Baru-baru ini Kerajaan Negeri Selangor telah merayakan Ulangtahun Ke-4 Pakatan Rakyat menjajah Selangor.Perayaan tersebut diadakan pada 7 April 2012 di Stadium Melawati,Kuala Selangor dan dikatakan kononnya amat berjaya serta dihadiri oleh ramai orang Selangor.Berjaya atau tidak,sebenarnya ia boleh disangkal.Apatah lagi kebiasaan Pakatan Rakyat ialah,mereka gemar membesar-besarkan perkara yang kecil sehinggakan angka peserta BERSIH 3.0 yang jumlahnya tidak sampai 30,000 orang pun boleh ditukarkan menjadi 250,000 orang.Namun yang hendak diperkatakan di sini ialah kos penganjuran perayaan itu yang dilaporkan mencecah RM1 juta.Perkara ini disahkan sendiri oleh beberapa orang pegawai dan kakitnagan Perbadanan Menteri Besar (MBI) dan Setiausaha Sulit Menteri Besar iaitu Norzatun Aini.Kos penganjuran tersebut adalah bersamaan dengan 1000 hadiah Anak Masuk Universiti yang sehingga kini gagal dilaksanakan oleh Pakatan Rakyat setelah mereka membuat janji pada kempen PRU12 lalu.
Kalau sebelum ini, Pakatan Rakyat sentiasa menuduh Kerajaan Barisan Nasional raja kepada pembaziran dan ketirisan (rujuk kepada perbahasan Azmin Ali dalam Sidang DUN Selangor), apa pula komen Azmin Ali tentang KEBOROSAN dan KETIRISAN yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat ketika merayakan Ulangtahun Ke-4 Pakatan Rakyat Selangor? Bukankah lebih elok seandainya RM1 juta tersebut diagih-agihkan kepada fakir miskin, orang kelainan upaya dan pelajar-pelajar IPTA/IPTS di mana Selangor sendiri turut menyokong penghapusan PTPTN?
Sel13.com Melaporkan,Contoh kedua pembaziran yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri Selangor ialah SELANGOR RACE. Selangor Race menyerupai SEPANG MOTOR GP tetapi pada skala yang lebih kecil.Perlumbaan itu telah bermula pada 4 Mei 2012 di R&R Ebor/USJ di Subang Jaya dan mensasarkan golongan muda termasuklah golongan mat rempit.Kos penganjuran acara ini juga mencecah RM1 juta dan kos ini ditanggung sepenuhnya di bawah GERAN SELANGORKU.jelas sekali berlakunya pembohongan apabila GERAN SELANGORKU telah digunakan untuk menaja SELANGOR RACE memandangkan sewaktu mengumumkan kewujudan GERAN SELANGORKU di Sidang Dewan Undangan Negeri pada November 2011, tujuannya adalah untuk program MERAKYATKAN EKONOMI SELANGOR.Justeru,timbul pertanyaan adakah penajaan SELANGOR RACE ini juga termasuk dalam kaedah merakyatkan ekonomi?
Selain itu, sebelum ini Selangor telah menukarkan slogan Kerajaan Negeri terdahulu iaitu SELANGOR SHINE (BINTANG TIGA KOMUNIS) ekoran bantahan ramai kerana lambang bintang tiga yang tertera terlalu mirip dengan lambang Parti Komunis Malaya. Pada Julai 2011, Kerajaan Selangor telah memperkenalkan pula slogan SELANGORKU bagi menggantikan slogan SELANGOR SHINE.Sepatutnya penggantian slogan itu tidak menelan belanja yang besar tetapi hakikatnya adalah amat memeranjatkan. Berdasarkan maklumat dari Pejabat Cik Faekah Hussin (Setiausaha Politik Menteri Besar), jumlah yang dibelanjakan adalah hampir RM400,000 iaitu RM180,000 untuk hadiah mencipta logo dan RM220,000 untuk majlis pelancaran logo.
Lihatlah bagaimana pembaziran dilakukan dengan sewenang-wenangnya oleh Pakatan Rakyat Selangor. Selama ini, Pakatan Rakyat asyik memainkan isu ketirisan dan pembaziran wang oleh Barisan Nasional.Bagaimana pula dengan perkara-perkara yang telah disebutkan di atas ???
Wang sebanyak RM400,000 boleh diberikan kepada 400 orang pelajar untuk menyambung pelajaran ke universiti sebagaimana yang terkandung dalam manifesto Pakatan Rakyat PRU12. Wang dengan jumlah yang sama juga boleh membantu seramai 1300 orang mangsa banjir yang sehingga kini, tanggungjawab berkenaan lebih banyak diambil oleh UMNO dan Barisan Nasional berbanding Pakatan Rakyat sebagaimana yang berlaku di Lembah Jaya Utara dan Hulu Langat.Jelas sekali berlakunya pembohongan di dalam konsep Negara Berkebajikan yang diuar-uarkan oleh Pakatan Rakyat.Sepatutnya bukan SELANGORKU dan Negara Berkebajikan yang dijadikan slogan tetapi ROMPAK SELANGOR dan NEGARA PEMBOROSAN !!!

No comments:
Post a Comment