Social Icons

Pages

Thursday, June 25, 2015

KANTOI !!! KENAPA TUN MAHATHIR ELAK JUMPA DENGAN PM DS @NAJIBRAZAK ???


kata nak penjelasan,kenapa tak jumpa sendiri wahai Tun Mahathir ??? Seperti mana tradisinya setiap tahun,kabinet Malaysia akan mengadakan majlis berbuka puasa dimana semua bekas Perdana Menteri adalah antara kenamaan yang dijemput hadir ke majlis tersebut.Mungkin ada yang menyangkakan pada tahun ini,Datuk Seri Najib menjemput Tun Mahathir ke majlis tersebut atas alasan yang cukup jelas,kritikan berulang-ulang bekas Perdana Menteri tersebut ke atas peribadinya,keluarganya dan pentadbirannya. 

Tapi sangkaan itu meleset kerana Datuk Seri Najib dikatakan meneruskan tradisi dengan menjemput Tun Mahathir seperti mana biasa,cuma Tun Mahathir saja yang ikut maklumatnya tidak mahu datang.Persoalannya,kenapa Tun Mahathir tidak mahu datang ??? Bukankah ini masanya yang cukup baik untuk Tun Mahathir merungkai segala persoalan yang terbuku di hatinya mengenai pelbagai isu seperti 1MDB dan sebagainya dengan Perdana Menteri,tanpa perlu membuat temujanji terlebih dahulu seperti mana biasa ??? Apa yang Tun Mahathir takutkan ???

Jika sekalipun maklumat ini salah dan Tun Mahathir memang tidak dijemput,Tun Mahathir boleh sahaja hadir tanpa diundang,malah ambil alih majlis itu dan jadikan majlisnya,macam tak biasalah pulak.Apa pun,ketidak hadiran ini menunjukkan Tun Mahathir sebenarnya tidak ada isu yang mahu penjelasan dari Perdana Menteri,beliau hanya mahu melihat Perdana Menteri letak jawatan dan diganti dengan siapa pun yang boleh menjadi boneka untuk kepentingannya dan kroni-kroninya. 

Sebab itu Tun Mahathir meminta Perdana Menteri meletakkan jawatan tanpa memberi peluang untuk Perdana Menteri memberi penjelasan terlebih dahulu atas segala tuduhan dan persoalan yang dilemparkannya.Datuk Seri Najib mahu dihukum oleh Tun Mahathir tanpa diberikan pembelaannya,macam itulah lebih kurang diringkaskan.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN
Post a Comment
 
 
Blogger Templates