Social Icons

Pages

Sunday, August 07, 2011

SERBUAN JAIS DI GEREJA !!! INI JAWAPAN DR ASRI KEPADA MALAYSIAN INSIDER !!!



Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin menegaskan “bukan sesuatu haram” jika umat Islam menerima bantuan daripada mana-mana penganut agama lain termasuk Kristian sekiranya terpaksa berbuat demikian.Bekas mufti Perlis berkata sikap umat Islam yang enggan menghulurkan bantuan sesama mereka menyebabkan ramai golongan miskin terpaksa bergantung kepada orang bukan Islam.

“Bukan sesuatu yang haram untuk seseorang Muslim menerima bantuan daripada bukan Muslim. Apatah lagi, jika mereka dalam kesusahan yang amat.Tindakan mereka menerima bantuan tidak boleh dipersalahkan,sebaliknya perbuatan pihak Muslim yang sepatutnya memberi bantuan kepada mereka tetapi tidak melakukannya itulah yang patut disalahkan.Jika dibincangkan di sudut bantuan,pada asasnya kita tidak boleh menyalahkan orang lain kerana memberikan bantuan.Adalah menjadi hak setiap untuk memberikan bantuan kepada sesiapa yang mereka mahu,” katanya sambil menambah,mana-mana bantuan dibenarkan selagi mengikut peraturan dan undang-undang.


Tegas Asri,beliau difahamkan umat Islam yang hadir dalam satu majlis makan malam muhibah di Gereja Methodist Damansara Utama dekat Petaling Jaya,Rabu lalu adalah untuk mendapatkan bantuan yang gagal dilaksanakan agensi agama Islam melalui pemberian zakat.Jelas beliau,kemungkinan umat Islam yang hadir itu “terpengaruh” dengan agama Kristan disebabkan sikap baik penganutnya membantu mereka.

“Difahamkan bahawa orang-orang Islam yang hadir, terutama ibu-ibu tunggal terdiri dari kalangan mereka yang amat daif dan miskin.Mereka telah berulang kali memohon bantuan dari masyarakat Islam, tetapi gagal. Apabila ada pihak yang sudi menghulurkan bantuan dengan mudah, maka mereka rasa ‘jatuh hati’ dan ‘terhutang budi’,” katanya.

Asri berkata demikian sebagai respons terhadap laporan dua akhbar berbahasa Malaysia hari ini yang mengatakan pihak gereja menawarkan wang tunai, makanan dan tempat tinggal kepada umat Islam.


Akhbar Berita Harian edisi semalam di bawah tajuk “Sogok wang gadai akidah” melaporkan ada pihak yang berselindung disebalik pertubuhan amal dengan menawarkan pelbagai bantuan kepada umat Islam seterusnya meminta mereka keluar daripada agama ituSelain itu,akhbar tabloid Harian Metro juga mengatakan perkara sama di bawah tajuk di muka depan “Kami diberi Bible versi Melayu.”Akhbar itu mendakwa penganut Kristian menggunakan “pendekatan lembut” untuk menarik umat Islam.

Kontroversi ini berlaku selepas Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menyerbu satu majlis makan malam muhibah di Gereja Methodist Damansara Utama.Pada malam Rabu lalu, kira-kira 30 anggota polis dan pihak berkuasa Jais memasuki premis gereja itu tanpa waran kira-kira 10 malam.Bagaimanapun tindakan Jais itu mendapat kritikan banyak pihak.Exco Kerajaan Negeri Selangor Datuk Dr Hasan Ali mempertahankan atas alasan ada bukti pihak terbabit mahu memurtadkan umat Islam.

Tambah Asri,semua pihak tidak sepatutnya menyalahkan penganut Kristian yang menghulurkan bantuan, sebaliknya persoalan itu ditanya kepada diri sendiri.Jelas beliau, sekiranya wang zakat digunakan secara telus mustahil umat Islam perlu meminta bantuan daripada penganut agama lain.


“Ke mana perginya wang zakat kita ??? Ratusan juta hasil kutipan yang diumumkan saban tahun, apakah tidak mampu untuk membantu fakir miskin ini keluar dari kesusahan mereka sehingga tidak perlu meminta ‘sedekah’ kepada orang lain ??? Mengapa kerenah biokrasi begitu tinggi untuk fakir miskin mendapatkan bantuan zakat ??? Semua orang yang pernah berurusan dengan hal ini, akan ada pengalaman mereka sendiri. Untuk mendapatkan RM100 hingga RM200 pun, begitu banyak kerenahnya.Sedangkan pejabat zakat kelihatan mewah, gaji pegawai dan bos begitu tinggi dan peralatan urusan juga begitu canggih. Apakah belanja yang tinggi itu hanya untuk urusan mencari pembayar, tetapi tiada kesungguhan yang memadai untuk mencari penerima yang layak ??? Tujuan zakat antaranya untuk mendekatkan hati manusia dengan Islam. Sebab itu, ada hak untuk golongan mualaf. Bagaimanakah mungkin pengurusan zakat gagal melakukan hal ini, sehingga yang sudah Muslim ingin meninggalkan Islam kerana gagal mendapat bantuan daripada umat Islam khususnya zakat ???” soalnya.

Justeru Asri meminta supaya tidak bersangka buruk kepada pihak yang bersedia menghulurkan bantuan kepada umat Islam.

“Janganlah jika kita gagal membantu sedangkan kita mampu tapi kita menyalahkan orang lain yang membantu. Setiap orang akan terpengaruh dengan pihak yang berbuat baik kepadanya. Itu fitrah manusia. Jika dia lemah iman, mungkin agamanya juga diserahkan. Mereka yang terpengaruh dengan pihak gereja atas budi baik, itu sesuatu yang tidak pelik.Namun yang pelik, bagaimana dalam negara Islam, umat kita boleh menukar agama disebabkan layanan yang tidak memuaskan oleh masyarakat Muslim? Sebaliknya mereka terpengaruh dengan sikap baik penganut agama lain. Apakah slogan-slogan agama kita selamat ini hanya kosmetik yang tidak berpijak kepada realiti kehidupan?,” katanya.

ANDA DAPAT JAWAPAN ???

MANA DUIT ZAKAT KERAJAAN NEGERI SELANGOR ???

INI TIADA KENA MENGENA DENGAN KERAJAAN PERSEKUTUAN !!!

36 comments:

azlishukri said...

salam bro...bagus artikel ini..

hafiz said...

Selangor Zakat Paling Banyak...

Unknown said...

terima kasih saudara Muhammad Azli Shukri

Anonymous said...

berbolit2 la si ulamak ni..

Isunya sekarang..adakah mereka dibaptiskan setelah termakan budi??

kalau nak dihormati sebagai ulamak..jgnlah bersifat mcm babi tonyok..

buat malu umat aje..

Anonymous said...

zakat yang memberi faedah kepada ribuan rakyat tidak dipandang tapi gereja baru bagi kepada 12 orang sudah heboh akan kebaikannya...pandai sungguh mereka mengeksploitasi pekara ini, sehingga umat islam sendiri mempersoalkan fungsi pusat zakat itu sendiri...lepas satu, satu diperlecehkan...tak hairan tak lam lagi pusat zakat kene keluarkan repot perbelanjaan untuk tatapan umum...

PUTRA HEIGHT said...

Yang menjadikan rakyat berserabut kepala memikirkan isu gereja sekarang ini adalah di sebabkan manusia yang bergelar ULAMAK2 memberi pendapat yang berbeza2 mengikut fahaman masing2... JAIS membuat serbuan atas arahan dan laporan yang diterima melalui risikan yang terlebih awal yang mengatakan akan ada majlis memurtadkan orang islam ........ barulah bertindak.

Anonymous said...

Buat permulaan kita mintak dr Asri mendahlui menderma kepada 12 orang yang sedang hangat diperkatakan..

KZSO said...

nak tanya jugak..

mana perginya ulamak dan parti yg memperjuangkan Islam?..

oops tiada lagi negara Islam..hanya ada negara berkebajikan...

dr maza pulak selain dari berceramah, boleh beri bantuan kepada mereka yg perlu dibantu ini?

Anonymous said...

pendapat wahabi mana boleh pakai...asri ni buat masalah jadi makin serabut...

Anonymous said...

eh . parti yang BERANGAN nak buat negara berkebajikan la yang kena tolong , kata nak buat KEBAJIKAN kan ?

Anonymous said...

Kita kena berlapang dada dalam mencari kebenaran/peyelesaian tentang isu ini.Bagaimana pendakwah2 islam ingin melebarkan ajaranya begitu juga denga lain-lain agama.Masing2 dengan cara yang tersendiri.disini puak ajaran kristian lebih menggunakan kaedah kebendaan dan wang ringgit(amat sukar ditolak oleh mereka2 yang kesempitan dan nipis nilai keimannya kepada Allah s.w.t)
Bercakap pasal kewangan,adakah islam kekurangan atau tak ada langsung dananya sendiri?.Jawapanya ada,iaitu Zakat,malah disesetengah negeri kutipan zakat mereka amatlah tinggi.Persoalanya sekarang, teluskah orang2 yang mentadbir/menguruskan wang zakat ini?.Dipendekan cerita, orang lain mengambil kesempatan diats kelemahan kita sendiri.sekiranya umat2 islam yg fakir benar2 terbela dengan wang zakat yg di kutip saban tahun sudah tentu mereka ini tak berpeluang mendekati/berdakwah kepada kita semua.
APAPUN KEGIATAN MEREKA YNG INGIN MEMURTADKAN UMAT ISLAM INI PERLULAH DI TENTANG HABIS-HABISAN.JIKA BENAR INGIN MEMBANTU ATAS DASAR KEMANUSIAAN,BANTU SAJA TANPA ADA AGENDA TERSEBUNYI.

p/s: ini cuma pandangan peribadi je..

Anonymous said...

ulamak macam dr asri ni hanya pandai ceramah dan bercakap jer..
konon ada persatuan ulamak....berapa ramai mereka berjaya islam kan orang2 kafir selama ini.
ulamak2 ni hanya berlagak pandai dan pentingkan periok nasi mereka.
ilmu ugama yang mereka miliki pun sanggup mereka perdagangkan.
dalam segi mengembangkan syariat islam..apa yang ulamak2 ni buat...
kalu ada kematian panggil mereka baca doa tahlil dan jamu nasi.
sedangkan pendakwah2 kristian sanggup meredah hutan dan daerah pendalaman untuk mengembangkan ugama mereka.
ulama melayu islam pula pandang hina pada orang2 yang kurang ilmu ugama..
yang mereka tahu hanya mengutuk..dalam ceramah bukan memdidik tapi lebih pada menghina.

siam islam.

Anonymous said...

siapa yang kawal hasil zakat? Kerajaan negeri atau pusat sehingga tidak dapat membantu mereka yang daif sehingga mendapatkan bantuan dari gereja.

Anonymous said...

masa dia jadi mufti perlis dulu kenapa dia tidak guna kuasa dia dan ilmu serta pengetahuan yg ada pada dia untuk menegur pusat zakat secara terus terang dlm hal pengagihan wang zakat ini..hai manusia tetap manusia tidak kira apa darjat dan ilmu mereka

Anonymous said...

Adakah mereka yg menerima bantuan kristian ini tergolong dlm asnaf yg dibenarkan menerima wang zakat, atau mereka ini terdiri dari golongan mata duitan sperti tuan ex-mufti juga...

Pakcu Rantau Panjang said...

Salam persaudaraan buat tuan.

Kebimbangan Rasul keatas umat akhir zaman sudah jelas terbukti.Para ulamak saling bersengketa, orang awam kehilangan kepimpinan dan dunia mula merobah hati-hati yang kosong.

Kini antara kita perlu lebih peka dan banyak bergerak dalam apa-apa bentuk bantuan samada fikiran maupun material.Jangan terlalu bergantung dan membuat seribu dalih.

Umat ini pada awal permulaan Islam dahulu lebih hebat diuji dengan ancaman dan kemelaratan hingga bayi disusuan meninggal diriba semasa diboikot.Tapi mereka terus melangkah hingga Islam menyinar diBUMI Mekah dan Madinah dan seluruh alam.

Tapi kini kemelaratan dan kekayaan telah membawa umat hampir kepada jurang kemurtaban...salah siapa..??
walahualam....

Anonymous said...

berbolit2 la si ulamak ni..
sebagai ulamak..jgnlah bersifat mcm babi tonyok
buat malu umat aje..

August 7, 2011 5:22 PM

SAYA TDK FAHAM APA YG SAUDARA IMPIKAN ??
ULASAN SAUDARA AMAT KEJI DAN TDK ADA APA YG BISA DIPELAJARI
ULASAN DR ASRI
AMAT BERHEMAH DAN TEPAT
UJUDNYA ZAKAT DARI ZAMAN RASULALLAH DULU MENGIKUTI ARAHAN UGAMA ISLAM MEMBANTU UMAT YG SUSAH
TAMPA MENGIRA ANUTAN UGAMA - MAKA DGN CARA INI JUGA MEREKA TERTARIK DGN CARA ISLAM MENANGANI UMAT MEREKA YG DHAIF
DAN ADA DIANTARA MEREKA2 INI YG TERTARIK LALU MENGANUTI ISLAM
NAMPAKNYA CARA ISLAM DAHULU DI'AMALKAN' OLIH PIHAK GEREJA ,
YG SALAH DISEGI PERUNDANGAN NEGARA
TETAPI DARI SEGI UGAMA DIKIRA MURTAD JIKA SIPENERIMA BANTUAN MENUKAR UGAMA
MENERIMA BANTUAN TDK SALAH SAMA JUGA WAKTU TSUNAMI -DARI ORG2 KAFIR /PIHAK YAHUDI/PERSATUAN AGAMA2 YG LAIN JUGA MENYALURKAN BANTUAN
BOLIH DITERIMA ,,,TAK SALAH
SEPERTI YG USTZ ASRI ULAS YG SALAH PIHAK ZAKAT - TAHU KAH ANDA YG BEKERJA DIJABTAN ZAKAT ,GAJI MEWAH HIDUP LUMAYAN APAKH TDK KAMU2 SEDAR UJUDNYA AGENSI/PEJABAT /BANGUNAN ZAKAT ASALNYA DARI MEREKA YG DHAIF ,,,TAPI KENAPA SI..DHAIF MASIH DHAIF TETAPI YG BEKERJA DIPEJABAT UTK ORG2 DHAIF AMAT SENANG DAN LENANG - MEREKA LUPA JAWATAN MEREKA ,GAJI MEREKA, HIDUP MEREKA TERBIT DARI KEDHAIFAN MANUSIA YG MASIH TAK TERBELA
KHALIFAH UMAR SEBELUM ISLAM KAYA HIDUPNYA SESUDAH MASUK ISLAM DAN JADI KHALIFAH MATINYA HANYA SEHELAI SEPINGGANG BAJU YG TINGGAL PUN DIKHAFANKAN BERSAMA JASADNYA
MENTRI BESAR SELANGOR---- BNYAK HARTA BNYK PULA FIEL NYA
MB KELANTAN APA KURANG HEBATNYA
KITA MASIH INGAT SEBUAH PUISI
YG TERCIPTA TAMPA SIPENCIPTA SEDARI
ALIH TERTUSUK KE DAHI SENDIRI ...BEGINI UNGKAPANYA;
aku bukan cari harta bergunung
,,,,,,tapi ku cari alghazali
,,,,malang aku tak temui alghazali
,,lalu ku cari harta berlautan,,,,,,

zahari1950 said...

Kalau nak bantu mengapa buat di gereja?. Dahtu hadiahkan pula dengan kitab injil berbahasa Melayu. Miskin sampai tahap mana hingga sanggup gadaikan Islam. Atau saja beri alasan bagi justify perbuatan mereka yang mula berjinak dengan agama Kristian. Harap JAIS dan JKM siasat status ekonomi peserta Islam yang hadir. Kita perlu buat sesuatu agar Islam tidak di hina hingga ke tahap ini.

Anonymous said...

6:51

.."Dahtu hadiahkan pula dengan kitab injil berbahasa Melayu.."

KOMEN AKU..

KO SEBOK SITU BUAT APA?

HISHAMUDIN YG JAGA KDN PUN TAK KISAH MALAH BEGI GREEN LIGHT PENERBITAN INJIL BM...YG KO SEBOK2 BUAT APA?

PERSOALAN AKU!

PERKASA DAN NGO2 YG MENGAKU KULIT JER MELAYU ISLAM TEGAR TAK NAK HUNUS KERIS KER KAT GEREJA?

PERKASA TAK ADA HAJAT KER NAK TUMPAH DARAH DEMI MELAYU DAN ISLAM?

SEBAB APA TERJADINYA PERISTIWA INI? SEBAB ISLAM KIAN LEMAH, PEMIMPIN2 ISLAM KHUSUSNYA UMNO DAN PUAK2 MRK ASYIK BENAR DGN HARTA KEKAYAAN DAN KEMEWAHAN...

BUKAN KAH JAIS ITU DITADBIR HAMPIR SEPARUH OLH ORG2 TINGGALAN UMNO? BEKAS YDP NYA {KHUSRIN}PUN ORG UMNO JUGAK!

KALU UMNO YG "BERKUASA" KENAPA MSLH INI TIMBUL?

INI SMEUA KEJE KOTOR DAN JIJIK UMNO LA...

LIHAT LAH ISLAM MAKIN HANCUR JIKA UMNO TERUS BERKUASA...UMNO NI IBARAT VIRUS KPD ISLAM, SUNGGUH!

Anonymous said...

Kalau benar pun gereja nak membantu orang yang susah, biarlah secara ikhlas dengan penuh ehsan. Janganlah dipertaruhkan agama asal seseorang Islam itu diganti dengan wang ringgit, jika itu motifnya maka tidak ikhlaslah bantuan mereka itu. Pertolongan yang ikhlas tidak sesekali diminta balasan. Seseorang muallaf yang mahu memeluk Islam tidak dibayar dengan wang ringgit. Semua adalah diatas keikhlasan hatinya. Perkara mengenai isu bangsa, agama dan kedaulatan raja adalah isu sensitif di Malaysia. Di harap orang-orang beragama lain dan bangsa lain di Malaysia ini dapat faham dan memelihara keharmonian dan keamanan yang sedang kita nikmati sekarang. Janganlah dihuru-harakan negara Malaysia ini jika kita benar-benar sayang negara yang aman ini.

Anonymous said...

Dr Asri bercakap atas keuntungan dirinya.Malu ada orang bijak bedakwah seperti ini?Bijak ka?.Kalaulah keluarga dia terima bantuan dari puak kristian dan ada niat tertentu.tentu dia pun marah.
Diakan dah belajar sejarah,orang kristian cuba hancurkan islam.perkara ini jelas.tak payah lah dr asri nak backing mereka.poorah

Anonymous said...

dr asri tuuu....cakap betul jugak....tapi yang bagi derma tu..di gereja dan bagi injil tuuu..apa halll.....pehak jais..buat kerja dia...siasat lah dulu sebelum hukumm....ni tak nak tunjuk dia teroww...hujah dalam berita..nuar tibai cina doll tak berani komlain....dulu aku respec kat dia niii...ceramah diaa...tapi nampak dia dok kutok kerajaan aje...aku menyampahh....niii jangan sekor nyamuk masuk kelambu...maka kita bakar kelambu tuuuu....sepuloh tahun aku makan duit zakat...nak kira dah belambakkkk...syukurrrrr

Anonymous said...

anon 7:18..kalau macam inilah tahap pemikiran kau...(kalau kau melayu islam) sampai bila2 pun perkara ini takan selesai.Keadaan akan bertambah buruk dengan adanya orang2 macam kau ni.Muhasabahla...

Anonymous said...

Haram terima bantuan dari orang kafir.....

Yb Raz said...

ada betul juga penjelasan Dr Asri..kalau dah terseksa hidup, anak nak makanpun susah, dah orang tolong, kita ambil jelah.

lagipun betul juga, orang islam sendiri taknak tolong cuma tau mengata je macam orang politik kat negara ni, duit zakat pulak buat macam duit sendiri. salah sapa? takkan salah orang agama lain pulakkan.

Orang agama lain ambiklah kesempatan diatas kesempitan orang islam hehehehe.

Anonymous said...

adeh la anon 7:18.. ape yg ko cakap semua ko spin kan.. semua ko terbalikkan... simpan je la spin ko tu weii.. jgn bukak pekong.. busuk .....

Anonymous said...

1. adalah menjadi matlamat asal kutipan zakat untuk membantu kepada mereka yang memerlukan.

2. bantuan kepada fakir miskin telah dilaksanakan hasil bantuan zakat / pejabat kebajikan masyarakat dll

3. bantuan lain masih diberi kepada pihak yang memerlukan - kalau budak sekolah ada bantuan makanan

4. jangan kerana kes ini nama orang bahagian zakat menjadi buruk. mereka telah bekerja selama ini. bukan atas dasar kepartian mahupun suruhan sesiapa. semuanya demi agama. jangan kerana kes ini kita menempelak sesama sendiri menyalahkan sedangkan usaha telah dilakukan bukan baru/.... sejak merdeka rasanya.

5. kalau bantuan berdasarkan rasa membantu ... bantuan tersebut bolehlah diterima . maknanya orang bukan islam boleh membantu orang islam dan sebaliknya.

6. pertolongan dengan niat supaya seseorang islam mengikut seruan dan ajakan ke arah murtad sekarang inilah yang menjadi isu. ulasan dr asri tidak mengambil juruspandang atau kaca mata ini.

7.dr asri mengambil jalan selamat dengan menyerang pihak berkuasa zakat yang tidak menolong . hakikatnya perkara yang perlu diulas ialah isu menuju ke arah murtad melalui bantuan oleh gereja .

Meraya said...

Salam semua... Saya setuju dengan komen Dr Ustaz Asri dan ingin membuat syor kepada Pejabat zakat.

Mintak Penghulu2 di semua kawasan membuat bank data mengenai umat2 Islam yang berhak diberi Zakat. Nama2 ini disalurkan kepada Pejabat Zakat Negeri. Pejabat Zakat Negeri mesti membuat Audit diatas nama2 yang diserahkan kepada mereka dalam masa dua bulan.

Kemudian mesti membuat pemberian Zakat bulanan kepada penerima2. Setiap tiga bulan Pejabat Zakat mesti membuat Audit untuk mengesahkan kedudokan taraf ekonomi penerima2 ini.

Pemberian Zakat mestilah munasabah dan jangan terlau sedikit, memandangkan keadaan ekonomi setempat.

Wang Zakat kita beratus juta dan kalau ramai orang Islam/Melayu bermenafaat dan nampak keberhasilan nya..Ramai lagi Orang Ismal/Melayu yang kaya raya hendak berzakat dan menderma berlebihan (lebih dari hukum wajib)

Dr Noraini said...

Kenapa uztaz ni corner ke lain?

zamri said...

Salam kepada semua.

1) bukalah hati dan minda kita sebagai umat islam. benar komen dan saranan dato' asri.

2) beliau tidak menyalahkan kerajaan atau sesiapa cuma beliau mahukan pembahagian zakat adalah telus dan tidak dibebankan masalah birokrasi yang melampau.

3) sesiapa jua yang tersepit akan mengambil bantuan yang dihulurkan.

4) saya akui kita semua amat marah dan terhina apabila ada pihak cuba mengkristiankan orang islam secara halus begini.

5) tetapi sedarkah kita peranan pusat zakat yang penubuhan asalnya bukan badan yang mendapatkan keuntungan dan berbanggsa mewarwarkan jumlah tabung kantungnya.

6) matlamat tabung zakat ditubuhkan adalah memungut zakat serta menyalurkan zakat kepada yang berhak dan efisen juga membantu ekonomi umat islam.

7) cara seseorang menderma kepada seseorang usah dipertikaikan seperti kata pepatah tangan yang memberi jangan sampai ketahuan tangan yang lain.(jangan pertikaikan dr asri menderma atau tidak selama ini)

8) insiden di gereja ini sebenarnya satu hikmah yang ditunjukkan oleh Allah S.W.T dalam bulan ramadhan ini (agar kita berfikir terhadap akal yang diberikan)

9) pihak-pihak yang berwajib buka mata dan ambil tanggungjawab.

10) kepada jais, pdrm khasnya dr. hassan ali kami amat berterimakasih kerana kalian melakukan amanah Allah dikala kami semua terleka dan hanya pandai mempertikaikan prosedur yang dilakukan.

11) kepada yb mb selangor dan ulamak-ulamak yang menentang jihad murni ini mahukan kalian bertanggungjawab di akhirat kelak.

12) akhir sekali saya amat berharap pandangan dan keilmuan dr harun din al-hafiz tentang isu ini.

Sekian wassalam yang baik datang dari Allah Pencipta Alam semesta dan buah fikiran yang dangkal lahir dari saya sendiri.

Anonymous said...

ko kalau Ulama sgt Asri..ayat ko pendek jer.

Islam sejati,tulen lebih rela mati pertahankan ugama. Simple...jgn jadi ulama terompah.Orang Islam yg pertaruhkan Ugama kerana kesempitan elok mampos awal2.

Tak payahlah ko nak ulas pasal zakat,pasal bantuan.dan nak menuding jari sana sini.Kat Malaysia ni x pernah berlaku mati kebulur..Susah tu dugaan hidup yg harus ditempuh selaras dgn qada dan qadar terhadap umat islam yg beriman kpd Allah SWT.

Nilah masalahnya kalau dah rasa taksub diri tu hebat pasal Ugama. belajar balik lah ugama ASri.

Anonymous said...

nbagi ku disini bkan medan utk kita brtelagah..apa yg prlu kita prbaiki lg sstem pngurusan zakat kita dgan lebih tratur..krangkan birokrasi,bntu mmbntu la kita sesama seislam.mulakan lah dgn org yg trdekat dgn kalian..jgn dihina mreka yg ksempitan//x mustahil kita juga bolh merasai kesmpitan itu..ingat lah kemiskinan mmbawa kekufuran..marilah sama2 kita saling tolong menolong saudara2ku..buang yg keruh ambil yg jernih..berkasih sayang lah kita antra satu sma lain atas kalimat>>LAILAHHAINALLAH..HAPUSKAN PRASANGKAMU..saudara2ku semua..

YMIS said...

Salam.

Kenyataan Dr. MAZA mengenai zakat ada betulnya TETAPI tidak kena tempat dan permasalahan yang dibincangkan. Apakah beliau sudah selidik latarbelakang orang Melayu-Islam yang sedang berada di dalam gereja tersebut? Apakah mereka benar2 daif dan layak untuk menerima bantuan zakat? ataupun mereka sengaja mengambil kesempatan dengan jalan mudah setelah dipujuk rayu?

Dr.MAZA sepatutnya membincangkan hal-hal yang bersangkutan dakyah puak kristian tersebut. JAIS telah membuktikan bahawa memang terdapat aktiviti memesongkan akidah umat Islam pada malam tersebut di dalam gereja DMUC. Perkara pokok ialah dakyah kristianisasi semakin berleluasa dan terang-terangan dilakukan walhal terlah termaktub dalam perlembagaan hal tersebut dilarang sama sekali.

Anon 7:18 - mentaliti puak2 yang tegar menyokong pembangkang samada PAS mahupun PKR. Sedih dan kecewa dengan kamu semua! balik2 salahkan UMNO, salahkan BN, Muak dengan alasan retorik puak2 kamu. Cukup2lah pemimpin2 kamu mempersendakan Islam dan menjadi HAMBA kepada kafir2 harbi DAP dan PKR!!!!

Saya pernah berkecimpung dalam NGO yang rata2 ahlinya orang bukan Islam. Memang ini salah satu modus operandi mereka, mendekati ibu2 tunggal, pesakit HIV/AIDS, penagih dadah dan sebagainya....

Anonymous said...

WAHAIII SAUDARA-SAUDARA UMAT ISLAM KU SEKELIAN....JANGANLAH KAMU SEMUA BERTEKAK KERANA TIPU DAYA ORANG YAHUDI YANG SUDAH CUBA MENYESATKAN UMAT ISLAM KITA....

CUBA SAUDARA SEMUA FIKIR WAJARKAH BUAT MAJLIS BANTUAN DALAM GEREJA....TERUTAMA PESERTA ADALAH UMAT ISLAM...LEPAS ITU MEREKA CUBA MEMBERIKAN BORANG KUIZ YANG BERUNSURKAN MENYENTUH SENSITIVITI AGAMA ..BANYAK LAGI SOALAN KUIZ BOLEH DIBUAT..TETAPI KENAPA SOALAN YANG MENYENTUH AKIDAH UMAT ISLAM........


JAIS TIDAK BERSALAH....JAIS DAN POLIS MELAKSANAKAN TUGAS DENGAN BETUL...SERBUAN AMAT SESUAI....SAUDARA BOLEH FIKIR SENDIRI..BERAPA BANYAK DEWAN BOLEH DISEWA UNTUK BANTUAN TERSEBUT...TETAPI KENAPA PERLU BUAT DIGEREJA ???????

LEPAS TU KENAPA PERLU MEMBERIKAN BORANG KUIZ YANG MENYENTUH SENSITIVITI AGAMA......

GEREJA DAN MASJID TEMPAT SEMBAYANG..BUKAN TEMPAT MAJLIS TERUTAMA PESERTA YANG BERBILANG AGAMA....FIKIRLAH SENDIRI..LOGIK TAK..SEDANGKAN MASJID PUN JARANG DENGAR BUAT MAJLIS BANTUAN KEPADA PESERTA YANG BERAGAMA LAIN..

SAYA PERCAYA INI SEMUA RANCANGAN YAHUDI...YAHUDI ...YANG SUDAH SERAM DENGAN KEKUATAN AKIDAH UMAT ISLAM...

*** JANGAN KITA MEMBENCI DAN BERGADUH SESAMA ISLAM, KAUM DAN AGAMA LAIN....DALAM MALAYSIA..MEREKA SEMUA TIDAK BERSALAH...TETAPI KITA HARUS BENCI YAHUDI....YANG CUBA MENGHANCURKAN UMAT ISLAM*******

Anonymous said...

Kalau ada org gereja yg leh tolong and ubah hidup aku. Aku pun akan terima juga. Lebih2 lagi org yg terdesak and tertekan mcm aku ni.
Dan ak nampak mereka ni dr segi kemanusian sngt baik. Walaupun agama berbeza. Kenapa org melayu muslim xda nilai2 seperti org bukan Islam?

Org melayu sekarang pun. Jgn nk kondem org. Adakah Islam ajar utk hina org? X kan?
Aku dr dulu dan sekarang. Mencari satu kenahagian dan kehidupan yg bahagia dan pasti. Tapi aku rasa itu hanya mimpi dan ilusi utk aku sahaja

Iz

Anonymous said...

ada betul cakap dr maza. jgn pandangnya wahabi. dia membuka minda kita. skali baca cam tak betul, tetapi itulah hakikatnya, faham betul2 apa yg ingin dia sampaikan.jgn baca sepintas lalu shj. jgn menuding salah pada org, dah nama org kapir memang punya muslihat. kerajaan selaku pentadbir negara islam, perlu prihatin. menyusahkan org dan byk syarat2nya jika nak mohon sesuatu. jika pemohon yg tdk layak menipu dia layak, itu bukan urusan kita bila lulus dalam sesuatu permohonan. itu ant dia dan ALLAH SWT. kena ingat org yg berbuat jahat atas muka dunia, pasti dibalas sblm dia mati. tp berapa ramai yg YAKIN dgn KATA-KATA ALLAH SWT. ingat kekadang apa yg dipk akal, dilihat dgn mata kasar itu betul, tetapi belum tentu lagi betul disisi ALLAH SWT. tanyalah hati kerana hati tidak pernah menipu. selagi dr maza berjihad atas kalimah LAILLAHAILLAH beliau masih sedara kita. KAFIR ITU MUSUH KITA YANG SAHIH, TERANG LAGI BERSULUH. xperlu mengata dia sesama ISLAM kerana ini merupakan salah satu jalan perpecahan ant ISLAM. jika anda rasa kata2 beliau salah, jgn ambil @ angkatlah tgn berdoa pada ALLAH SWT minta beliau di terangkan hati.DOA senjata mukmin paling power. endingnya ALLAH SWT SAHAJA YANG MAHA TAHU.

 
 
Blogger Templates