno.Ketuanya,Datuk Harun Taib berkata, PAS dan Umno seharusnya mengenepikan isu politik kepartian sebaliknya meletakkan kepentingan ummah,Islam dan negara sebagai matlamat utama.

“Jangan…jangan…jangan letak apa-apa syarat.Muzakarah ini baik untuk kepentingan umat Islam.Nanti kalau letak syarat pasti hasrat nak bermuzakarah tak menjadi.Dewan Ulama menyokong penuh saranan Mursyidul Am agar kedua-dua parti ini bermuzakarah,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi berhubung isu terbaru muzakarah ini.

Kenyataan Harun dilihat bercanggah dengan Setiausaha Agung PAS,Datuk Mustafa Ali yang menegaskan bahawa parti itu tidak mahu bermuzakarah dengan Umno bagi membincangkan mengenai isu kepentingan ummah,Islam dan negara.Mustafa sebaliknya menegaskan bahawa tujuan muzakarah itu hanyalah untuk menjelaskan kepada Umno mengenai tuduhan yang dilemparkan kepada PAS tanpa membabitkan isu lain.Mengulas lanjut Harun berkata Dewan ulama berharap PAS dan Umno berkompromi bagi memastikan muzakarah membabitkan kedua-dua parti itu berjalan lancar.

“Dua-dua parti perlu tolak ansur. Jadikan muzakarah ini sebagai tempat untuk berbincang apa sahaja demi kebaikan umat Islam,” katanya lagi.

Media pada Jumaat melaporkan kenyataan Timbalan Perdana Menteri,Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyatakan kesediaan Umno untuk mengadakan muzakarah dengan PAS asalkan hasrat itu untuk kepentingan ummah,masyarakat Islam dan negara.Menurut Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno, parti itu bersedia menerima pelawaan PAS atas kesedaran pentingnya umat Islam perlu disatukan, yang kini dilihat sudah berpecah kerana perbezaan ideologi.Kesedian Umno itu sebagai reaksi kepada kenyataan Nik Abdul Aziz bahawa parti itu sentiasa bersikap terbuka untuk bermuzakarah dengan sesiapa sahaja termasuk Umno dan juga bersetuju untuk muzakarah itu diadakan dalam masa terdekat – mstar

inilah hakikat PAS yang sebenar,bila sedar yang dirinya sudah tersepit dan ketinggalan,akan kembali bercakap soal hudud,negara Islam dan muzakarah dengan UMNO.Ini adalah perkara biasa berlaku bila PAS ada masalah dengan penurunan sokongan.Apatah lagi dalam keadaan sekarang,PAS bukan setakat hilang sokongan rakyat,kedudukkannya dalam Pakatan Rakyat pun semakin mengecil dan jauh tertinggal di belakang.saya bukan nak menghina tetapi ini adalah kenyataan.saya akan cerita sedikit tentang isu muzakarah ini.

Walaupun Nik Aziz menyebut,“sedia bermuzakarah dengan sesiapa sahaja,termasuk UMNO”,ia memang semata-mata ditujukan kepada UMNO.Disebut sebegitu sebab taknaklah nampak sangat yang PAS ni terhegeh-hegeh nak muzakarah dengan UMNO,setelah begitu banyak yang buruk-buruk ditempel kepada UMNO sebelum ini.lepas itu puak PAS kata akhbar Utama Utusan Malaysia macam-macam,hakikatnya Nik Aziz sendiri baca Akhbar tersebut.Kenapa saya kata "memang semata-mata ditujukan kepada UMNO” ??? Sebab dalam senario politik PAS di Malaysia hari ini,siapa nak muzakarah dengan PAS ??? MIC,MCA,PPP ??? Siapa ??? Mana ada pihak lain,hanya UMNO sajalah.DAP dan PKR memang dah di luar tajuk sebab kerjasama dengan PAS sudah bermula tanpa muzakarah pun.Kalaupun muzakarah,ia dalam bentuk tidak langsung,bukan dalam konteks ‘rayuan’ yang dibuat terhadap UMNO sekarang.

saya nak bertanya,tidak malukah PAS meminta diadakan muzakarah dengan UMNO sekarang setelah apa yang mereka lakukan terhadap UMNO sepanjang masa sebelum ini,terutama 4 tahun yang lepas ??? Mana maruah Nik Aziz dan PAS ??? Beberapa hari sudah,Hadi Awang juga mengungkapkan perkara yang sama,tapi itu tidak boleh dipakai sebab Hadi bukan ketua sebenar PAS,tapi Nik Aziz.Sekarang teranglah sudah kenapa Anwar begitu beria-ia mahu mengambil alih PAS secara halus.Rupanya Anwar takut muzakarah itu jadi kenyataan dan Pakatan Haram yang diwujudkan Anwar akan lebih jauh tertinggal di belakang.Sudah tentu bila muzakarah ini diadakan,perbincangannya ialah mengenai politik dan pembahagian kuasa kalau kerjasama wujud.Ini yang Anwar mahu elakkan.Serendah mana pun kedudukkan PAS dibanding dengan UMNO sekarang,PAS masih punya sokongan akar umbi yang kuat,dibanding dengan PKR dan DAP yang banyak bergantung kepada pengundi cina dan melayu atas pagar yang bergantung kepada isu-isu tertentu untuk menentukan sokongan.

Justeru,UMNO mesti mengelak dari terperangkap dengan permainan licik PAS ini.Soal muzakarah ini bukan baru dan niat disebaliknya pun bukan suatu yang rahsia.Apa sekalipun,ia hanya akan menguntungkan PAS dan memberi sedikit kelebihan moral kepada BN dan UMNO.Yang diintai PAS bukan perpaduan tapi apa keuntungan yang dia boleh dapat kalau kerjasama itu jadi kenyataan.dulu kata macam-macam sampai isu 'Kafir' masihkah anda ingat lagi dengan kenyataan Abdul Hadi Awang ???

Pemimpin UMNO perlu ingat,penyertaan PAS dalam Barisan Nasional dulu menunjukkan bahawa kesetiaan mereka hanya kepada PAS semata-mata.Kalau apa yang dimahukan itu tidak boleh dicapai,PAS tidak akan teragak-agak untuk meninggalkan kerjasama yang telah dipersetujui di awalnya. Peduliklah yang ditinggalkan itu nak jadi apa,janji mereka dapat keuntungan.Itulah PAS.Sedangkan dalam keadaan ‘bekerjasama erat’ dengan PKR dan DAP sekarang pun,PAS berani membuat cadangan untuk bermuzakarah dengan UMNO,apakah jaminan masalah yang sama tidak akan berulang kalau muzakarah dengan UMNO nanti membawa kepada kemasukkan PAS ke dalam BN seperti dekad 70-an dahulu ??? Saya pun ada sedikit pengalaman ketika saya bersama PAS dahulu.apa yang saya harapkan kepada pimpinan UMNO tolong perhalusi isu ini.saya pun bukan blogger yang termasyhur.hanya berjuang demi kebenaran.sekali lagi saya merayu kepada Pemimpin UMNO,Jangan mudah terperangkap dengan drama ini.Plot cerita dan kesudahannya sudah diketahui sebelum pengambaran itu bermula sekalipun.kalau jadi juga,terpulang lah..

RENUNG-RENUNGKAN

2 comments:

Anonymous said...

Tu tanda Nik Aziz nak mati dah. Pemimpin2 Pas ni klu buat baik makne nye umur nak tamat. Fadhil Nor dulu pun sama bila satukan Umah jer Allah dtg jemput.

Anonymous said...

Amat terkejut bila TPM, Shafei Afdal & etc telah memberi persetujuan tanpa berfikir.

Pada hemat saya rancangan muzakarah ini adalah satu perangkap jahat untuk menjatuhkan kredibiliti BN (UMNO khasnya) dan telah digarap dengan amat teliti sekali oleh puak pakatan haramjadah yang diketuai Al-Juburi (PKR/DAP). Matlamat mereka hanya satu untuk menjadikan satu isu besar pada kempen mereka di PRU13 nanti.

Untuk fasa 1, mereka telah pun berjaya kerana UMNO telah menyatakan persetujuan dalam beberapa reaksi diberikan oleh pemimpin tertinggi UMNO. Pemimpin yang bijak akan akan berkata/menjawab secara ringkas sahaja seperti “Kami/kita UMNO perlu melihat dan meneliti dahulu cadangan tersebut sebelum UMNO beri kata putus sama ada bersetuju atau menolaknya jika UMNO dapati ianya akan memburukkan lagi keadaan. Seorang pemimpin yang bijak juga hanya menilai setiap cadangan/usul adalah “Positif” atau “Negatif” setelah dia meneliti secara mendalam bersama-sama pemimpin lain dan bukannya secara spontan atau hentam kromo sahaja.

Apakah pemimpin tertinggi UMNO ini sudah buta atau buat-buat buta. Tidakkah mereka sedar bahawa tiada satu pun pemimpin tertinggi pakatan haramjadah (PKR/DAP) memberi respons atau membantah keras PAS atas cadangan muzakarah tersebut, sedangkan PAS adalah salah satu komponen mereka.

Oleh itu, ianya amat jelas sekali bahawa cadangan muzakarah itu adalah rancangan/usul dibuat oleh mereka sendiri (PKR/DAP). Mereka juga mengetahui cadangan muzakarah (perpaduan melayu & islam khasnya) tersebut telah lama diusulkan dan juga tergendala sebelum PKR ditubuhkan lagi. Dengan itu, mereka telah berpakat untuk menggunaan muzakarah sebagai modal dan PAS sebagai agen untuk melaksanakan & menjayakan perangkap tersebut.

Cadangan ini timbul kerana puak haramjadah telah sedar yang mana mereka telah pun kehilangan sokongan rakyat dan majority telah berubah menyokong BN khasnya penyokong/pengundi melayu. Oleh demikian, puak haramjadah ini memerlukan satu rancangan mudah dan pasti boleh menjatuhkan BN/UMNO sebelum PRU13 diadakan. Jika perkara ini berlaku, mereka telah pun mencongak, sokongan keatas UMNO/BN akan merudum.

Mengapa puak haramjadah ini amat pasti kerana mereka (PKR/DAP) yang akan menetapkan syarat-syaratnya. Syarat yang akan dikemukakan oleh puak haramjadah pasti syarat yang tidak munasabah sama sekali. Mengapa? Bagi memastikan muzakarah itu bukan sahaja gagal tetapi memastikan melayu & islam akan terus berpecah-belah dan akhirnya melayu & islam akan hilang kekuatan dan hancur ditanahair sendiri.

Akhir kata, saya menentang dan membantah keras jika UMNO bersetuju dengan cadangan muzakarah PAS yang mempergunakan/mengekploitasikan perkataan “DEMI PERPADUAN MELAYU & ISLAM”. Muzakarah ini bukan digunakan untuk kebaikkan umat Islam dan bangsa Melayu tetapi hanya untuk kepentingan politik sempit PAS dan amat jelas sekali pihak PAS tiada keikhlasan lansung dalam isu muzakarah ini melainkan untuk memenuhi tanggungjawab yang diberikan oleh puak pakatan haramjadah (PKR/DAP) sahaja.

Sekian, terima kasih..

 
 
Blogger Templates