Social Icons

Pages

Sunday, November 18, 2012

HOT NEWS !!! HADI AWANG ULANG PERKARA LAMA !!! APA CERITA NI ??? ADA BUKTI KER ??? JANGAN BERCAKAP DENGAN AIR LIUR !!!


dahulu,orang UMNO digelar ‘kafir’ oleh Pas.Kini,malam Rabu lalu di Kota Bharu,Presidennya,Datuk Seri Abdul Hadi Awang melabelkan UMNO itu ‘khurafat’."Kita tidak boleh kawal anak-anak kita,maka jihad menjadi Fardu Ain,selamatkan orang Melayu kita yang mengaku Islam,yang tenggelam dengan khurafat UMNO seolah-olah tidak ada kerajaan lain dalam dunia," ungkap Abdul Hadi ketika merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Muslimat Pas kali ke-52 di ibu negeri Kelantan itu.Malah,lebih mengejutkan lagi Abdul Hadi juga dilaporkan melabel pemimpin UMNO ‘berlagak seperti Tuhan’ kerana pemimpin UMNO dikatakan tidak mengaku salah.Semalam Presiden Pas itu menegaskan bahawa ‘parti syaitan yang dikuasai syaitan di dalamnya’ tidak mampu menegakkan kebajikan yang ‘adil terhadap semua’.Tanpa menamakan ‘parti syaitan’ tersebut,Abdul Hadi berkata hanya kebajikan yang berkonsepkan adil untuk semua akan dapat menyatukan hati manusia majmuk dan mewujudkan perpaduan tulen.Melontarkan tohmahan kepada orang lain tapi ibarat meludah ke langit,terkena batang hidung sendiri.

Hakikatnya,Pas perlu berfikiran besar.Jangan terlalu jumud dan kecil.Janganlah gunakan diri sendiri untuk mengukur alam yang luas ini.Rakyat dan khususnya umat Islam di Malaysia maklum Pas tidak pernah mengakui kesalahan sendiri.Paling terbaru daripada sikap membisu Pas dalam isu merungkai kenyataan Naib Presiden PKR,Nurul Izzah Anwar mengenai kebebasan beragama yang langsung tidak ‘dijentik’ sekelumit pun oleh kepemimpinan Pas.Bukankah itu kesilapan,namun tidak pernah Pas akui.Dalam Islam,kenalah beri keutamaan yang betul dalam soal agama ini.Kalau kita asyik kejar yang sunat dan yang kecil,kita akan abaikan yang besar atau yang penting.Sekiranya berkaitan dengan orang UMNO,mereka akan ‘ditelanjang habis-habisan’ oleh Pas walaupun ia adalah fitnah.Perkara yang makruf pun mereka sanggup putar belit,contohnya memfitnah ibadat haji Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini.Pas pengecut bila berdepan dengan DAP.Itu puncanya parti itu menjadi liberal.Pas sanggup korbankan orangnya sendiri demi menjaga hati DAP.Dalam isu keceluparan Nurul Izzah,Pas lebih rela berdiam diri untuk menjaga hati sekutu-sekutunya.

Pada 1969,Pas memecat Ahli Parlimennya, Hashim Gera kerana berjoget di Parlimen.Tetapi pada hari ini,apakah Pas berani mengambil tindakan yang sama jika ada ahlinya melakukan perbuatan serupa? Ketika itu Pas amat rigid dalam soal agama.Di depan Jawatankuasa Disiplin,Hashim memberitahu ulama Pas,joget adalah tarian bersih."Bila dia (perempuan joget) datang,saya lari.Bila saya datang,dia (perempuan joget) itu lari.Tidak berlaku sentuhan antara perempuan dan lelaki kerana saya datang dia lari,dia datang saya lari".Pas bagaimanapun menolak penjelasan Hashim itu dan dia tetap dipecat.Kini kefahaman pemimpin Pas terhadap makna joget sudah berubah.Kalau UMNO datang Pas lari,kalau DAP datang,Pas tidak lari.Pas sanggup bersentuhan dan berpeluk cium dengan DAP.Sebab itu ada kebenarannya apabila Timbalan Presiden UMNO,Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa,Pas tidak mungkin ganti UMNO,tetapi DAP mungkin ganti Pas.Pas semakin liberal dalam banyak hal mengenai hukum agama.Apabila seorang pemimpin kanannya didakwa atas tuduhan berkhalwat,Pas tuduh ia konspirasi UMNO.Dalam kes video seks melibatkan seorang pemimpin pembangkang, Abdul Hadi sekadar berkata: “Besi tidak boleh jadi saksi".Semua jawapan itu adalah jawapan nafsu akal.Sebab itu dalam kes gambar bogel melibatkan seorang anggota pakatan pembangkang di Selangor, Pas paling kuat membelanya. Hujah Pas mudah-mudah sahaja: Berdosa hukumnya apabila mengaibkan peribadi seseorang. 

Datuk Dr. Hasan Ali dan bekas Timbalan Presiden Pas,Nasharuddi Mat Isa ialah mangsa ‘joget’ terbaharu ini.Hasan Ali disisih kerana berbeza pandangan dalam soal rampasan arak dan isu memurtadkan orang Islam di sebuah gereja.Dalam isu melibatkan sensitiviti umat Islam di Malaysia,Pas bacul dan mendiamkan diri.Siasat pun tidak,komen pun tidak,beri amaran lagi tidak berani.Hakikatnya,sikap Pas sudah terbalik.Pas melanggar fatwa lama Haji Hadi, politik suku agama suku’,iaitu agama dan politik tidak boleh bercampur aduk.Kenapa Pas tidak berani menyertai ‘Himpunan Sejuta Umat’ sebelum ini walaupun ia dianjurkan oleh pihak badan bukan kerajaan (NGO)? Himpunan itu bertujuan menyedarkan umat Islam tentang bahaya gejala murtad.Pas mahu menjaga hati DAP,walaupun tindak-tanduk DAP sering menyakitkan hati orang Islam. Pokoknya, Pas tidak akan dapat menggantikan UMNO kerana Pas didokong oleh ahli dan pemimpin yang taksub pada pemimpin,bukan perjuangan.Kalau kita lawan dengan air liur dan cakap sahaja seperti mana Abdul Hadi di Kota Bharu kelmarin,sampai sekarang umat Islam dan rakyat pelbagai kaum, agama dan budaya di negara ini akan terpinggir.Kalau Pas memerintah negara ini selepas negara kita merdeka dulu,kita tidak akan dapat melihat bakti dan jasa yang telah dicurahkan oleh tokoh-tokoh pejuang wanita kita yang sama-sama berjuang dengan golongan lelaki untuk meletakkan martabat wanita Melayu setaraf dengan lelaki dalam perjuangan menegakkan maruah bangsa. Kini menyusul pula tentang Negara Berkebajikan Pas. Sejak bila pula negara Malaysia tidak mempraktikkan amalan kebajikan kepada rakyatnya. 

Negara berkebajikanlah, Buku Jinggalah.Sesiapa pun kalau ‘membacanya’,pasti mengerti semua yang terkandung di dalam dua agenda pembangkang itu sudah pun terangkum dalam pelan pembangunan negara sejak merdeka lagi. Berkehendakkan sekolah, klinik dan hospital, semuanya beribu-ribu terpampang di muka bumi Malaysia ini.Itu belum lagi soal yang lain-lain sehinggakan rakyat asing pun ‘tercengang-cengang’ sebaik sahaja tiba di tanah air ini termasuklah kira-kira dua juta pekerja mereka. Tambah manis lagi apabila aspek pembangunan negara ini digarap dengan pelan transformasi yang digerakkan Najib sejak menyandang jawatan Perdana Menteri. Manfaat pelan ini mula dan semakin menebar rezekinya dalam kalangan rakyat. Hakikatnya undi orang Melayu tidaklah banyak - sekitar 6.3 juta manakala bukan Melayu lebih 4 juta. Namun jika diambil perhatian, pengundi Melayu memang tersangatlah liat untuk keluar mengundi lebih-lebih lagi jika hujan lebat di sebelah pagi hari pengundian. Tambah pula lagi sikap kurang kesedaran peri pentingnya mengundi masih tebal, justeru umat Melayu jangan mimpilah untuk terus memegang tampuk kuasa memerintah negara ini. Dan dengan kepimpinan Pas, DAP dan PKR masih terus bermain teka-teki untuk membentuk gabungan yang mantap seperti Barisan Nasional (BN), maka sebab itulah kita ternampak bermacam-macam ‘manifesto pilihan raya’ dikeluarkan. Sekejap oleh Pas, sekejap lagi oleh PKR dan tidak lama lagi oleh DAP. Sehingga hari ini tidak ada pula bayang atau kelibat orang Pas, DAP mahupun PKR tiba di muka pintu pejabat Pendaftar Pertubuhan (ROS) di Presint Diplomatik, Putrajaya untuk mengusul mahupun menyerahkan borang pendaftaran gabungan parti-parti sekutu itu. Kepada Abdul Hadi, jangan bercakap dengan air liur sahaja.Carilah bukti-bukti dan faktanya.

Oleh Zulkifli Jalil

RENUNG-RENUNGKAN 

1 comment:

Anonymous said...

HAJI HADI NAK JADI PM MSIA??? HAHAHAHA..... JADI PRESIDEN PAS PUN TAK GUNA INI PULAK NAK JADI PM MSIA !!! SIMPAN LA ANGAN2 KAU TU PAS/HADI...
NAMA PAS = parti anak sundal

 
 
Blogger Templates