Social Icons

Pages

Wednesday, November 07, 2012

HOT NEWS !!! ISU DAN PUNCA KURANG RUMAH MAMPU MILIK DI SELANGOR TERBONGKAR !!!


Isu kekurangan rumah kos rendah atau rumah mampu milik dan harga rumah mahal mula menyelubungi rakyat Selangor sejak setahun yang lepas. Setelah lebih tiga tahun kerajaan PKR dan dua sekutunya memerintah Selangor barulah rakyat Selangor merasai kesannya. Antara beberapa sebab yang penulis perhatikan kenapa kerajaan Selangor kurang membina rumah mampu milik dan harga rumah menjadi mahal adalah seperti berikut.

1) Kerajaan negeri dan PKNS mengejar untung

2) Tiada subsidi bayaran premium tanah

3) Harga pasir yang melambung

Apabila ketiga-tiga elemen diatas dicampurkan didapati punca utama kepada permasalahan tersebut datang daripada Menteri Besar Selangor sendiri.Kerana corak pentadbiran korporat yang dibawa oleh beliau untuk memimpin negeri Selangor.Memimpin sesebuah negeri tidak sama seperti mengemudi sebuah syarikat.Memimpin negeri perlukan sebuah tanggungjawab yang besar kerana perlu menjaga jutaan rakyat dengan penuh prihatin dan perasaan kasih. Pemimpin negeri bukan sahaja bertanggungjawab untuk membangunkan negeri malah perlu memastikan pembangunan rakyat dari segenap sudut termasuk rohani dan jasmani. Pemimpin negeri tidak perlu berkejar-kejar mencari wang untuk mencatat keuntungan atau simpanan yang berbilion-bilion dan kemudiannya di hujung tahun diumumkan sebagaimana sesebuah syarikat mengumumkan keuntungan mereka setiap tahun.Apabila sesebuah kerajaan berjaya menggembirakan rakyatnya, maka rakyat dan keluarga mereka akan hidup dalam kegembiraan dan seterusnya sebuah keluarga yang bahagia akan terbina.Apabila sebuah keluarga bahagia berjaya dibina maka insan-insan dalam keluarga itu akan menjadi insan yang berjaya dari pelbagai sudut.Apabila insan yang berjaya dilahirkan insan tersebut akan menjadi peyumbang kepada pembangunan negeri serta negara. Asas untuk melahirkan seorang insan yang berjaya bermula dari rumah.

Dimana-mana tempat sekali pun rumah adalah keperluan penting bagi seseorang manusia.Tidak ada manusia di dunia ini yang tidak mengimpikan untuk mempunyai rumah sendiri. Walaupun buruk atau kecil tidak menjadi masalah, yang penting rumah sendiri.Sebab itu disetiap negeri wujud anak-anak syarikat kerajaan negeri yang diberi tanggungjawab mengendalikan pembinaan rumah untuk rakyat.Di Kelantan ada PKINK, Kedah ada PKNK ,Selangor ada PKNS dan lain-lain negeri juga ada anak syarikat masing.Tugas anak-anak syarikat ini adalah membina rumah-rumah bagi rakyat-rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana.Untuk rumah-rumah mewah pemaju swasta yang uruskan.Namun di negeri Selangor dibawah pemerintahan PKR kini fungsi PKNS telah jauh berubah. PKNS bukan lagi pemain utama untuk membangunkan rumah-rumah mampu milik bagi golongan berpendapatan rendah atau sederhana,sebaliknya PKNS pula yang bersaing dengan pemaju-pemaju lain untuk membina rumah mewah.Punca utama mengapa PKNS menjadi begitu adalah kerana corak pentadbiran korporat yang dibawa oleh Khalid Ibrahim.PKNS juga perlu wang yang banyak untuk mewujudkan pelbagai jawatan dan peluang perniagaan untuk kroni-kroni PKR. 

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgVOyWI9r4MtELhH7qjgIoMxX0dFqeI5mvk7exO1oCeRAKE8404ZoOVW7jfIoTKEpDsUEtmTfh6Dww7tFLfyxFiDCKKCuo2jf6LtwobTukbNA3YLR1qSJlrBNcmIy_qP-kpg-4soOBdQWY/s1600/gajipegawaiPKNStinggi.jpg

Pembinaan rumah mampu milik lebih kepada tanggungjawab dan ia tidak memberi untung yang lumayan. Pembinaan rumah-rumah mewah pula sudah tentu memberi untung yang berkali-kali ganda. Apabila untung berganda-ganda maka barulah gah untuk Pengerusi PKNS umumkan jumlah keuntungan yang dicatatkan mereka pada sidang akhbar setiap tahun.selain itu boleh juga mereka bayar elaun-elaun lumayan kepada kroni-kroni mereka.Dalam masa yang sama ahli-ahli politik PKR,PAS dan DAP boleh jual temberang PKNS mencatatkan keuntungan yang jauh lebih baik dibawah pentadbiran mereka berbanding dengan pentadbiran BN.Apabila hasil PKNS naik berkali-kali ganda daripada jualan rumah-rumah mewah maka hasil kerajaan negeri juga akan bertambah. Apabila hasil kerajaan negeri bertambah maka bertambah meriahlah pentas-pentas ceramah PKR, PAS dan DAP dengan temberang pemimpin-pemimpin mereka. Mereka galak menjual temberang penambahan pendapatan kerajaan negeri dan PKNS tetapi dibawah sana ramai rakyat yang menangis kerana tidak mampu membeli rumah kerana harga terlalu mahal. Kenapa rumah di Selangor semakin mahal sejak beberapa tahun ini ???

ANDA NAK TAHU JAWAPANNYA ???


UNTUK SELANJUTNYA 

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates