Penyanyi Yunalis Zarai atau Yuna menerima musibah dengan reda apabila keretanya dipecah masuk sehingga kerugian RM5,000 pada pagi semalamPengurus penyanyi tersebut iaitu Nor Zaina Wardah (Wawa),yang dihubungi mStar Online berkata,kejadian itu bukan perbuatan khianat pihak tertentu selain menganggap ia mungkin secara kebetulan.
“Yuna reda dengan kejadian itu. Ia mungkin kebetulan dan kami tidak syak ia perbuatan khianat,” kata Wawa kepada mStar Online ketika dihubungi.
Dalam perkembangan berkaitan Wawa berkata Yuna enggan memberi sebarang kenyataan susulan dan butiran lanjut mengenai kejadian itu demi keselamatan.Ia disebabkan pihaknya bimbang pendedahan melalui media boleh menyebabkan keselamatan mereka terganggu selain bimbang kereta dipandu Yuna dikenali oleh orang ramai.
“Saya minta maaf kerana Yuna sedang sibuk dengan penggambaran pada waktu ini dan dia tidak mahu memberikan sebarang komen mengenai kejadian itu atas dasar keselamatan.Memang ramai media yang menghubungi untuk mendapatkan kenyataan tetapi Yuna tidak bimbang lebih banyak maklumat mengenai kereta didedahkan, ia akan diketahui umum.Cuma,apa yang buat Yuna terkilan adalah kehilangan radio keretanya dan gitar milik Diandra Arjunaidi yang dipinjamnya itu,” jelasnya.
Dalam kejadian kira-kira pukul 6 pagi itu kereta Mitsubishi ASX milik Yuna dilaporkan dipecah masuk di Subang Jaya.Ia dipercayai dipandu seorang rakan yang juga pemain gitar kumpulan muziknya iaitu Farhan Fazlishah (Pa’an) sebelum dibawa pulang ke rumah gitaris itu di USJ6/6N, Subang Jaya.Difahamkan juga,kejadian itu mengakibatkan Yuna kerugian sebanyak RM5,000 apabila radio kereta Yuna dan gitar artis barunya Diandra Arjunaidi yang dipinjam penyanyi baru itu turut dicuri.

1 comment:
Simpati pada Yuna..
HOT!! BUKTI RAJA NONG CHIK SALAHGUNA KUASA!! Baca di sini..
http://apakecoh2.blogspot.com/
Post a Comment