Social Icons

Pages

Sunday, October 21, 2012

BONGKAR !!! LEE KUAN YEW ADA HUBUNGAN ISTIMEWA DENGAN NIK AZIZ ???


Selepas kunjungan Lee Kuan Yew (LKY) ke Kelantan untuk bertemu dengan Dato Nik Aziz,kita dapat perhatikan ada perubahan yang ketara berlaku dalam hubungan Kelantan dengan Singapura.Nik Aziz begitu menyanjung LKY dengan isyarat tangan yang mengalu-ngalukan kehadiran tetamu istimewanya. Bertolak dari kunjungan tersebut, Nik Aziz telah mengikut sahaja telunjuk DAP.Malahan apa sahaja yang dilaksanakan oleh DAP tidak pernah dibantah oleh Nik Aziz.Waima menghalau orang Melayu dari tempat tinggal mereka di Pulau Pinang pun tidak dibantah atau mendapat kritikan daripada Nik Aziz. Seolah-olah apa juga tindakan DAP mendapat restu dari Nik Aziz dan PAS.Orang Islam sudah tidak dapat lagi pembelaan dari parti Islam.UMNO lah yang kehadapan untuk membela orang Melayu yang semestinya beragama Islam. (seseorang tidak diiktiraf Melayu kalau dia bukan beragama Islam). Apakah yang menyebabkan Nik Aziz begitu akrab dengan LKY? Atas kerana bantuan kewangannyakah? Atau atas bantuan pelaburan dari Singapura? Semasa Sultan Kelantan mendapat rawatan di Singapura, Nik Aziz tidak sekalipun datang menziarahi Baginda. Apabila isteri LKY meninggal dunia, Nik Azizlah orang yang paling sibuk ke Singapura untuk menziarahi mayat orang bukan Islam. Mana lebih utama menziarahi Sultannya yang sedang gering atau isteri bekas pemimpin Singapura yang sudah tidak bernyawa lagi? Baca keratan akhbar utama mengenai peristiwa berkenaan.

SINGAPURA, 6 Okt: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat semalam diterima sebagai tetamu kehormat bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew. Beliau ke negara republik itu bagi memberi penghormatan dan mengucapkan takziah kepada keluarga Kuan Yew berikutan kematian isterinya, mendiang Kwa Geok Choo. 

Nik Aziz Tak Ziarah Sultan Kelantan 

Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid melahirkan perasaan sedih dan kecewa dengan sikap pemimpin negeri Kelantan yang tidak melawat Sultan Kelantan,Sultan Ismail Petra semasa menerima rawatan di Singapura.Bagaimanapun Tengku Anis mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Razak, isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor serta barisan Kabinet yang selalu bertanya khabar mengenai kesihatan Baginda. 

Penyokong-penyokong PAS jangan jadi taksub kepada pemimpin. Kita sokong pemimpin selagi mereka berada di landasan yang benar.Kalau dia sudah menyeleweng sepatutnya dia ditinggalkan. Kita sokong pemimpin dengan ilmu bukan dengan membabi buta. Kata Nik Aziz, “Melayu (di Malaysia) tolak Islam lebih teruk daripada Kwan Yew”. Ternampak Nik Aziz lebih utamakan peluang untuk memburuk musuh politiknya di Malaysia daripada mempertahankan serangan terhadap Islam dan penganutnya oleh LKY. Nik Aziz anggap nasionalis Melayu lebih teruk ke-Islaman mereka. Nik Aziz sanggup bekerja keras dengan DAP untuk menubuh Pakatan Rakyat.Dahulu PAS pernah mendakwa konsep kerjasama oleh UMNO dengan orang bukan Islam menjadikan mereka kafir dilupakan sahaja kerana ingin menjadi Pakatan musuh UMNO yang kuat.Dengan cara ini Nik Aziz menentukan kali ini perpecahan orang Melayu Islam kepada tiga pasukan yang lemah menjadi kekal. Islam Nik Aziz lebih teruk dari Islam nasionalis. Beliau rela mempertahankan Lee Kuan Yew dengan menganggap cadangan Lee Kuan Yew supaya orang Islam Singapura tidak terlalu kuat berpegang kepada ajaran Islam adalah tidak seburuk dari Islam nasionalis Melayu Islam Nik Aziz lebih teruk dari Islam nasionalis.

 Beliau rela mempertahankan Lee Kuan Yew dengan menganggap cadangan Lee Kuan Yew supaya orang Islam Singapura tidak terlalu kuat berpegang kepada ajaran Islam adalah tidak seburuk dari Islam nasionalis Melayu. Hubungan yang dibina antara LKY dan Nik Aziz bukanlah sekadar hubungan yang dibina atas nama “kemanusian”, malah ia merupakan sebuah hubungan yang berlandaskan kepada “ekonomi” dan “politik”. Kemungkinan besar Lee Kuan Yew telah mempengaruhi Nik Aziz isebagai Mursidul Am PAS memecah belahkan perpaduan umat Islam. Sebab itulah Nik Aziz adalah orang yang paling menolak perpaduan antara PAS & UMNO! Jika kita lihat kepada trend semasa hari ini, sepatutnya orang yang dikatakan Ulama’ dan Tok Gurulah yang menyatu padukan umat Islam. Sikap Nik Aziz yang tidak bertoleransi dan lebih pentingkan kaum kafir dari Islam sendiri bakal membawa padah. Jika kita melihat semula kepada kejatuhan kerajaan Islam Sepanyol, ianya bermula dari perpecahan diantara orang Islam itu sendiri. PAS harus sedar dan bangun dari lena kerana musibah besar bakal melanda negara jika mereka masih terus menerus bersikap demikian. - Selangor Daily

RENUNG-RENUNGKAN

5 comments:

Anonymous said...

Tak salah menghadiri jenazah kerabat yg non-muslim jika bebas dari ritual agama tsb dan mendo’akan ruhnya.

Ziarah itu adalah urusan fitrah manusia, hak kerabat anda.

Boleh, asalkan anda menjauhi ritual keagamaan dan tidak mendoakannya.

Admin said...

Apa daa.....lee kuan yew ada hubungan istimewa dgn lee kuan yew? Biaq betoi tajuk tu.... :)

Anonymous said...

Tajuk lu memang tak boleh blah la bro.. Sakit perut gua gelak petang ni... Hahahahaha...

usin said...

sebelum post tak sempat check tajuk. perut memulas nk berak la tu.. apa daa. apapun, isinya boleh tahan..

wasim46 said...

Kamu semua memang tak berapa cerdik lky yg satu lagi tu mb saudagar mimpi la.gimik sikit dah pening sorry wat lawak je..

 
 
Blogger Templates