Social Icons

Pages

Sunday, October 21, 2012

KANTOI !!! AZMIN ALI GELAPKAN BERPULUH JUTA RINGGIT WANG UNTUK FREE ANWAR CAMPAIGN ???


Raja Petra Kamaruddin yang suatu ketika dahulu merupakan RASUL dan NABI PKR,kembali mendedahkan pelbagai kejahatan yang dilakukan oleh golongan kecewa tetapi mempunyai nafsu serakah yang cukup besar iaitu para pemimpin dan penyokong-penyokong Anwar Ibrahim,terutama sekali Ketua Umum PKR itu.Malah pendedahannya kali ini lebih terarah kepada Azmin Ali, individu yang terselamat daripada hukuman penjara dan ditangkap oleh polis sepanjang tempoh REFORMASI selain dianggap sebagai jelmaan TONY PUA versi PKR.Selama ini,Azmin Ali dapat melarikan diri daripada bersoal jawab tentang penyelewengan yang berlaku dalam parti berkenaan.Malah Azmin Ali sentiasa mampu cuci tangan dan kemudian menyalahkan Ezam Mohd Nor serta beberapa orang bekas pemimpin kanan PKR yang kini sudah pun berada di luar parti.Menurut RPK,pada tahun 2004,salah seorang peguam Anwar Ibrahim, Pawancheek Marican telah mengarahkannya agar menutup Free Anwar Campaign (FAC). Pawancheek kemudiannya bertanyakan jumlah wang yang telah diterima oleh RPK menerusi FAC dan RPK menjawab,hanya RM3,000 iaitu RM2,000 daripada adik lelaki Anwar Ibrahim, Rosli dan RM1,000 daripada isterinya, Wan Azizah Wan Ismail. Penjelasan yang diberikan oleh RPK, langsung tidak dipercayai oleh Pawancheek Marican memandangkan sepanjang pengetahuannya, FAC yang ditubuhkan pada tahun 2000, sudah berjuta-juta ringgit wang derma dikutip termasuklah dari luar negara yang dijalankan oleh beberapa orang yang rapat dengan Anwar Ibrahim seperti Azmin Ali, Khalid Jaafar, Rahim Ghouse, Tian Chua, Elizabeth Wong, Saifuddin Nasution dan sebagainya. (BACA SETERUSNYA DI MALAYSIA TODAY

Bagaimana berjuta-juta ringgit wang dari akaun FAC boleh lesap begitu sahaja dan RPK yang menubuhkan FAC hanya menerima RM3,000? Satu persoalan yang amat baik dan memerlukan penjelasan daripada mereka yang terlibat secara langsung dengan FAC seperti Azmin Ali, Saifuddin Nasution, Khalid Jaafar dan sebagainya. Dalam satu acara yang berasingan, arahan Pawancheek Marican agar RPK menutup FAC adalah kerana RPK telah dipergunakan oleh Azmin Ali dan kawan-kawannya untuk mengutip puluhan juta ringgit dengan berselindung di sebalik FAC. Begitu juga dengan kisah Khalid Jaafar yang dikatakan menjadi Pengarah FAC bertemu dengan seorang ahli perniagaan besar Malaysia yang berada di luar negara untuk merundingkan jutaan ringgit untuk FAC tetapi tidak satu sen pun yang masuk ke akaun FAC. Ke mana wang itu pergi? Umum mengetahui, Azmin Ali adalah tangan kanan Anwar Ibrahim. Malah ramai yang pernah bersama-sama Anwar Ibrahim memberitahu, Anwar Ibrahim sentiasa mendengar cakap Azmin Ali. Apa-apa sahaja yang dikatakan oleh Azmin Ali, Anwar Ibrahim akan mengikut dan akur bagaikan orang yang sudah terkena minyak guna-guna. Sesiapa sahaja yang mahu berurusan dengan Anwar Ibrahim,perlu melepaskan Azmin Ali dahulu. Justeru, dalam hal FAC,Azmin Ali sudah tentu mempunyai akses sepenuhnya walaupun FAC ditubuhkan oleh RPK. 

Kawalan Azmin Ali ke atas Khalid Jaafar, Saifuddin Nasution, Tian Chua, Elizabeth Wong dan pemimpin-pemimpin PKR yang lain, sememangnya amat ketara. RM3,000 yang diterima oleh RPK sebenarnya hanyalah topengan semata-mata untuk menutup cerita tentang puluhan juta ringgit yang telah dikumpul dan kemudiannya diserahkan kepada Azmin Ali. Apatah lagi, dalam banyak hal, sewaktu Anwar masih dalam penjara, mana-mana pemimpin PKR yang hendak bertemu dengan pendana, memerlukan keizinan daripada Azmin Ali. Dengan kata lain, RPK seperti kata Pawancheek Marican, telah dipergunakan oleh Azmin Ali dan konco-konconya! Pendendam Azmin Ali, Faekah Husin tahu cerita ini dengan sepenuhnya. Dek kerana itulah, sebaik-baik sahaja Azmin Ali menyentuh tentang bossnya,Khalid Ibrahim,Faekah Husin segera melancarkan serangan yang akan membuatkan Azmin Ali tutup mulut dan cuba beralih kepada isu-isu lain yang tidak ada kena-mengena sebagaimana yang kerap dilakukannya dalam beberapa isu seperti kisah Shamsidar Taharin,isterinya berskandal gelap dengan Anwar Ibrahim selain pemilikannya terhadap harta beratus juta ringgit yang amat meragukan. SEL13.COM

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates